N12 Penanti akan menyaksikan pertandingan 2 penjuru antara PKR dan 3 calun bebas. Aku lebih suka menganggap 2 penjuru pasai sebenarnya PKR yang mewakili Pakatan Rakyat menentang calon bebas.
Pada aku dari tengok berapa majoriti cara biasa yang PKR akan dapat, lebih tepat kalau ditengok tengok berapa majoriti yang Dr. Mansur boleh dapat berbanding jumlah yang calun-calun bebas dapat.
Dr Mansor Othman akan menentang calon-calon Bebas iaitu, Aminah Abdullah (kunci), Nai Khan Ari (wau) dan Kamarul Ramizu Idris (payung).
Kalau ikut keputusan PRU 2008 Dr. Mansur kena dapat lebih dari 47% dari jumlah pengundi, paling kurang 7,230 dari 15,384. Dulu Fairuz dapat 7,346 dari 15,421. Kalau dapat kurang dari tu maksudnya semua yang berlaku dalam politik semenjak dua menjak ni tak bagi bekas tara mana.
Kalau tanya aku, aku tak yakin calon dari PKR kali ni bpleh dapat sebanyak tu pasai ada beberapa faktor besar dalaman yang akan mempenaruhi pengundi PR.
Yang paling besar sekali aku rasa pasai 'yakin menang'. Mungkin ramai yang tak mau susah-susah keluar mengundi pasai depa yakin kalau depa tak mengundi pun calon PR mesti menang punya.
Tambah lagi la untuk pengundi luar, ramai yang akan memilih untuk tak mengundi dari terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk balik mengundi. Walaupun mungkin akan ada 'sponsor' tambang balik tapi depa masih terpaksa bersusah payah ambik cuti dan sebagainya.
Faktor yang kedua aku rasa faktor pengundi PAS yang 'tak puas hati' dengan PKR dan wakil rakyat lama. Aku takmau buat andaian pasai aku taktau takat mana keadaan sebenar isu ni. Setakat apa yang aku baca dan aku dengar, isu ni walaupun macam tak besar tapi masih boleh bagi kesan yang agak jelas dalam bentuk undi.
Faktor ni lebih banyak bergantung kepada kesungguhan pimpinan PAS setempat dan nasional macamana nak tangani sebaik mungkin. Aku rasa kalau alang-alang buat kerja payah nak suruh depa-depa ni nak keluar mengundi pasai depa ni ada alasan yang depa kata cukup kuat.
Apa-apa pun, pada aku semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat kena keluar mengundi calon PKR pasai keputusan PRK Penanti ni penting untuk kesinambungan Gelombang Tsunami PRU 2008 untuk membolehkan Umno BN tumbang pada PRU 13 nanti.
Kalau la berlaku kemerosotan undi yang besar kali ni, Umno BN akan mainkan bersungguh-sungguh buah tu dan aku yakin sedikit sebanyak akan menjejaskan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
Akhirnya aku nak menyeru kepada semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat supaya keluar mengundi calun no.1, Dr. Mansur Othman biar pun terpaksa 'berkorban'.