
Tahniah jugak kepada semua yangh bekerja untuk kemenangan calon PAS sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung, tak kira la yang dapat ucapan terima kasih maupun yang cuma dapat maki.
Tak lupa jugak tahniah kepada semua pelancong pilihanraya yang berjaya menyesakkan jalan di dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang terutama pada hari mengundi, mungkin ada yang tak mengundi pasai hangpa, penyebab jalan sesak, payah nak pi ke tempat mengundi.

Yang paling aku tak puas hati pasai aku rasa aku tak banyak berperanan masa di Bukit Gantang hari tu. Walaupun kalau kira hari memang lama aku berkampung kat sana, lebih sebulan, tapi apa yang aku buat pun aku taktau. Bukan maksud aku tak buat apa, tapi aku rasa macam aku tak buat apa.
Nasib baik laa UPU yang PAS Parit Buntar kena jaga ada peningkatan undi. UPU Kg Jaha meningkat 20 undi, Blog Tulahan ulas terpeinci pasai undi di UPU tu
Undi PAS meningkat 41 undi dari 118 kepada 159 dan mengurangkan majoriti BN dari 98 kepada 42 undi di UPU Sungai Limau. Undi PAS meningkat 20 undi dari 78 kepada 98 dan mengurangkan majoriti BN dari 62 kepada 52 undi di UPU Kg. Jaha. Mengapa undi PAS meningkat di sini?.

Pada aku dengan krisis yang berlaku di Perak patutnya calon PAS boleh dapat majoriti tak kurang 5000. Patutnya Pakatan Rakyat senang-senang boleh tarik undi simpati pasainya memang jelas sangat Kerajaan PR memang kena zalim.

Ada laa beberapa individu yang memang aku patut puji, termasuk jugak beberapa orang pemuda yang memang pi Bukit Gantang memang nak bertugas walaupun pi sana cuma 2 3 jam ja belah malam. Memang nampak kesungguhan depa. Yang lain 'hampeh', yang jadi tukang makan ja pun ada, setakat nak bagi meriah boleh laa.

Aku yakin ramai dah buat analisa, dah buat rumusan, malas aku nak tanya pakcik google tapi kalau tanya aku, pasai apa Hj Nizar cuma dapat majoriti banyak tu dan pasai apa undi melayu menurun, pada aku takdak sebab lain melainkan semua tu pasai kelemahan PAS Perak.

Baik aku berenti tulis sebelum lagi banyak benda terkeluar. Kalau aku tergerak nak sambung, aku sambung lain kali. (Pasai ni la yang aku malas nak update blog aku ni, bila aku update, mesti ada yang kena.)
Akhir sekali, lagi sekali TAHNIAH!!