N11 Matang Pasiaq : PAS menang majoriti 4ribu lebih? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Ogos 25, 2009

N11 Matang Pasiaq : PAS menang majoriti 4ribu lebih?

Kalau jadi macam yang aku plan, insyaallah blog aku ni akan paparkan keputusan secara realtime. Insyaallah akan mula dipaparkan dalam pukui 4 petang secara langsung dari pusat penjumlahan undi PAS di Markaz Besar MTD Permatang Pasir.

Aku bukan nak mendahului keputusan bila aku bubuh tajuk macam tu, bukan jugak nak takabbur, cumanya kot-kot boleh jadi doa. Kalau ramai yang baca tajuk tu dengan niat doa, moga-moga makbul dan PAS boleh menang dengan majoriti besar esok, kalau tak besar PRU12 pun, moga-moga tak sampai jadi macam Manek Urai.

Kalau ikut Ilham Centre, kajiselidik depa menunjukkan 64% kata PAS akan menang, 20% kata BN akan menang dan baki 16% masih belum buat keputusan. Kata la yang belum buat keputusan tu kita kira bahagi 2, PAS boleh dapat 72% BN akan dapat 28%.

Dari segi angkanya, jumlah pengundi Permatang Pasir 20350. Kata laa 85% keluar mengundi, maksudnya 17297 pengundi keluar mengundi. Jadinya PAS akan dapat 11070 undi dan BN akan dapat 6227 undi. Jadinya PAS akan memang majoriti 4843 undi. Betui ka boleh dapat macam tu kita tunggu SPR umum malam nanti.

Kalau ikut pulak maklumat dari sumber yang tak berapa nak soheh, katanya geng-geng yang main judi dengan PRK kali ni, ramai yang bertaruh PAS boleh menang majoriti lebih 4000 unti. Kelmarin dulu takat 3000 lebih ja, tapi hari last ni meningkat lagi 1000 undi.

Harap-harap kajiselidik dan andaian tu boleh bertukar jadi keputusan. Bagi aku kalau PAS boleh dapat majoriti lebih 3500 undi pun dah kira menang bergaya walaupun masa PRU12 allahyarham Hj Hamdan boleh dapat 5,433 undi pasai PAS bukan takat lawan BN tapi lawan dengan jentera kerajaan. Jadinya majoriti 3500 pun dah kira cukup besar dan boleh kirakemenangan yang cukup bergaya.

Apa-apa pun kita tunggu malamnanti.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...