Pemuda PAS Parit Buntar tekad terus kempen bubar DUN | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Ogos 04, 2009

Pemuda PAS Parit Buntar tekad terus kempen bubar DUN

Lama jugak aku tak copy paste artikel dari laman Web PAS Parit Buntar ni. Kali ni aku rasa aku patut kongsi cerita ni dengan pembaca blog aku yang tak ramai mana ni. Pasainya, aku ponteng jugak program ni. Nak buat macamana, demam yang mula malam Jumaat hari Ahad tak ampeh lagi.

Cumanya aku tak berapa terkilan sangat tak pi program ni pasai:
1. Ada acara nyanyi lagi rasmi negeri Perak. Aku takut lirik aku nyanyi bunyi lain.
2. Sama macam yang member aku Budak Ipoh Timur tulis kat part last entry dia ni.
Singgah masuk jap kedalam dewan. Aduh, cam besa bila program panjang berjela, komitmen peserta makin menipis. Aku jangka kurang 100 orang yang tinggal. Lastly hampir mencecah 50 orang je yang tinggal. Siap kemas dewan lagik time EXCO DPPP menjawab soklan. Hilang adab nampak gayanya. Aku dah pun menjangka bila ada jek break mkn n rehat tghari, situasi begini akan berlaku. Mungkin DPPN juga sudah menjangkakan. WALLahua’lam. Aku harap pasnih penganjur boleh fikirkan kaedah lain dalam menarik minat peserta utk terus kekal dalam program hingga ke akhir. Mungkin program membabitkan dewan tertutup tidak seswai.


Image026-1.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 4 Ogos : Dewan Pemuda PAS Parit Buntar bertekad akan meneruskan kempen bubar DUN Perak di Parit Buntar. Himpunan '1 Hitam Perak' di Bagan Serai telah membangkitkan semangat anak muda di Parit Buntar bekerja lebih keras agar DUN Perak dibubarkan. Demikian kenyataan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar Khairulzami Muhammad mengulas sambutan hebat pemuda semasa Himpunan Pemuda Pakatan Bubar DUN Perak.

" Himpunan pemuda ini memberi peransang yang kuat kepada kami di Parit Buntar untuk mengerakkan jentera pemuda menghadapi pilihanraya jika DUN Perak dibubarkan" Katanya

Menurutnya, lebih 300 pemuda Parit Buntar berpakaian hitam telah menghadiri himpunan '1Hitam Perak' bagi mendesak pembubaran DUN Perak. Semangat yang ditunjukkan oleh pemuda dari Parit Buntar semasa himpunan ini akan menjadi pendorong yang kuat kepada Dewan Pemuda PAS Parit Buntar melaksanakan aktiviti bersama pemuda.

" Ucapan bersemangat pemimpin Pakatan Rakyat dalam himpunan ini memberi satu suntikan motivasi yang tinggi kepada pemuda" Ujar beliau. Baca seterusnya di sini...


Aku nak komen sikit la pasai benda ni. Aku bukan tak setuju depa nak sungguh² "bertekad akan meneruskan kempen bubar DUN Perak di Parit Buntar". Aku setuju dan aku sokong. Cumanya aku rasa ada sikit tak berapa nak kena. Pasainya PAS Parit Buntar pada aku masih tak bersedia nak hadapi pilihanraya. Kalau takat nak masuk pilihanraya memang la takdak masalah, tapi kali ni kita nak pertahankan kemenangan. takkan kita nak masuk pilihanraya macam kita masuk pilihanraya umum 2004. Memang saheh senyum Umno sampai ke telinga punya.

Patutnya depa kena tambah ayat tu jadi "Dewan Pemuda PAS Parit Buntar bertekad akan meneruskan kempen bubar DUN Perak di Parit Buntar dan dalam masa yang sama akan menggerakkan kerja² pilihanraya secara maksima secepat mungkin, tak kira apa pun rintangan yang menghalang".

Kalau macam tu bunyi ayat tu baru la sedap sikit dengar. Baru la semangat sikit. Baru la ada chan kita nak hadapi pilihanraya cara baru, bukan cara 1999 dan 2008, cara nak menang selepas kalah dan yang paling penting bukan cara 2004, cara lepas memang dan lepas tu kalah 3-0.

Baru la aku boleh tumpang sama semangant nak pulun buat kerja² pilihanraya yang belambak yang masih tertangguh terutama sekali yang terus dibawah tanggungjawab aku. Tak gitu KP

Sumber
  1. Pemuda PAS Parit Buntar tekad terus kempen bubar DUN
  2. PAS Parit Buntar
  3. Penat tp berbaloi II…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...