Mai kita kira kot mana boleh rugi RM200 juta. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Ogos 04, 2009

Mai kita kira kot mana boleh rugi RM200 juta.

Artikel kat bawah ni aku baca kat sini yang salin dari sini.

Pasai aku tak boleh tidur, batuk tak renti². Daripada aku paksa mata yang lelapnya sat ja pasai akan terjaga bila batuk lagi, lagi baik aku terjemah artikel ni. Aku rasa ramai yang tak baca artikel ni pasai Rocky tulis bahasa inggeris. Tak kira la pasai tak paham atau pun jenih² yang macam aku yang cukup segan nak baca artikel english tambah² kalau panjang berjela².

Jadinya aku cuba la terjemah guna bahasa aku. Bahasa orang tak mengaji Pengajian Melayu, Kertas Bahasa Malaysia SPM takat dapat 3 dan English dapat 5.

Rocky has touched on a very important and relevant issue. As what he asked: (Rocky dah sentuh isu yang cukup penting dan releven. Macam apa yang dia tanya:)

Tolong habaq mai sapa yang bertanggungjawab atas kerugian tu?

Dalam zaman telus dan kerajaan baik ni memang patut ada yang mengaku bertanggungjawab ...


Aku nak sangat tengok tuan punya bisnes yang kata rugi tu ambik tindakan undang² kat orang dibelakang demo Sabtu lepas. Penganjur demo tu bukan payah nak kenai, pasainya depa tu bukan jenih geng bawah tanah. Pulak tu depa dah banyak kali buat sidang akhbar dan buat kenyataan media. Jadinya mudah sangat nak tunjuk depa ni.

Bila lawyer dah bawak naik mahkamah kes peniaga² tu, mahkamah boleh cepat² bersidang dan boleh cepat² buat keputusan dan boleh pulak cepat² nilai berapa penganjur demo kena bayar kat peniaga² tu.
Mesti la, dalam tuntutan depa, depa kena bubuh sekali penyata akaun bukti kata depa rugi. Depa kena yakinkan mahkamah yang hari Sabtu depa biasa dapat sekian² jualan. Dan tentula kena tunjuk tugak berapa depa selalu untung.

Maksudnya depa kena buktikan rugi depa tu dalam bentuk akaun dan dokumen. Tak boleh la saja² kata rugi antara RM100juta ke RM200juta. Depa kena buktikan angka tu. Depa kena tunjuk dengan semua rekod akaun depa.

Berapa biasa depa buat untung? Nak bagi senang kita kata la 10%. Maksudnya depa kena juai RM1 billion ke RM2 billion untuk dapat untung RM100 juta ke RM200 juta.

Cara paling mudah nak bagi bukti depa kena tunjukkan di mahkamah penyata cukai yang depa bayar untuk 3 tahun. Bisness yang kata rugi kena tunjuk angka yang depa istihar untuk 3 tahun lepas sama macam yang depa istihar kat LHDN.

Cara paling baik nak buktikan yang depa rugi, depa kena tunjuk kat mahkamah penyata cukai depa kurang² untuk 3 tahun lepas. Peniaga yang rugi kena tunjuk kat mahkamah angka yang depa istihar kurang² untuk 3 tahun lepas sama macam yang depa istihar kat LHDN. Ini mesti boleh jadi bukti yang petang Sabtu tu dalam 2 ke 3 jam jualan depa RM1 billion ke RM2 billion.

Sehari penuh saheh boleh dapat paling kurang RM2 billion ke RM4 billion pasai dalam 2 ke 3 jam boleh dapat RM1 billion ke RM2 billion. Dalam setahun boleh cecah sampai RM700 billion ke 1,400 billion.

Ok, kita ambik purata la, senang. Ikut rugi depa Sabtu petang tu dalam 2 ke 3 jam, jualan depa lebih kurang RM1,000 billion.

Petronas dapat cuma RM40 billion setahun. Separuh dari tu dari Terengganu - RM20 billion. Terengganu dapat 5% dari RM20 billion tu, dalam RM1 billion setahun dalam bentuk royalti. Sebelum ni cuma RM800 juta tapi pasai harga minyak naik royelti pun naik jugak jadi RM1 juta setahun.

Aku tak tau betui ka dak, pasainya Petronas tak perlu tunjuk akaun. Tapi congak mudah kita kalau 5% jadi RM1 billion dan kalau sumber Terengganu 50% gas dan minyak, congak mudahnya RM1 billion X 20 X 2. Jumlahnya RM40 billion.

Pendapatan yang katanya paling tinggi dalam megara ni cuma RM40 billion setahun. Beberapa kedai sepanjang jalan di Kuala Lumpur boleh dapat RM1,000 billion setahun. Hey, mana tak boleh dapat RM1,000 kalau 2, 3 jam meniaga boleh dapat RM1 billion ke RM2 billion? Macamana tak boleh dapat RM1 billion ke RM2 billion dalam 2 ke 3 jam pasai dalam masa tu boleh rugi RM100million ke RM200 million kalau tutup kedai.

YA, tolong saman. Jugak tolong tunjuk macamana Menteri Wilayah Persekutuan kira rugi ni, RM100 million ke RM200 million dan tolong jugak tunjuk rekod cukai untuk 3 tahun lepas sebagai bukti yang angka tu memang patut dan bukannya angka taik lembu.

Harap² hangpa punya rekod cukai sama dengan apa yang hangpa kata, kalau dak orang 'income tax' akan "grab you by the balls and squeeze hard"1**. Penalti untuk tipu cukai 10 kali ganda nilai yang hangpa tipu. Yang tu boleh membawak ke berpuluh² billion pulak dia punya penelti.

Jumpa hangpa di mahkamah, harap² dalam masa terdekat ni.


Rujukan
  1. **Yang ni aku malas nak terjemah.
  2. Yes, please sue
  3. So who's liable for the RM100 million?
  4. Gambar aku cilok dari blog cakap lepas.
  5. Gambar Sinar Harian aku cilok dari blog penarik beca



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...