Risalah Tragedi Batu Buruk | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Oktober 04, 2007

Risalah Tragedi Batu Buruk


Macam tu rupa risalah yang diterbitkan oleh Lajnah Penerangan PAS Pusat untuk edaran kepada orang ramai. Sehelai kertas dicetak warna depan belakang seperti sehelai kertas surat khabar saiz tabloid.

Malangnya mengikut cerita orang yang bagi kat Pasar Ramadhan, jumlah yang depa dapat sikit sangat. Tak cukup, sat sangat bagi dah habih, ramai tak dapat. Kena pulak depa bagi-bagi untuk Pasar Ramadhan lain sama.

Yang menariknya bila aku sembang dengan sorang penyokong UMNO yang dah tak berapa kuat, ahli ka dak aku tak tau, lepaih dia baca risalah tu. Bila aku provoke sikit dia pulak terus kata "kalau aku la, bukan takat bakar bendera, silap-silap polis tu pun aku bakat sekali"

Sampai macam tu kesan dia, bukan takat orang UMNO, orang PAS pun heran, dia tak tau. Mana dia nak tau kalau Harakah yang RM2.50 pun tak beli padahai Metro hari-hari beli.

Yang dia tau, ada sorang "Mat Rempit" cucuh bendera, lepas tu ada pak aji sorang punggai batu. Yang tu dia ingat sungguh pasai hari-hari meratit kat TV.

Mamat PAS yang cukup anti dengan kaler biru ni langsung tak tau yang Suwandi nyaris jadi "syahid politik", dalam dok tak mengaduih tu kena gari lagi, yang mungkin sesuai kalau buat kat orang yang bunuh adik Nurin. Polis-polis yang _ _ _ _ _ _ _ (isi sendiri tempat kosong) tu ingat walau pun dah berlubang dada kanan tapi orang PAS ni jangan buat main, depa ni boleh lari lagi.

Untuk yang tak dan dapat risalah tu boleh tengok image lebih besar. Klik link kat bawah, saiz sehelai lebih 1Mb



ralat : link untuk muka tengah dah dibetulkan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...