Lawan Umno : Kias hukum pembinaan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Jun 11, 2009

Lawan Umno : Kias hukum pembinaan

Alkisah, dalam sebuah bandaraya, ada 1 projek pembinaan dewan PAS, ceh nak PAS jugak. Ok la, dewan org ramai la..

Pemaju lantik Builder A yg terdiri daripada jurutera perunding, arkitek, jurukur bahan utk bina dewan tu. Pemaju bertindak memantau progress pembinaan.

Arkitek = reka landskap

Jurutera = reka struktur & bahan binaan

Jurukur Bahan = rancang kos blanje

Matlamat mereka sama. Nak penuhi demand pemaju, to serve the best for the developer. Pemaju lak kalo bole nak dewan tu cantik di mata (aspek arkitek) dan kukuh & selamat (aspek jurutera) dgn menggunakan kos yg minima (aspek jurukur bahan). Mean perfect la..

1 hari berlaku 1 kes. Masa pembinaan dilaksanakan, kekuda bumbung yg siap dipasang, tercabut & menghempap pekerja. Mati mamat tu.

Jurutera :

“Eden dah koba dulu. Kayu jati ni x soswai buek kokudo. Dio x bule tanggung boban angin. Sonang fail. Den soh guno kayu cengal x nak. Pasang nyenget pulak tu, kono pasang togak baru betol”

Arkitek :

“Kayu cengal x lawo la. Kalo kono panas & hujan bule mongolupas. Burok bona. Kayu jati bilo sapu syelek, pehh b’pinau mato bilo kono cahayo matohari. Kelas ma.. Den soh pasang senget, lawo tengok dr luar. Kalo pasang togak nampak mcm kilang biskut”

Jurukur Bahan :

“Kayu jati murah dr kayu cengal. Bezo byk tu. Kalo seluruh projek kito bule jimat 40%, jimat gilo tu! Cumo den x stuju pasang senget. Byk makan ruang, byk pakai kayu. Kos tu.. Elok togak jo. Baru bule jimat”

Haha. Bertelagah beb. Memasing defend diri sendiri & tuding jari. Kalo biar berlarutan memang parah. Cuba proses di bawah :

  1. Berbahas. Memasing kuar opinion. Bantai membantai secara cerdik.
  2. Yg kena bantai bg explain yg konkrit.
  3. Smua puas ati? Ok cuba bangkitkan idea lain / idea baru utk cari penyelesaian.
  4. Hati & fikiran memasing bukak leluas. Jgn block. Pertimbang idea2 baru.
  5. Bahas balik smpi ada final solution.

Jurutera :

“Gini ajo la. Den cadang kito guno kayu belian. Ketahanlasakan dio kurang sket dr kayu cengal tp b’dasarkan calculation den, dio msh bule tanggung total load. Kayu ni penuhi architectural criteria ekau gak. Apopun, kito totap kono pasang togak utk p’agihan boban yg lobih sompurno”

Arkitek :

“Erm.. kayu belian mmg fantastik. Den stuju. X po, den raso bule extend finishing component tu kasi senget sket. So kokudo tu x yah nyenget”

Jurutera :

“Dr aspek cost-saving lak, den raso kayu belian mahal sket dr kayu jati tp lobih murah dr kayu cengal. Tp x po, den cadang kito kocikkan saiz dio & kito bykkan bilangannyo. Den susun rapat sket, boban pun bule agih samo. Cubo ekau kiro bajet. X dapek jimat byk dapek jimat sket pun jadi la”

Jurukur Bahan :

“Kojap den kiro yo. Nyit.. Nyit.. Ok cantet, bule jimat 25%. Kurang 15% pun x po la. Yg ponting solamat, cantet & msh m’jimatkan. Ngeee..”

Haa, x win win situation tuh? Heh. Memasing ada prinsip. Prinsip keselamatan, prinsip keindahan & prinsip penjimatan. At the end of the day, memasing masih mampu mengekalkan prinsip memasing, tapi perlu keluar dr kebiasaan. Perlu cerdik. Perlu tolak ansur. Perlu diplomasi.

Impian si Jurutera ialah membina sebanyak mungkin bangunan & akhirnya membangunkan keseluruhan bandaraya berdasarkan prinsip & agendanya sendiri. Namun realiti mutakhir memustahilkan segalanya. Khidmat Arkitek & Jurukur Bahan masih diperlukan, demi memenuhi kehendak Pemaju.

Untuk cerita seterusnya boleh sambung kat sini.

Kias yang memang menarik dan sesuai. Awat aku yang selalu kat site ni tak terfikir nak tulis benda-benda macam ni. Bukan tak pernah bertengkaq dalam 'site meeting', selalu sangat, tambah-tambah dengan arkitek. Bebulu ja aku, langsung tak peduli kabel aku nak lalu ikut mana, takkan aku nak hack beam kot nak 'sorok' kabel 4 X 240mm² PVC/PVC, kalau runtuh bangunan tu sapa nak berjawab?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...