Khairy dan Shahrizat peduli apa menang undi popular ka dak... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Oktober 13, 2013

Khairy dan Shahrizat peduli apa menang undi popular ka dak...

Memang macam yang ramai jangka Khairy dan Shahrizat berjaya pertahankan jawatan Ketua Pemuda dan Ketua Wanita. Tahniah untuk depa bertiga pasai berpeluang untuk kumpul lebih banyak harta melalui sayap Umno yang depa pegang tu.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berjaya mengekalkan jawatan mereka sebagai ketua Pemuda dan ketua Wanita manakala Mas Ermieyati Samsudin dinobatkan sebagai Ketua Puteri Umno yang baru.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali mengumumkan keputusan ketiga-tiga sayap parti itu pada jam 3.35 pagi tadi sementara proses pengiraan undi masih kekal berjalan. - TMI.  
Memang macam yang ramai jangka Khairy dan Shahrizat berjaya pertahankan jawatan Ketua Pemuda dan Ketua Wanita. Tahniah untuk depa bertiga pasai berpeluang untuk kumpul lebih banyak harta melalui sayap Umno yang depa pegang tu.

TheMalaysianIndiser juga melaporkan:
Kemenangan yang diraih oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khary Jamaluddin Abu Bakar bukanlah kemenangan mutlak kerana dalam sistem baru "electoral college" bagi pemilihan Umno, tidak kira berapa banyak undi dibuang, ia hanya dianggap sebagai satu undi bagi peringkat bahagian kata penulis blog pro Umno Syed Akhbar Ali (gambar).

Beliau yang menggendalikan blog "Outsyed The Box" menyifatkan kemenangan yang diperoleh kedua-dua penyandang Ketua Pemuda dan Ketua Wanita tersebut hanyalah "menang mudah".

"Tidak kiralah banyak mana undi yang diperoleh, setiap bahagian dikira sebagai satu undi.

"Terdapat 191 bahagian Umno. Jika calon menang 97 bahagian (lebih daripada setengah 191 bahagian), beliau diisytiharkan sebagai menang mudah," kata Syed Akbar, merujuk kepada kemenangan yang diraih oleh Khairy dan Shahrizat semalam.

Penulis blog yang pernah menggelar Datuk Seri Najib Razak sebagai "sewel" itu mahu pengiraan keputusan pemilihan sayap Umno kali ini dinilai menerusi "undi popular", namun malangnya ia tidak dilaksanakan.

"Terdapat banyak perkara yang diselindung dalam Umno. Mereka tidak akan membocorkan undi popular," kata beliau. - TMI.
Tak penting sangat kut menang melalui undi popular atau tak, yang pentingnya menang, walaupun menang 1 undi pun depa tetap dikira menang.

Tambah-tambah untuk Shahrizat yang cukup lama busukkan oleh 'taik lembu' NFC. Ramai yang menjangkakan masa tu karier politik Shahrizat dah tamat. Tapi bila dia 'diselamatkan semula' oleh Najib yang bersihkan nama dia aku dok rasa dah yang dia akan mampu pertahankan jawatan dia. Tambah-tambah bila dia cuma ditentang oleh calon 'underdog'.

Macam tu jugak dengan Khairy, ramaii yang rasa krier dia akan tamat bila mentua dia tak lagi jadi PM tapi bila Najib akhirnya 'selamatkan' dia dengan lantik dia sebagai menteri aku yakin dia akan menang lagi jawatan Ketua Pemuda, tambah-tambah bila dia tak perlu lawan dengan Mukhriz yang pilih untuk bertanding jawatan Naib Presiden.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...