Tergelak aku tengok berita kelmarin. Bukan sebab berita tu lawak tapi jadi lawak bila dibandingkan dengan Malaysia negaraku yang tercenta.
Pilihanraya di Senegal dah guna bukan saja cap jari tapi siap imbas mata sekali. Kat sini celub jari pakai dakwat pun pernah belum buat lagi. Konon bila cadang nak guna imbas cap jari tu kita hebat laa, tapi realitinya kalah walau dibanding dengan Senegal.
Untuk rekod Senegal merdeka tahun 1960, kita menang 3 tahun; Kepadatan penduduk 59/km sq kita 82/km sq, menang lagi; pemdapatan perkapita $1,759 kita $12,700, menang lagi, tapi malangnya bab pilihanraya kita jauh tertinggal di belakang..
Nak buat macam mana, aku tak pernah undi BN tapi depa duk menang jugak. Kalau setakat tak undi memang sampai bila pun tak menang. Cuba kira tengok takat mana aras kesungguhan, cara kerja,keberlangsungan dan yang sewaktu dengan nya.
perghhhh....
Kena perbanyakkan tidur je laa kut, minta-minta malam ni mimpi pilihanraya, kot-kot BA boleh menang Majoriti Parlimen. Kalau 12 kali mimpi sebelas kali kalah, sekali menang pun dah tak pa, merasa jugak menang.
walaupun dalam mimpi....