Kesan negatif Guan Eng tunduk kepada Azmin dan batalkan cadangan PRN Penang mengejut | Cenangau Daunkari

Halaman

Ahad, Julai 31, 2016

Kesan negatif Guan Eng tunduk kepada Azmin dan batalkan cadangan PRN Penang mengejut


Sepatutnya PRK mengejut di Penang mampu memalukan Umno BN dengan kekalahan yang mungkin paling teruk dalam sejarah tapi dengan kerjabuat Azmin yang berjaya mempengaruhi MPN PKR untuk menentang strategi Guan Eng sekarang ni dah jadi sebaliknya, 'terpaling hanjap' kata orang banjar.

Malaysiakini   dalam berita bertajuk "Pilihan raya Pulau Pinang tak jadi, kata Guan Eng" melaporkan:
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak akan meneruskan rancangannya untuk mengadakan pilihan raya mengejut di negeri itu.

"Ini kerana PKR tidak bersetuju dengan cadangan tersebut," kata Lim pada sidang akhbarnya, hari ini.

Beberapa hari yang lalu, PKR menyatakan rasa belum cukup yakin dengan cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya negeri di Pulau Pinang. - Mkini.
Nampak gayanya Guan Eng dan DAP terpaksa akur dengan kehebatan Azmin yang boileh dapat sokongan padu dari PKR untuk tolak cadangan Guan Eng untuk buat PRN mengejut di Pulau Pinang.

Malaysiakini juga melaporkan:
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, walaupun keputusan itu diambil sebulat suara oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP), mereka akan tetap meneruskan perbincangan mengenainya dengan parti lain dalam Pakatan Harapan. - Ibid.

Nak buat macamana takkan DAP sanggup nak buat PRN tergempar jugak kalau PKR tak setuju, pakatan politik bangang apanya kalau bab pilihanraya pun tak boleh berpakat.

Lagi pun memang sungguh macam yang PKR kata kalau ada PRN sekarang memang kompom PKR akan hilang banyak kerusi yang depa menang sebelum ni bahkan ada yang kata semua kerusi melayu yang PKR menang sebelum depa akan kalah kalau buat PRN mengejut sekarang.

Walaupun DAP mungkin masih mampu menguasai kerajaan dengan majoriti mudah takkan kut sanggup Guan Eng sanggup ada kerajaan negeri dengan cuma wakil rakyat bukan melayu, satu persepsi yang cukup buruk untuk DAP.

Lagi satu, sangat tak logik DAP sanggup terima kata dua Azmin dan PKR yang takmau calon Amanah bertanding tapi dibagi kerusi-kerusi yang berkenaan untuk PAS bertanding. Kalau macam tu sia-sia saja DAP sebelum ni berperang sungguh-sungguh dengan 'geng ostad' dalam PAS sampai natijahnya PAS berpecah dan sekelompok pemimpin PAS yang pro Pakatan Rakyat keluar PAS dan tubuh Amanah.

Apa pun, nampak gayanya strategi Guan Eng kali ni makan diri, niat depa mungkin nak gempaq Umno BN, nak ambik kesempatan dengan kelemahan Umno dan BN sekarang ni dengan kes skandal 1MDB yang cukup teruk yang ditambah pulak dengan krisis dalaman Umno bila Mahyudin dan Mukhris dipecat manakala Shafie Apdal keluar Umno.

Sepatutnya PRK mengejut di Penang mampu memalukan Umno BN dengan kekalahan yang mungkin paling teruk dalam sejarah tapi dengan kerjabuat Azmin yang berjaya mempengaruhi MPN PKR untuk menentang strategi Guan Eng sekarang ni dah jadi sebaliknya, 'terpaling hanjap' kata orang banjar.

Bukan saja Guan Eng dan DAP akan dilihat lemah tapi yang lebih parah lagi Pakatan Harapan dilihat semakin takdak harapan.

Aku yakin lepas ni persengketaan dalaman antara parti Pakatan Harapan akan jadi lebih teruk, Azmin akan menggunakan PKR untuk terus menekan DAP dan juga Amanah untuk terus berusaha bekerjasama dengan PAS, satu usaha sebenarnya cukup yang BANGANG yang akan terus melemahkan Pakatan Harapan.

Dengan persepsi hasil strategi Euan Eng yang dicantas Azmin ni kita dah boleh buat andaian kut PRU ke 14 yang akan datang nanti Umno BN akan terus memerintah malah jangan terkejut kalau keputusan PRU ke 11 tahun 2004 akan berulang dimana pembangkang akan kalah teruk sekali lagi.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis