RM300,000 untuk harga benih sawit di halaman rumah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Disember 31, 2009

RM300,000 untuk harga benih sawit di halaman rumah?


Bila aku tengok projek/program macam ni, aku anggap tak lebih dari sekadar projek untuk perabih duit dan projek untuk nak mudah bagi duit.

Saja ja aku nak buat congak mudah aku, nak tengok berapa sebenarnya harga program tu.

Dari berita tu aku anggarkan 900 orang penduduk kampung yang terlibat (15kg X 60 org) dan dana yang dah digunakan RM300,000.00. Kalau duit tu dibahagi terus dikalangan penduduk kampung yang terlibat (tanpa ketirisan) seorang penduduk boleh dapat RM333.33 seorang.

Untuk pemboleh ubah lain, aku tanya lebai google, dia jawab
Jumlah anak pokok yang boleh ditanam ialah 60 pokok seekar. Dua ekar ialah 120 pokok. Kos beli benih RM 10.00 x 120 = RM 1200.00 + Upah lori RM 200 = RM 1400.00 - sumber
Maknanya setiap seorang penduduk terima 33 benih pokok.   Untuk nak tanam 33 benih pokok kelapa sawit tu nak kena ada halaman rumah yang luasnya lebih setengah ekar. (Jarak antara pokok tak kurang 8 meter, yang cantiknya 9 meter atau lebih kurang 30 kaki)

Kata la segala kos-kos lain pun masuk dalam RM300,000.00. Kalau pun kos-kos lain dan termasuk jugak yang terpaksa 'tiris' kepada Ketua Kampung dan JKK takkan sampai setengah dari dana tu kot, melampau sangat laa.

Kalau sampai setengah pun, maknanya setiap sorang peserta boleh dapat lebih dari 15 benih pokok kelapa sawit sorang. Maksudnya dia kena ada halaman rumah suku ekar untuk tanam benih-benih tu. Luas tuu...

Untuk yang takdak halaman seluas tu takkan nak suruh depa tanam kelapa sawit tu macam tanam pokok pinang kut? Tanam rapat supaya senang puyuh berlari?

Agak-agak dari 300 orang peserta tu, berapa orang yang akan "meningkatkan pendapatan isi rumah". Aku yakin yang ramainya akan akhirnya tebang pokok kelapa sawit yang depa dah tanam tu atas bermacam-macam sebab. Apa nak kira, benda pecuma.

Realitinya, projek ni akan ada pihak-pihak tertentu yang dapat untung besar atas angin. Di pihak penerima pulak program ni tak lebih dari sekadar untuk ucap terima kasih. boleh la untuk suntik motivasi utnuk seminggu dua..




Media Pengiklanan Baru 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...