Macammana boleh jadi Ayam Dindings, company yang cukup besar pun boleh terbabit tak reti cara sembelih ayam. Langsung tak masuk akal boleh jadi perkara macam ni. Takkan depa tak reti. Atau mungkin 'macammana depa boleh tipu?'.
Takkan pelaburan lebih RM50 juta syarikat tu tak ambik penekanan dengan proses trpenting untuk dapat sijil halal yang amat diperlukan untuk dapat client besar-besar seluruh megara. Dengan Rangkaian makanan segera, pasaraya besar. boleh kata hampir semuanya dapat bekalan dari depa. Kalau takdak sijil Halal mana boleh!!
Tapi masalahnya macammana prosedure pengeluaran sijil halal tu, dan yang lebih penting lagi pemantauan prosedure tu sentiasa dipatuhi.
Tapi kalau ingat balik kes sosej pakai sarung usus babi dulu, masalahnya dengan jumlah penguat kuasa. Kalau dah takat 6 orang nak jaga satu negara memang laa tak heran benda macam ni terjadi.Kita pun tak pasti macammana kaedah pemantauan yg dipakai. Ada pulak cerita pegawai yg bertanggungjawap pun boleh dibeli apa lagi nak diharap.
Tambah pulak dengan kes 'Patin Babi Rebus'. Lagi laa di luar kawalan. Sapa nak check. Ada berapa ribu kolam ikan seluruh negara, tambah pulak yang tak berdaftar.
Tak reti aku.....