Saman jangan tak saman. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mac 23, 2006

Saman jangan tak saman.

    Shabery Chik
Program Debat Perdana dan Harakah adalah dirujuk. Kalau orang PAS tengok depat tu mesti punya geram. Kadang2 timbui rasa kesian pada wakil pembangkang, jarang sangat dapat habiskan hujjah, mesti kena potong.

Tapi malam Isnin lepas kena jugak laaa Johan Jaafar. Main dengan Dato' Hasan, kalau orang yang biasa dengan dia memang faham, lagi dia tak habis hujah payah laa nak suruh dia stop. Kena pulak malam tu nampak dia memang geram. Sampaikan kesimpulam debat malam tu pun tak berjaya Johan Jaafar nak dapat persetujuan dari semua ahli panel, tak macam siri-siri yang lepas.

Cumanya aku ada sikit tak puas hati dengan Dato' Hasan bila Saberi Chik tuduh Pengerusi Harakah dapat Balak. Awat laa Dato' Hasan tak nafi betul2. Nafi terang2. Takkan dia pun tak yakin dengan Kerajaan PAS Terengganu padahal dia penasihat tak rasmi pentadbiran kerajaan PAS Terengganu. Memang laa elok bandingkan dengan perangai UMNO tapi contoh lain laaa..

Kalau ikut berita Harakah terbaru, Cikgu Pa nak saman Shaberi Chik pasai tuduhan tu. 100% pembohong. Saman cikgu, jangan tak saman. Boleh dapat 5 juta macam DSAI ok jugak. Boleh buat modai pilihanraya.

Bagi yang tak tau Shaberi Chik mengikut maklumat kawan2 yang satu batch dengan dia, dia ni masa kat kampus aktif dengan PMI, sungguh2 menempelak UMNMO tapi bila dah keluar jadi lain pulak. Dia nilah mungkin satu-satunya pimpinan Semangat 46 yang bukan dari UMNO. Bila hampir semua pimpinan S46 patah balik masuk UMNO, dia pun tumpang sekaki.

Ingatkan dia ni dah tenggelam dah, rupa-rupanya PakLah masih ingat kat dia. Dapat laa rasa jadi anggota kabinet. Tu yang semangat sangat tu kut sampai bercakap lantak ikut dan tu.

Tapi pasai nak saman jangan jadi macam isu yang lain sebelum ni.Mula-mula memang nampak garang, nampak sungguh-sungguh tapi lepas tu senyap sampai sudah, selalu dah macam tu. Harap2 Cikgu PA (yang agak kurang sibuk berbanding dulu) benar-benar saman. Macam kata Dr. Mariah REAL POLITIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...