N11 Permatang Pasir : Ish! Takkan sampai duduk bersila kut | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Ogos 14, 2009

N11 Permatang Pasir : Ish! Takkan sampai duduk bersila kut

Takkan sampai macam ni kut punya teruk Umno Permatang Pauh. Takkan miskin sangat sampai kena duduk bersila. Takkan program sepenting Pelancaran Gerakerja Pilihanraya pun pimpinan Umno sampai kena duduk bersila, ish! tak percaya la aku.

Takkan Umno dah jadi tawaddu' kut. Tak kisah dah walaupun kena duduk bersila atas pentas. Ish! Langsung aku tak percaya Umno boleh jadi tawaddu' sekelip mata macam tu. Mungkin jugak la depa nak bagitau kat pengundi Permatang Pasir yang depa tu sebenarnya berjiwa rakyat.

Tapi yang mushkilnya program tu katanya dibuat "secara tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli UMNO yang akan bertugas sebagai jentera Permatang Pasir dan juga turut hadir ialah Ketua-Ketua Bahagian dan Pemuda di PP."

Tak percaya langsung Umno yang mengaku hebat, tapi nak sediakan bangku kat atas pentas untuk pemimpin duduk pun tak boleh. Takkan tadak duit nak sewa bangku kut.

Tak pun mungkin pasai takdak sapa dah yang sanggup bagi sewa pasai sewa masa PRK Permatang Pauh dulu pun tak setel lagi. Mungkin la pasai tu kut. Tapi takkan takdak orang Umno yang buat bisness sewa bangku.

Mushkil aki, takkan buat Pelancaran Gerakerja pilihanraya PRK takat kat Giat Mara ja. Miskin sungguh kut Umno ni. Aku rasa mungkin depa dah tempah tempat lain, tapi kena kensel last minit pasai hutang lama pun tak setel lagi. Mungkin la pasai tu, tu yang terpaksa jugak guna dewan kat Giat Mara tu, yang tu ja yang boleh dapat last minit pun.

Ish! Tapi, takkan kut sampai tara tu. Ka Zahid Hamdi saja nak buli pemimpin Umno Permatang Pauh. Aku rasa betui la, memang Zahid Hamidi nak buli depa ni. Biar depa tu ingat sikit sapa Zahid Hamidi.

Lagi satu yang aku mushkil jugak, banner yang jadi backdrop kat belakang tu tulis lain, takdak pun tulis pelancaran gerakkerja PRK, yang tulis kat situ "Majlis Pelancaran Program Pembasmian Kemiskinan GIATMARA Peringkat Negeri Pulau Pinang". Tak percaya cuba klik bagi besar gambar yang atas sekali tu. Macamana pulak blog tu boleh tulis program tu sebagai program Pelancaran Gerakerja Umno PRK Permatang Pasir.

Mungkin jugak kut program tu program lain yang ada buat sebelum tukut. Tapi takkan nak buat bannar khas untuk backdrop untuk program Pelancaran Gerakkerja Umno PRK Permatang Pasir pun tak mampu kut. Tapi mungkin jugak depa dah tempah tapi kedai yang buat tu takmau bagi pasai hutang lama pun belum setel lagi kut. Aku rasa betul la, mungkin pasai tu la backdrop pun takdak tu.

Hangpa rasa macamana? Betui ka aku punya andaian macam tu?

Sumber gambar dan berita

  1. Permatang Pasir : BN lancar jentera UMNO Permatang Pasir

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...