Apa salah Penarik Beca!! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Ogos 08, 2008

Apa salah Penarik Beca!!

Sorang lagi blogger masuk pusat. Setakat ni takdak sapa bagitau alasan yang kongkrit pasai apa si penarik beca ni kena tahan.

Takkan dia ni ada rahsia besar yang boleh mengganggu gugat kerajaan PakLah kut. Kalau betui dia ada simpan rahsia besar takkan dia baru dapat. Kalau besar sangat takkan dia sorang ja yang tau.

Mungkin dia ada bukti yang cukup-cukup power punya ni. Mungkin dia baru ja dapat dan takdan nak tulis dalam blog dia lagu tu. Pasai kalau check blog dia rasanya takdak apa-apa yang power sangat sampai di patut kena masuk pusat.

Takkan pasai dia tulis sikit pasai Maklong Pidah pun kena masuk pusat, kalau pasai tu laa, memang power betui laa Maklong pidah ni...

Tapi, takkan kut.

Apa-apa pun, aku penuh yakin, lepas En. Penarik Beca grad satgi, tak pasai laa dia nak duduk diam, lagi deras laa dia belasah ada la.

Moga-moga En. Abu Bakar A Rashid sentiasa teguh.

"Dari tegap bertimpuh baik rebah merempuh"

07-08-2008 2:19 pm
RM0.00: Penulis blog Abu Bakar A Rashid ditahan dan disiasat bawah Akta Hasutan dipercayai berhubung tulisannya di blognya Penarik Beca. - KHRH



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...