Dari N31 Bagan Pinang : Kenyataan Akhbar N31 Bagan Pinang | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Oktober 09, 2009

Dari N31 Bagan Pinang : Kenyataan Akhbar N31 Bagan Pinang

Kenyataan Akhbar N31 Bagan Pinang
8 Oktober 2009
  1. Terima kasih kepada semua pihak, wartawan dan media kerana masih setia melaporkan berita secara adil dan berani. Semoga tiga hari berkempen yang mencabar ini terus mendapat laporan Tuan Puan sekalian.

  2. Semalam, sebelum dan selepas pertemuan kami dengan SPR di Putrajaya; Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar telah mengakui bahawasanya terdapat pertindihan dalam daftar pemilih N31 Bagan Pinang.

    Akhirnya, apa yang kita perjuangkan, apa yang kita dakwa selama ini adalah yang benar.

  3. Kesempatan ini, saya mewakili PAS merakamkan pernghargaan kepada PKR dan seluruh peneroka Felda Sendayan dan Felda L.B. Johnson; kerana bertungkus lumus mahu Isa dihukum dalam pilihanraya kecil ini; disebabkan beberapa dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa Isa dan krono-kroninya.

    Isu rompak tanah, rasuah, ali baba tanah felda oleh Isa sewaktu menjadi Menteri Besar 22 tahun lalu sah dilakukan oleh Isa. Yang membuat dakwaan berat ini bukannya saya, atau PAS atau pemimpin Pakatan Rakyat sendiri. Yang membuat dakwaan ini adalah mangsa-masng kerakusan rasuah Isa sendiri. Mereka memberi akuan dan testimonial.

    Saya cabar Isa menafikan segala dakwaan tersebut sekiranya beliau masih bermaruah dan mempunyai integriti.

  4. Di tangan saya ini, adalah satu grant tanah pantai, yang membuktikan bahawa kronisme dalam kalangan kenalan rapat Isa sah menerima rasuah.

    Lebih mengejutkan, Akta Tanah sebenarnya tidak membenarkan mana-mana individu memiliki tanah takrif persisiran pantai yang menjadi milik kerajaan negeri.

    Apakah dengan adanya grand ini, diluluskan pada zaman Isa menjadi Menteri Besar menandakan bahawa berlaku penyelewengan kuasa dalam skala yang begitu besar di peringkat negeri?

    Saya pulangkan kepada Tuan Puan untuk memberikan perhitungan.

  5. Dari grant tanah pantai ini, beberapa pendedahan boleh dibuat. Antaranya:


    • Lott tanah laut di Bt 3, Jalan Pantai, Telok Kemang antara Astana Hotel dan Corus Hotel milik syarikat yang dikuasai oleh Yb Ismail Taib (Adun Linggi sekarang) Exco Kerajaan Negeri dan Ibrahim Embi – rujukkan foto yang ada.

    • Lot tanah laut  antara Corus Hotel dan Mayang Sari Hotel milik syarikat yang dikuasai oleh Hashim Ismail (anak buah kepada Tan Sri Isa Samad) dan Zul Ghafar.

    • Legend Hotel Sea Front dan tanah laut yang dimiliki oleh Hjjh Rohani ( Ketua Wanita Bahagian) serta beberapa ajk wanita bahagian.

    • Lot tanah costa rica hotel dan laut milik syarikat yang dikuasai oleh Sabri Aini (Ajk Bahagian) dan Paiman.


  6. 6. Daripada pendedahan di atas, rumus yang paling layak diberikan kepada bekas Menteri Besar itu adalah; ISA IKON RASUAH. Sekian…
BERSAMA KEHENDAK RAKYAT Salahuddin Ayub Naib Presiden PAS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...