"Jangan cuba untuk uji kesabaran kerajaan negeri. Saya tidak teragak-agak untuk memberhentikan projek pembangunan itu," katanya.
Lim juga berkata, kerajaan negeri bersedia menanggung risiko membayar gantirugi kepada pemaju jika terpaksa membatalkan projek itu, lapor Bernama.
Ditanya mengapa beliau enggan menemui penduduk kampung itu, Lim berkata:
"Saya sudah serahkan tugas ini kepada Mansor (Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman) dan Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II, Prof.Dr P. Ramasamy).
"Jadi saya tidak mahu orang mempersoalkan kebolehan mereka," katanya.
Berita selanjutnya di sini
Komen aku : Yang ni baru cerdik. Buat apa nak cari reba kalau reba tu boleh dipindah kat orang lain.
Timbalan Ketua Menteri I yang baru yang Ketua Penbangkang kata hebat sangat sebagai calon ganti Timbalan Ketua Menteri I yang teruk tu, aku harap memang hebat. Harap² dia dapat selesaikan masalah ni.
Kalau Timbalan Ketua Menteri I yang baru yang katanya 'hebat' sangat tu tak boleh selesai, memang aku belasah lepas ni, bukan takat dia aku nak belasah, dengan boss kat atas dia pun aku belasah sama.