Kereta berasap | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Disember 05, 2005

Kereta berasap

    Asap dah habih kuar, kalau ambik masa tu silap gaya boleh luyot tangan kena wap panas
Aku tak tau apa punya malang. Memang aku ni careless punya jenis orang. Masib baik tak terbakar kereta aku. Berasap pun belum actually.

Bila dah nak parking tetiba kereta mati enjin, nasib baik dah masuk kat Pejabat Tanah, kena pulak hari Sabtu, cuti. Selamat laaa, kalau tengah jalan jadi macam tu mau kena sodok ponggong. Baru aku perasan meter temperature habis, pusing habis, ingat kalau buleh, maunya pusing lima-nam kali kut.

Parking, bukak bonet, sah tangki kering. Baru teringat semalamnya aku isi air lupa tutup, memang sahih tutup jatuh entah mana. Lepak lama jugak kat situ.

Tak tahan nak tunggu lama-lama, aku rasa sejuk dah sikit kut. 'Relin keliling nampak bekas siram bunga. Nampak pulak kepala paip air. Selamat, boleh isi balik. Aku tak pasti selamat ka dak isi air masa tu, call agas nak tanya, tak berangkat pulak. Belasah laaa..

Memang berasap lagi bila aku tuang, nampak macam air tu mendidih, sampai menyembur-nyembur keluar, cuak jugak aku, tapi takkan nak meletup kut. Memang sah kering terus, aku isi dekat setengah bekas siram bunga tu tapi tak cukup. Kena tambah lagi.

Aku biar lagi dalam setengah jam lepas tu aku isi lagi air, nampak dah semakin sejuk. Aku try on suis, meter naik pelan- sikit ja tak macam tadi terus mencanak sampai belah sana. Aku rilek lagi dalam 15 belas minit. Aku isi lagi kasi pemuh, start injin, rasa macam ok, tawakkal ja laaa terus keluar terus balik store. Sampai store bukak bonet tengok tak nampak air, sure dah berkurang, melompat keluar, dah takda penutup. Tapi kira ok laaa sebab berjaya sampai dengan selamat.

Nasib baik, macam agas kata, menatang tu ada jual kat kedai spare-part, aku iingat kan kena cari kat kedai potong, aku mana tau pasai kereta ni. Memang jahil sungguh, jahil tahap murakkap aku rasa. Apa-apa pun alhamdulillah, nampak macam ok ja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...