Apa arti semua ini | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, April 07, 2006

Apa arti semua ini

   
Anggota EXCO itu dikenakan notis bankrap setelah didapati ingkar membayar RM311,295.35 yang dituntut oleh bekas pengarah syarikat Agmal Development Sdn. Bhd. (Agmal), Zarinah Abu Bakar.

Apa kaitan beliau dengan Zarinah?

Pada tahun 1994, Rahman telah menghantar dua wakilnya termasuk seorang pegawai Pejabat Tanah Daerah Petaling bagi berbincang menggunakan syarikat Zarinah dalam satu permohonan mendapatkan sebidang tanah daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Hasil perbincangan, Zarinah mendakwa, beliau, Rahman dan dua wakilnya itu bersetuju dengan empat syarat antaranya ialah Zarinah akan memberikan 60 peratus saham syarikat itu kepada Rahman, 20 peratus kepada wakilnya dan 10 peratus kepada isteri pegawai jabatan tersebut.
Zarinah akan mendapat saham sebanyak 10 peratus daripada nilai tanah yang diperoleh.
Zarinah mendakwa, pejabat tanah tersebut kemudian telah meluluskan permohonan itu dan mengurniakan sebidang tanah seluas 11.3 hektar di Sungai Buloh yang bernilai RM9,147,600 pada waktu itu.


Aku pun tak faham macammana lagi yang orang semua nak. Takkan macam ni pun tak faham. Ka memang tahap tu kira tak dak apa lagi. Selagi tak kena kepala depa. Tapi takkan tak terasa lagi, minyak naik tu antara kesan dia laa tu. Aku nak tulus panjang-panjang pun malas. Agaknya kalau ambik pelepah nyioq tibai tengah belakang kut baru boleh nak faham kut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...