Azizan dan Kit Siang selesai masalah babi di Kedah | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Julai 08, 2009

Azizan dan Kit Siang selesai masalah babi di Kedah

Kalau ikut sms rasmi dari Harakahdaily, isu di kedah dah selesai.
5:31pm Menteri Besar Azizan Razak dan Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam sidang akhbar bersama akui isu di Kedah dapat diselesaikan dengan baik - HRKH
5:33pm Bukan setakat isu di Kedah dapat diselesaikan, Pakatan Rakyat juga makin diperkukuh, kata Lim Kit Siang - HRKH

Kenyataan tu tentunya dibuat bersama masa sidang media lepas pertemuan antara Ust Azizan dengan Lim Kit Siang di di Megan Business Centre, Jalan Yap Kwan Seng, dalam usaha Kerajaan Kedan nak selesaikan isu babi di Kedah1.

Memang kalau takat isu babi di Kedah, takdak apa bendanya, isu kecik sangat. Tak payah Ust Azizah pi KL cerita kat Kit Siang pun boleh selesai isu ni. Satu panggilan talipon pun boleh selesai.

Ada jugak yang kata isu ni sebenarnya bukan pasai babi sangat, isu babi ni cuma nak bagi nampak ada pasai, depa kata isu sebenarnya pasai DAP rasa diketepikan. Yang ni pun sebenarnya cuma tahap persepsi dan mungkin ada sikit 'miss comunication'.

Pada aku Ust Azizan sebagai orang politik dia bertindak bijak. Dia sanggup turun Kuala Lumpur pasai nak cerita sendiri berdepan dengan pimpinan utama DAP. Biar nampak kata pimpinan Kerajaan Negeri Kedah yang jugak pimpinan PAS Kedah bersungguh-sungguh nak selesaikan isu ni.


Maknanya isu pusat bantai babi haram dah selesai. Aku harap lepas ni PAS Kedah tak perlu lagi pening dengan isu babi.

Isu pusat penternakan babi berteknologi tinggi hari tu pun selesai dengan baik. Walaupun Umno sungguh-sungguh cuba nak main tapi berjaya Ust Azizan patahkan dengan baik. Dan yang positifnya isu pusat penternakan ni langsung aku tak dengar ditimbulkan.

Aku harap isu pusat pembantaian babi ni pun boleh disenyapkan dengan cara tu jugak. Bila semua orang takmau pusat tu dibuat kat tempat depa, dan persatuan 'pembantai' babi tu pun tak berjaya nak cari tapak baru, selesai la masalah. Takat lima enam orang yang kerja kat situ tak patut jadi masalah, belambak kerja lain depa boleh buat2.

Kalau lepas ni BN nak kata PAS Kedah tak bagi orang cina makan babi pun tak boleh pasainya Kedah mempunyai dua pusat penyembelihan babi yang masih beroeprasi iatu di Tunjang dan Simpang Empat3.

PAS Kedah dah boleh ditutup dengan kemas lepas ni. Kes dengan DAP pun boleh dikira tutup jugak lepas ni. Semuanya lebih bergantung kepada cara kerajaan Negeri Kedah kawai beberapa orang kakitangan jebon/malaun yang selama ni buat orang DAP sakit hati4.

Artikel Rujukan
  1. Azizan jumpa Kit Siang di KL?
  2. Lokasi baru sembelih babi dibincang
  3. 'Tidak halang, cuma dipindahkan untuk keselesaan'- Mahfuz
  4. Isu babi: Kedah tak belajar dengan Kes Hj Nizar?




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...