Belum merah lagi tanah Arwah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Februari 10, 2009

Belum merah lagi tanah Arwah?

السلام عليكم ورحمة الله
'Belum merah lagi tanah Arwah, sudah nak kawin lain orang PAS sudah gila pilihanraya'. Begitu tajuk entry Perak Bangkit. Memang sedap kalau menghentam. Tak kira laa Umnoi ka PAS ka, kalau bab hentam memang sedap. Bukan payah nak ceramah ni, benda nak maki Umno, kalau nak suruh puji Umno baru betui payah.

Aku pun terasa jugak bila baca tajuk tu pasai aku rasa blog aku antara yang awai nampak macam 'gila' nak pilihanraya. Tu pun nasib baik aku setkan entry tu lewat sikit, malam baru terbit sedangkan aku tulis tu dalam pukul 2, bukan takat belum merah, mungkin mandi pun belum.


Tambah-tambah lagi laa kalau aku dah start 'lobi' calon. Dah tulis pun sebenarnya tapi aku padam balik. Kalau dak lagi laa nampak sangat 'gila'nya orang PAS ni.

Aku sikt tak heran kalau takat Perak Bangkit kata orang PAS gila nak pilihanraya. Sapa sangat kalau takat Arwah Hj Roslan Shaharom, sedangkan Nadi Muhammad sendiri pun selepas wafat berapa orang jaa yang sibuk uruskan, yang lain yang ramainya sibuk 'gila pilihanraya'. Sibuk nak lantik khalifah pengganti Nabi.

Cumanya aku setakat tulis 'untuk rekod' tu bukan pasai takut ada yang akan kata aku 'gila nak pilihanraya'. Aku cuma sekadar nak menghormati, takmau nampak sangat macam tak reti adab dan adat orang Melayu. Memang dah jadi sebahagian adat melayu yang terungkap dalam peribahasa "Tanah kubur masih merah dah sibuk nak kahwin lain."

Itu adat melayu, sesuai ka tak sesuai dengan Islam satu isu lain. Kalau ikut hukum bukan takat tanah kubur masih merah tapi belum mati pun boleh kahwin lain. Bukan masalah setuju ka dak dengan hukum tu tapi bergantung kepada mampu ka dak. Tapi yang tu isu lain, lain kali aku kupas.

Lagi satu memang nampak sangat laa Perak Bangkit langsung tak faham pasai PAS dan orang PAS. Nak paham macam mana kalau dah sebati dalam jiwa konsep Umnoi dulu kini dan selamanya. Langsung konsep iman dan ikhsan tak boleh nak mencelah masuk.

Nak kena bagitau kat Perak Bangkit ni yang depa berpolitik selama memang jenih jauh dari 'ketaatan dan ketaqwaan'. Memang depa ni jenih masa berpolitik bukan takat lupa hukum-hakan, Allah dan rasul pun selalu depa lupa. Depa ingat semua orang macam depa.

Mana sama dengan cara PAS berpolitik, atas kertas jelas disebut Islam adalah dasar PAS, bersumberkan hukum Quran, Hadth dan ijma', seruan utamanya Allahu Akbar. Dari segi perbuatan pulak orang PAS selalu bertakbir 'Allahu Akbar'. Selalu buat solat hajat jika ditimpa masalah atau cabaran besar.. Kalau buat demo masa konsert pun sempat lagi solat jamaah kat situ jugak. Kalau sapa-sapa ada peluang teman pimpinan PAS tidur, cuba check pukul berapa depa bangkit, tak kira laa depa tidur pukui berapa.

Tapi ya laa..., 'ketaatan dan ketaqwaan' ni benda dalam hati sapa yang tau tapi kalau yang zahir pun tak nampak dah sah-sah laa yang batin tu langsung tak boleh pakai. Kalau solat Jumaat pun boleh tinggai ada kemungkinan ka nak bangun bertahajud. Takat terkejut jaa laaa..

Yang jadi lan dengan cara Umno tu pasai orang PAS yakin yang kerja berpolitik adalah sebahagian dari dakwah dan ibadah. Bukan setakat tu berpolitik jugak boleh menjadi semacam ujian setakat mana tahap keimanan diri dan jugak tahap keyakinan kepada konsep Qada dan Qadar terutama sekali masa menghadapi pilihanraya kecik.

Bila sebut pilihanraya kecik aku teringat masa kat Gong Tok Nasek hari tu, masa aku 'nasihat' Ust Idris Ahmad dan dia yang aku sikit puas hati tu dia 'ikut' nasihat aku. Eh!! dia ni asai orang Bukit Gantang kan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...