Krisis Nizar MB Perak : Apa kan jadi esok 2 September 209 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, September 02, 2009

Krisis Nizar MB Perak : Apa kan jadi esok 2 September 209

Apakah akan tercatit lagi sejarah hitam untuk negeri Perak esok. Semuanya berkemungkinan dan kalau ikut perkembangan semasa, keberangkalian untuk kemungkinan tu cukup tinggi.

Sebelum ni, Hj Nizar ada tulis dalam blog dia sendiri yang memetik laporan harakahdaily yang melaporkan Persidangan Dewan akan dibuat pada 2 September 2009. Memang bersungguh-sungguh nak buat jugak.
Dato' Seri Nizar Jamaluddin yakin Persidangan Dun Perak 2 September depan akan berjalan lancar sekaligus tidak akan mengulangi insiden 7 Mei lalu akibat tindakan BN yang melanggar lunas peraturan dan undang-undang sedia ada.

Sidang minggu depan itu, katanya amat penting kerana titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah belum dibahaskan lagi malah pada 7 Mei itu, tiada persidangan pun yang berlangsung memandangkan keceohan yang berlaku berikutan pelantikan Speaker 'haram' yang baru, yang tidak mengikut peraturan Dun.

Sivakumar pulak sebelum ni dah ambik satu langkah yang pada aku tak perlu dia ambik. Da dah file injunction kat mahkamah supaya halang Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr. Abdul Rahman Hashim dari menghalang persidangan esok. Dan macam yang dah dijangka mahkamah tolak injunction tu. Maknanya mahkamah takdak apa-apa halangan kalau SUK ambik tindakan halang persidangan esok.

Aku tak setuju Sivakumar file permohonan injunction tu pasai, nampak macam kita harap mahkamah akan sokog belak kita, bila mahkamah tak setuju, takkan kita nak kata mahkamahak betui kut. Sepatutnya kalau kita dah yakin mahkamah tak betui, yang kita harap kat mahkamah tu apa kejadahnya.

Tapi yang nyatanya

YB Siva yang keluar dari Bilik Makhamah 3 sekitar jam 4.30 petang telah menegaskan bahawa Beliau akan tetap mengedakan Sidang Dun Perak pada 2 September 2009.Beliau menyatakan bahawa walau apapun keputusan Makhamah hari ini Sidang Dun tetap akan diadakan esok.Kesemua Adun-Adun PR akan menghadiri Sidang Dun esok.
Dalam pada tu pulak ,Zulkifli Abdullah, Ketua Polis Perak dah bagi amaran, tindakan tegas akan diambik pada sapa-sapa yang berkumpul dekat Bangunan Perak Darul Ridzuan. Polis jugak kata da dah dapat arahan mahkamah bawah Seksyen 98 Criminal Procedure Code untuk halang sapa-sapa dari hadir ke 'sidang' atau berada dalam kawasan 30meter dari bangunan tu dari 1 pagi 2 September sehingga 11 malam hari berikutnya. Ketua Polis Ipoh, ACP Azisman Alias pulak kata, hanya kakitangan kerajaan yang bekerja di bangunan tu saja yang akan dibenarkan masuk.

Aku yakin sangat kalau ADUN PR berkeras jugak nak cuba masuk Dewan, mesti punya 'sesuatu' akan berlaku. Takat mana 'sesuatu' tu bergantung kepada keadaan semasa esok. Aku yakin paling kurang pun akan ada yang kena tangkap. Dah tentu la FRU dan bersedia esok lengkap dengan Water Canon dan gas pemedih mata. Dan aku jugak penuh yakin, ramai yang penyokong PR yang 'ketagih air kimia dan gas pemedih mata' dah berkobar-kobar nak turun Ipoh esok.

Aku harap sangat, pimpinan PR Perak dah kaji masak-masak plan depa esok. Tak kira apa pun plan depa, aku harap-harap sangat depa dah kaji baik buruknya. Jangan sampai apa yang jadi esok akan jadi 'backfire' kepada Pakatan Rakyat. Sebolehnya plan untuk esok biarlah dalam kawalan kita. Maksud aku biar semua 'pembolehubah' (pinjam stail Aduka) kita yang tentukan.

Bila ditanya wartawan Malaysian Insider,
He said he had already notified all the state lawmakers, including from the rival Barisan Nasional (BN) faction, of tomorrow's sitting, and would proceed with “Plan A” — which is to head to the state secretariat on Jalan Panglima Bukit Gantang in Ipoh and try to hold the assembly at 10am tomorrow.

He admitted that he does not know what will happen tomorrow.

“I don't want to speculate,” Sivakumar said.

But he added that he had a back-up plan to hold the assembly elsewhere. He refused to reveal further details.

  1. PERSIDANGAN DUN PERAK 2 SEPTEMBER 09
  2. Court rejects Sivakumar’s injunction bid
  3. Perak Police will act against any assembly near state building tomorrow
  4. Injuksi Yb Sivakumar Ditolak!!!!
  5. Sivakumar determined to go ahead with sitting

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...