Apa kata depa dalam Bernama.com | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, November 21, 2005

Apa kata depa dalam Bernama.com

"Kalau restu, saya tidak akan berada di sini," katanya ketika diminta mengulas mengenai hasrat Ibrahim, orang kanan beliau semasa era Parti Semangat Melayu 46 dahulu, untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu. Ibrahim, yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, telah dipecat daripada Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya umum yang lepas.
Tengku Razaleigh - 17 November, 2005 18:08 PM

Bekas ketua Umno Bahagian Pasir Mas yang dipecat selepas beliau menentang calon Barisan Nasional sebagai calon bebas pada pilihan raya umum lepas berkata beliau sedia berbincang dengan pihak yang boleh mengembalikan maruahnya yang tercemar kerana dipecat daripada jawatannya dan dibuang parti. "Setakat ini saya akan bertanding tetapi jika ada (pihak) yang boleh membela maruah saya, saya boleh mempertimbangkan demi kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan ceramah di bilik gerakannya di sini Khamis malam.
Ibrahim Ali - 18 November, 2005 12:03 PM

"Pemuda BN yakin pengundi muda di kawasan itu akan bersama kita kerana mereka beritahu di bawah Pas selama 15 tahun mereka tidak diberikan peluang pekerjaan, kegiatan sukan, aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa tempat dalam kawasan dewan undangan negeri Pengkalan Pasir dan menghadiri sambutan hari raya di Kampung Baru di sini.
Khairy Jamaluddin - 20 November, 2005 11:46 AM

Menyentuh mengenai gesaan agar DUN Kelantan dibubarkan jika BN memenangi kerusi Pengkalan Pasir itu, Najib menjelaskan daripada segi moralnya kerajaan negeri perlu berbuat demikian. "Dari segi perundangan kita tidak boleh memaksa mereka berbuat demikian tetapi mereka patut mendengar suara rakyat dan jika menghormatinya dewan perlu dibubarkan," katanya. Menurutnya desakan PAS agar beliau dan pemimpin lain perlu meletak jawatan jika BN tewas tidak timbul sama sekali. "Apa pula saya kena letak jawatan melainkan jika pengundi saya di Pekan, Pahang menolak saya, barulah saya perlu berbuat demikian", jelasnya.
Najib Tun Razak - 18 November, 2005 20:29 PM

"Sebelum ini PAS menentang perkongsian kuasa dengan bukan Melayu, mengharamkan penggunaan internet, tidak membenarkan wanita dilantik sebagai pemimpin, tidak membenarkan wanita bekerja malam dan tidak mengambil wanita cantik bekerja. Tetapi sekarang ini, mereka berebut melantik wanita sebagai senator dan menyalahgunakan internet untuk menyebar fitnah", kata Idris. Bercakap kepada pemberita kemudian, katanya sejak anggota beliau turun membantu Umno Kelantan, beliau mula melihat perubahan di kalangan pengundi terutama di kawasan kubu kuat PAS di Lubuk Achil di sini.
Idris Jusoh - 18 November, 2005 14:50 PM

"Peluang BN menang adalah baik, tapi kita kena buat keja bersunguh-sunguh, pujuk pengundi menyokong kita," katanya kepada pemberita pada majlis jamuan Aidilfitri anjuran anaknya, yang juga Anggota Exco Pemuda Umno Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir di Taman Tema Bandar Darul Aman, di sini. Mengenai cadangan supaya kerajaan Kelantan yang dipimpin PAS membubarkan Dewan Undangan Negeri jika BN menang, Dr Mahathir berkata itu adalah hak kerajaan negeri itu, walaupun digesa supaya bubar tetapi hak mutlak terletak di tangan PAS.
Dr Mahathir Mohamad - 18 November, 2005 18:33PM

Beliau berkata BN sebenarnya angkuh mengeluarkan kenyataan akan menang dalam pilihan raya kecil itu sedangkan hakikatnya mereka gagal membangunkan 21 kerusi di DUN Kelantan yang dimenanginya pada pilihan raya umum lepas. "Saya bagaimanapun bersetuju jika kesemua 21 kerusi yang dimenangi BN itu dibubar untuk lihat benarkah BN benar-benar kuat seperti yang didakwa," katanya.
Husam Musa - 15 November, 2005 19:38 PM

"Saya tidak pasti sama ada cabaran untuk bubar betul-betul serius; tetapi saya rasa 21 wakil rakyat Umno sudah tentu tidak sedap badan kerana prestasi mereka tidak memberangsangkan kerana tidak membawa pembangunan menyebabkan pengundi telan air liur sahaja," katanya ketika ditemui Bernama di Kota Darul Naim di sini.Husam diminta mengulas gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di akhbar hari ini supaya kerajaan negeri membubarkan DUN, jika Pas tewas dalam pilihan raya kecil negeri Pengkalan Pasir.
Husam Musa - 15 November, 2005 17:03 PM

Kerajaan Negeri Kelantan akan melaksanakan beberapa projek infrastruktur bernilai lebih RM5 juta di sekitar Pasir Mas termasuk pembinaan lintasan landasan kereta api. Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Kelantan Husam Musa berkata projek lain yang diluluskan ialah pembinaan segera sistem perparitan yang lebih sempurna berharga RM200,000 dan gerai niaga bernilai RM50,000 bagi menggantikan lapan gerai yang terbakar baru-baru ini. Sambil menafikan bahawa pembinaan infrastruktur terbabit sebagai projek pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir, Husam berkata projek terbabit terutama lintasan landasan kereta api itu akan dapat mengurangkan masalah trafik di bandar Pasir Mas.
Husam Musa - 09 November, 2005 19:44 PM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...