Bernama melaporkan
"Pendirian kita sepertimana tuan-tuan sedia maklum, PAS sentiasa membuka ruang untuk berbincang dengan sesiapa sahaja. Ini adalah keputusan yang dibuat di Muktamar Ipoh pada tahun lepas dan perkara itu disebut sekali oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar beliau dan saya rasa isu PAS masuk Umno, masuk Barisan Nasional (BN) tidak berbangkit sama sekali.
"Ini pendirian yang kita ambil, sedia berbincang dengan sesiapa pun dan itu pun keputusan muktamar, sudah tentulah kalau kita tutup ruang untuk adakan perbincangan ini, sedangkan kita rasa kita ada peranan yang boleh mainkan untuk bantu bangunkan negara ini," kata Nasharuddin, yang juga Anggota Parlimen Bachok.
Nampaknya macam TG Nik Aziz yang gunakan hujjah keputusan muktamar tahun lepas di Ipoh, Ust Nasa kata dia jugak gunakan keputusan muktamar yang sama.
Berita tu jugak melaporkan
"Respon (kali ini) yang saya rasa pertama kali agak serius daripada Perdana Menteri, dan saya sendiri bawa balik ke Presiden parti sendiri. Saya tidak boleh cakap bagi konteks parti.
"Kita tidak boleh buat keputusan secara individu. Muktamar merupakan pihak berkuasa tertinggi," katanya.
Ok la tu. Disebabkan Presiden ada di luar negara, memang takdak masalah kalau Timbalan Presiden bercakap bagi pihak parti. Usat Nasa bertindak bijak di sini.
"Saya tidak dapat nak ulas apa yang dimaksudkan oleh Tok Guru Nik Aziz, saya sebutkan tadi, kepada umum kalaulah 'unity talk' ini atau 'unity government ini konon-konon usul untuk bawa PAS masuk BN atau Umno, itu bukanlah niatnya."
Berhubung pendirian berbeza anggota PAS mengenai kerajaan perpaduan, beliau berkata: "Ini merupakan sesuatu yang baru, satu perkara besar dan sesuatu yang perlukan penjelasan dan proses ini sedang berjalan."
Kenyataan "bukan nak bawa PAS masuk BN atau Umno" macam dah jadi ratit pulak. Masalahnya orang yang tak boleh terima idea Kerajaan Campuran bukan tak boleh faham ayat tu tapi depa nak tengok jawapan dalam bentuk 'perbuatan' pulak.
Lagi satu aku sangat bersyukur kalau memang ada dibuat proses penjelasan dan aku harap proses penjelasan kat ahli² bawah macam aku ni dapat dibuat secepat mungkin.
Apa pun kita tunggu sidang media yang katanya akan dibuat hari ni lebih kurang pukul 11 pagi.
Lapuran penuh Bernama di sini