Isu Mat Sabu Syiah: Antara kenyataan Mustafa Ali, Ust Harun Taib dan Ust Riduan Mohd Nor | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Disember 10, 2013

Isu Mat Sabu Syiah: Antara kenyataan Mustafa Ali, Ust Harun Taib dan Ust Riduan Mohd Nor

Aku sebenarnya rimas sungguh dengan kenyataan pemimpin PAS macam kenyataan Mustafa Ali dan Ust Harun Taib dalam isu Zahid tuduh Mat Sabu Syiah tu. Tak boleh ka depa keluarkan kenyataan yang lebih matang politik macam kenyataan Dr. Riduan tu.

Sinarharian melaporkan:
Pas menegaskan dakwaan terhadap Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu adalah serangan peribadi dan tidak ada kena mengena dengan parti tersebut.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, dakwaan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah serangan terbuka dan bersifat peribadi.

Menurutnya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu wajar mengambil tindakan terhadap Ahmad Zahid. - Sinarharian. .
Berita Sinarharian tu juga melaporkan:
“Itu adalah serangan peribadi, Mat Sabu perlu buat sesuatu. Kita tak akan masuk campur. Wajar Mat Sabu bertindak dan ambil tindakan terhadap menteri itu,” katanya semalam. - Ibid.
Astro Awani pula melaporkan kenyataan Dr Riduan Mohd Nor, bekas AJK Dewan Pemuda PAS yang baru dipilih sebagai AJK PAS Pusat.
AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor hari ini mengalu-alukan supaya tindakan dikenakan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sekiranya benar beliau adalah seorang penganut fahaman Syiah.

"Saya mengalu-alukan tindakan JAKIM, PDRM dan lain-lain agensi terhadap ‘Mat Sabu’ sekiranya benar beliau adalah penganut Syiah.

"Syiah adalah ajaran yang diharamkan untuk dikembangkan di negara ini. Secara rasmi, ajaran di Malaysia adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan majoriti umat Islam di negara ini adalah penganut mazhab Syafie," katanya dalam kenyataan pada Isnin. - AstroAwani.
Berita AstroAwani tu juga melaporkan:
Selain itu, beliau turut menyokong tindak balas Mat Sabu untuk menyaman Ahmad Zahid kerana baginya tuduhan seperti itu amat keterlaluan dan memalukan PAS.

Katanya tuduhan tersebut telah melukakan hati berjuta ahli serta penyokong PAS di seluruh negara. - Ibid.
Kalau nak bandingkan kenyataan Cikgu Pa dengan kenyataan Dr. Riduan, nampak kenyataan Dr. Riduan lebih matang walaupun sepatutnya Cikgu Pa sebagai Setiausaha Agung PAS dan seorang ahli politik veteran lebih matang dalam berpolitik.

Aku tak faham sungguh pasai apa Cikgu Pa boleh kata tuduhan Zahid Hamidi ke atas Mat Sabu tu bersifat peribadi, takkan dia tak dengar dulu ucapan Zahid Hamidi tu sebelum buat kenyataan.

Jelas sangat dalam ucapan Zahid Hamidi tu menghentam perwakilan Muktamar Agung PAS yang pilih Mat Sabu. Sepatutnya sebagai Setiausaha Agung PAS mempertahankan keputusan perwakilan PAS tu.

Lagi satu, sepatutnya Cikgu Pa sebagai Setiausaha yang dilantik dalam mesyuarat AJK PAS Pusat yang Mat Sabu adalah orang no 2 selepas TG Hj Hadi, Cikgu Pa wajib pertahankan Mat Sabu, bukannya awal-awal lagi berlepas tangan.

Kecuali la kalau Zahid Hamidi buat tuduhan tu siap dengan bukti dan kalau bukti tu nampak macam releven mungkin sesuai kut Cikgu Pa sebagai Setiausaha Agung buat kenyataan untuk berlepas tangan bagi pihak semua ahli PAS macam tu.

Tengok betapa matangnya kenyataan Dr. Riduan yang walaupun alu-alukan tindakan ke atas Mat Sabu kalau betul ada bukti Mat Sabu menganut fahaman Syiah tapi dalam masa yang sama Dr. Riduan tetap mempertahankan Mat Sabu yang dipilih secara sah oleh muktamar.

Dr. Riduan tekankan yang tuduhan Zahid tu sebagai fitnah yang melukakan hati berjuta ahli serta penyokong PAS di seluruh negara.

Kenyataan tak matang Cikgu Pa tu nampak setaraf dengan kenyataan tak matang Ketua Dewan Ulama' Ust Harun Taib.

Dalam berita berasingan Sinarharian juga melaporkan:
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan bukti yang menyatakan pemimpin nombor dua Pas terlibat ajaran Syiah.

Beliau berkata jika benar seperti yang dikatakan menteri tersebut, Pas akan mengambil bertindak termasuk meminta pemimpin terlibat mengangkat sumpah.

"Zahid kemukakanlah dulu bukti, kalau Zahid ada.

"Saya tak mahu Mat Sabu sumpah dahulu, kita nak tengok bukti dulu.

"Saya pun nak tengok (bukti), lepas itu baru kita boleh ambil tindakan," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini. - Sinarharian.
Pasai apa nak sibuk cerita pasai nak minta Mat Sabu bersumpah sedangkan Zahid Hamidi tak bagi pun lagi bukti yang menunjukkan Mat Sabu menganut fahaman Syiah.

Patutnya sebagai ketua sayap kanan PAS, Ust Harun Taib lebih perlu mempertahankan Mat Sabu yang dipilih secara sah oleh perwakilan dalam muktamar sebagai Timbalan Presiden PAS.

Tambah-tambah pulak bila dia dilaporkan berkata:
"Saya tak tahu, saya tak terima apa-apa laporan mengenai Syiah dalam parti. - Ibid.
Kalau dia sebagai Ketua Dewan Ulama pun takdak terima apa-apa laporan mengenai Syiah dalam parti sepatutnya dia kena awal-awal lagi tolak tuduhan tanpa bukti yang Zahid buat tu sebagai fitnah.

Aku sebenarnya rimas sungguh dengan kenyataan pemimpin PAS macam kenyataan Mustafa Ali dan Ust Harun Taib dalam isu Zahid tuduh Mat Sabu Syiah tu. Tak boleh ka depa keluarkan kenyataan yang lebih matang politik macam kenyataan Dr. Riduan tu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...