Handphone!!! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Disember 22, 2005

Handphone!!!

    T18, ok handset ni. Yang paling aku suka. Tak pernah ada karenah
   
Mula-mula aku pakai handphone nokia. Masa tu dah keluar jenis kecik macam startech(betulke ejaan?) tapi aku punya yang gabai. Kalau susun berderet2 dengan kawan-kawan aku punya paling hujung, paling sesuai untuk tuju anjing.

Lepas tu aku pakai motorola T18. Lama jugak pakai handset ni. Sampai aku "offline". Satu hari tu, abang aku pinjam pasai dia punya bawak pi repair. Pi mandi sungai, sekali mai air besar habih hanyut barang2 termasuk handset aku ni.

Lepas tu pulak pakai motorola T190. Yang ni aku kena kelentong. Beli seconhand, takdak areal. Rupa-rupanya owner dulu modified, sah reception teruk.. Lama jugak aku offline ni sampai dekat2 pilihanraya 2004. Tu pun pasai nak pilihanraya, ramai yang marah payah nak call aku. Kemudian phone ni rosak, aku tukar lagi jenis motorolla jugak tah apa jenih tah. Yang ni aku paling kena tipu. Yang paling aku bengang. Beli secondhand (mana pernah aku beli baru!!!) kat kedai tu, gerenti dia bagi 4 hari. Masuk hari ke 5 dah rosak. Mula-mula tunjuk dia tak mengaku beli dari kedai dia. Lepas tu pulak dia cakap harga murah memang macam ni, yang aku marahnya harga yang dia sebut tu kurang dekat setengah dari harga yang aku beli. Deras jugak laa aku maki kat situ. Padan muka aku!!!

Dalam bulan 4 ni tukar pulak Nokia8310 ni.

Senarai bill prepaid card handphone aku sejak bulan 4. Sebelum tu aku tak tau. Aku ada key-in dalam handphone tapi masa aku tukar handphone, cina(@#$%&*) kedai tu pandai-pandai pulak delete semua massage lama aku.
   

28/04/05 RM30
10/05/05 RM30
21/05/05 RM50
28/05/05 RM50
01/06/05 RM50
10/07/05 RM50
29/07/05 RM30
13/08/05 RM30
25/08/05 RM30
08/09/05 RM50
12/09/05 RM30
25/09/05 RM30
07/10/05 RM50
03/11/05 RM50
19/11/05 RM50
02/12/05 RM50
21/12/05 RM50
Jumlah RM170

Banyak dak. Memang ikut orang laa, ada yang kata banyak sangat. Kalau nak banding dengan orang tua aku, memang banyak. Dia punya prepaid RM30 sekali isi, beratus tak habih. Sekali-sekala call cucu, berjam jugak laaa, nak perabih credit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...