Aku takdak apa-apa masalah dengan Ust Bakar ni. Aku kenai dia dan pernah bersembang dengan dia tapi dia tak kenai aku, mungkin kut dia perasan aku pasai masa sembang yang cuma sekali tu dia yang tegur aku, cara tegur tu macam kenai tapi kalau kenai pun mungkin takat sebagai ahli PAS Parit Buntar, nama dah tentu dia taktau.
Pada aku, dia ni kira ok la, kalau nak banding dengan lain-lain pimpinan PAS Perak. Kalau ikut maklumat yang aku dapat, katanya memang nama dia yang paling 'top' untuk jadi PJ Perak.
Sapa Ust Abu Bakar Husin ni? Orang luar dari Perak mungkin tak kenai sapa dia, orang PAS Perak pun aku rasa ramai yang tak kenai dia terutama sekali di peringkat akar umbi. Ust Misbah cuba terangkan sapa Ust Abu Bakar Husin ni sebaik mungkin
Sebelum ini, Ust Abu Bakar Husein adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai YDP PAS Kawasan gopeng untuk beberapa penggal yang lalu. Dalam Pilihanraya umum yang lepas, beliau bertanding di DUN Pengkalan Baru dan hanya kalah dengan majoriti yang begitu kecil iaitu 14 undi. Beliau juga adalah pesara guru agama yang pernah berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh.
Perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Perak disambut baik oleh kawasan-kawasan dan dewan-dewan. Dengan pengalaman sebagai pendidik agama, seluruh PAS Kawasan di Perak mengharapkan agar pengalaman mentarbiyyah di gunakan untuk mentarbiyyah ahli-ahli PAS. Beliau sememangnya sangat meminati bidang tarbiyyah haraki.
Markaz Tarbiyyah Air Kuning sentiasa aktif dengan program-program Tarbiyyah yang dikendalikan oleh Lajnah yang dipengerusikan oleh beliau. Pengisian tarbiyyah begitu hidup sepanjang beliau menerajui lajnah tersebut. Pembentangan kertas-kertas tarbiyyah tidak hanya terikat dengan teks tertentu, malahan persoalan ekonomi, politik, ISA dan berbagai-bagai isu semasa di peringkat nasional dan antarabangsa turut diketengahkan. Pimpinan PAS silih berganti menyampaikan pengisian dengan tajuk-tajuk yang mencakupi semua aspek.
Tapi kalau aku jadi Presiden PAS aku akan pilih Hj Nizar jadi PJ pasai dah tentu la sebagai Presiden seboleh mungkin aku nak PAS yang berkuasa Perak dan MB Perak orang PAS.
Kebiasaannya kalau PAS menang negeri masa pilihanraya, PJ la yang akan jadi MB macam di Kelantan, Terangganu dan Kedah. Masa lepas PRU tahun lepas, Hj Nizar dipilih jadi MB pasai dia yang paling kanan dalam haraki pimpinan PAS Perak yang menang kerusi DUN. Kalau masa tu TG Ahmad Awang bertanding dan menang kerusi DUN dah tentu dia la yang dipilih untuk jadi MB pasai dia PJ Perak masa tu.
Tapi munasabah jugak macam kata sorang member tu bila aku bangkitkan bab MB ni. Dia kata "Ala.. bukan susah nak jadi MB, Hj Harun YDP Parit Buntar pun boleh jadi MB." Terus aku tergelak dan dia pun gelak sama. Aku gelak pasai paham maksud dia dan dia pun gelak jugak pasai dia paham yang aku paham maksud dia.
Moga-moga Ust Abu Bakar Husin berjaya untuk dilantik jadi MB Perak lepas PRU 13 dengan gelaran baru, Dato' Seri Abu Bakar Husin.
Jangan ada yang salah faham, aku langsung tak bermaksud nak kata yang Ust Abu Bakar bercita-cita nak dapat jadi MB dan bercita-cita nak dapat gelaran Dato' Seri. Sungguh, langsung aku tak bermaksud macam tu.