Pecat syiah : PAS For All selogan PAS yang hipokrit? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Julai 01, 2013

Pecat syiah : PAS For All selogan PAS yang hipokrit?

Lebih sesuai ahli dan pemimpin yang terbukti syiah ni di 'turunkan taraf' jadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS tapi bukan dipecat.

SinarHarian melaporkan:
ALOR SETAR - Pas akan mengenakan hukuman tegas ke atas ahlinya termasuk memecat keahlian jika terbukti mereka terlibat dengan kegiatan Syiah.

Tindakan itu adalah untuk mencegah kegiatan yang dikatakan makin menular dalam kalangan pemimpin dan penyokong parti itu walaupun sehingga kini masih belum dapat dibuktikan. - Sinarharian.    
Tidakkah tindakan ni menafikan selogan PAS For All. PAS punya berusaha untuk diterima semua pihak sampai sanggup buka keahlian kepada orang yang bukan Islam melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Tak kira apa agama pun, Kristian, Hindu, Budha dan sebagainya semua akan diterima tapi nak pecat pulak ahli yang mengaku Islam tapi syiah, tak ka hipokrit namanya.

Sinarharian juga melaporkan:
Ahli Majlis Syura Ulamak Pas (Syura), Zaharuddin Mohammad berkata, antara syarat menjadi ahli Pas ialah mesti berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.

“Jika ada bukti seorang itu adalah pengikut Syiah, kita pecat serta merta tidak kira apa jawatannya sekali pun dalam parti,” katanya ketika menjawab pertanyaan peserta Forum Post Mortem PRU13 Menuju PRU14 diadakan di Komplek Pas Kedah di sini, kelmarin. - Ibid.
Aku tak pasti fasal mana yang jadi rujukan menantu TG Hj Hadi yang dikalangan orang yang tak berapa suka kat dia gelar Din Ayam ni.

Kalau ikut Perlembagaan PAS Fasal 11 (Fasal lama 9). Syarat-syarat Menjadi Ahli
Adapun syarat untuk menjadi seorang Ahli PAS itu ialah:
(1) Warganegara Malaysia.
(2) Beragama Islam.
(3) 'Aqil baligh menurut Hukum Syara'.
(4) Mengaku menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS, peraturan, arahan-arahan dan keputusan-keputusan Parti dari masa ke semasa.
(5) Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh menjadi ahli tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Naib canselor /Rektor Universiti berkenaan. - Perlembagaan PAS.
Kalau nak guna jugak syarat tu atas alasan PAS tak iktiraf orang syiah sebagai orang Islam, lebih sesuai ahli dan pemimpin yang terbukti syiah ni di 'turunkan taraf' jadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS tapi bukan dipecat.

Kalau nak pecat jugak dari PAS mungkin lebih sesuai diguna Fasal 11 tu jugak tapi dalam kurungan 4 tapi selepas PAS buat peraturan, arahan atau keputusan PARTI secara rasmi mengenai isu syiah ni.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...