N11 Permatang Pasir : YB Salleh Man YDP MAIPP | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Ogos 24, 2009

N11 Permatang Pasir : YB Salleh Man YDP MAIPP

Itu janji yang dibagi Pakatan Rakyat kepada pengundi Permatang Pasir. Kalau Ust Salleh Man menang PRK Permatang Pasir ni, bakal wakil PAS tunggal di DUN ni akan dilantik jadi Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Ust Salleh Man dijanjikan untuk mengantikan YB Shabudin Yahya iaitu ADUN Permatang Berangan dari Umno yang tempoh perkhidmatan akan tamat dua bulan lagi.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam satu sidang media selepas menyampaikan tazkirah sempena majlis berbuka puasa di Surau Said Jalan Kampung Paya, Bukit Mertajam petang semalam.

Anwar berkata, Pakatan Rakayat syorkan Salleh YDP Majlis Agama Pulau Pinang dan beliau sendiri telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengenai perkara tersebut.

"Saya meminta pandangan (Ketua Menteri) YB Lim Guan Eng, untuk menyampaikan hasrat kita, termasuk PKR dan PAS itu. Kita doakan Ustaz Mohd Salleh Man menang.

"Dan sekiranya ini berlaku, kita akan kemukakan nama beliau untuk dipertimbangkan melalui ketua menteri, seterusnya kepada Tuan Yang Terutama (Yang Dipertua Negeri) dan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya melantik Ustaz Mohd Salleh Man sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam negeri," katanya.


Sumber
  1. Pakatan Rakyat syor lantik Ustaz Salleh terajui MAIPP


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...