N 12 Pengkalan Pasir | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, November 11, 2005

N 12 Pengkalan Pasir

Pengkalan Pasir. Kalau tak sebab nak ada pilihanraya kecik saheh ramai tak tau kat mana. Kalau pengkalan TLDM memang ramai yang tau. Takat Pasir Mas ramai kut yang tau dan mungkin ramai jugak yang tau Pasir Mas sebab Ibrahiim Ali yang ada orang gelar Al-Kataki. Tapi kira ok laa sebab memang Pengkalan Pasir tu sendiri pun melibatkan pekan Pasir Mas.

Sure kat situ dah ramai mula berkampong walaupun penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir, Kelantan ditetapkan pada 27 Nov dan pengundian pada 6 Dis,. Tak kira PAS atau UMNO memang semua bertumpu ke sana. Dari sebesar-besar pemimpin sampai sekecil-kecil pemimpin kalau boleh nak berkampong kat sana. Kalau ingat nak cari hotel, lupakan aja lah. Memang tak dak kosong punnyalaaa. (Ada ka hotel kat sana??)

Dengar cerita UMNO spare 10j (yes, ten million), satu juta untuk satu UPU. Kalau aku laa kena jaga duit tu aku rasa aku pun tak tau nak buat apa. Maksud aku untuk kerja-kerja pilihanraya laa, tapi kalau nak paraid sesama sendiri 10 billion pun takdak masalah. Agak-agak tak reti sangat pun ikut macam cerita P Ramlee, masa Nyawa dan Badan bebagi duit. Satu juta untuk kau, satu juta untuk aku. Dua juta untuk engkau, dua juta untuk aku...... kepala hotak kau untuk kau, kepala hotak aku untuk aku....

Aku? Rasanya hampir pasti aku tak pi sana. Bukan tak teringin, tapi kalau setakaat "melancong" baik tak payah, buat menyemak dan menyusahkan orang ja. Lagi pun modal pun tak berapa nak ada. Tak tau pulak kalau ada orang UMNO nak ajak aku pi sana. Kut2 boleh dapat "kepala hotak aku" untuk aku.

Rasanya cukuplah aku ada pengalaman masa pilihanraya Pendang dulu tu selepas Al-Marhum Al-Fadhil Ustaz Fadhil Noor meninggal dunia. Sepuluh hari aku berkampung kat sana dan kami memamg bekerja sungguh. Sampaikan pi Anak Bukit pun takdan. Kawan-kawan yang pi balik hari pun dan lagi singgah di anak bukit. Tapi betul la tu depa pi lebih kepada nak melancong. Walaupun pilihanraya tu calon PAS kalah tapi aku rasa cukup puas. Dengan cara kerja, tahap kerja, tahap sumbangan, kelicinan gerakkerja. Malah serba-serbi cukup lancar.

Yang paling aku tak boleh lupa bila satu hari tu 'tukang masak' kata lauk hari tu terlebih masin. Garam tertumpah kut kalau tak silap. Tapi nak jadi cerita, ada member ajak pi pekan Pendang, kali kedua aku pekan Pendang selepas kali pertama masa penamaan calon. Sampai kat stesyen minyak boleh ada pulak satu PakCik naik motor bawak petai penuh bakul. Hari tu makan lauk petai, langsung tak terasa masinnya gulai tu.

BTW, ikut laa macammana pun di Pengkalan Pasir nanti kalau kalah pun aku secara peribadi tak terkejut tapi kalau menang lagi baguih. Untuk perkembangan dari semasa ke semasa boleh ke laman Paskelantan.net


Pidah!!! angkat kain jemuuurannnn, hujan dah tuuurunnnn....
(gambar suasana hari penamaan calon pilihanraya kecil Pendang)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...