Ikut maklumat terbaru dari Malaysiakini
Tinggal dua hari lagi sebelum perhimpunan besar anti-ISA, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yakin mendapat sokongan sekurang-kurangnya 50,000 penunjuk perasaan bagi menyatakan bantahan mereka.
"Berdasarkan maklumbalas yang kita terima, sekurang-kurangnya 50,000 orang," kata ahli jawatankuasanya Norlaila Othman ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.1
Dari maklumat dalam Blog penyokong ISA pulak
Menjawab satu persoalan Sdr Azam mengesahkan bahawa MAGARAN akan menggerakkan 200,000 hingga 300,000 ahli2 mereka dan juga rakyat Malaysia yang berkongsi pandangan yang sama dengan mereka pada 1/8/09 nanti.2
Kalau ikut tu nampaknya PRO-ISA akan menang. Kalau ikut jumlah nama boleh nak lawan 50,000 dengan 200,000.
Memang hebat la geng pro-ISA ni. Sekurang²nya hebat bab angan-angan. Aku taktau la kut² ada sungguh yang percaya angka yang puak pro-ISA ni sebut. Kalau betui ada aku yakin orang tu kalau tak gila mungkin tengah 'high'. Kalau takat 2,000 aku yakin depa boleh dapat, tapi 200,000, fuh.
Kalau betui la boleh capai angka tu agak-agak berapa juta depa kena belanja. Kalau setakat PRK Manek Urai pun sorang RM300, untuk demo ni paling kurang pun RM500. Kalau sorang RM10 kena ada 2juta, kalau RM500 sorang, oohh!! tak banyak, cuma 0.1billion ja.
Agak-agak boleh ka dapat 50,000 kalau orang macam hangpa yang baca artikel ni pun tak pi? Bukan takat hangpa, kawan-kawan hangpa pun kena pi, kalau hangpa dengan kawan² hangpa pun tak pi, jangan marah kat orang lain kalau yang pi demo 1 Ogos ni takat seribu dua ja.
Sumber
- GMI yakin 50,000 hadiri perhimpunan Sabtu ini
- Cari sendiri!!!