Betul ka PKNK dah jual semua 500,000 unit saham FGVH? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Julai 17, 2012

Betul ka PKNK dah jual semua 500,000 unit saham FGVH?

Betui ka PKNK dah jual semua 500,000 unit saham FGVH yang PKNK beli sebelum ni? Kalau betul dah jual semua sekali, elok sangat la.

Cumanya kalau betul dah jual pasai apa tak di war-warkan. Takkan kut PKNK jual semua saham tu pun tak bagitau Ust Azizan sebagai Pengerusi PKNK sama macam masa PKNK beli dulu.

Ataupun mungkin jugak kot Ust Azizan nak tunggu wartawan tanya baru nak bagitau macam biasa sambil-sambil belasah wartawan yang tanya pasai isu tu kata tak buat homework.
mStar melaporkan:
[Sumber: mStar]
Kalau betul dah jual cuma satu lagi yang Ust Azizan perlu buat, macam yang Mazlan Aliman kata, Ust Azizan kena suruh PKNK minta maaf atas 'salah urus' tu.

Lagi elok macam yang aku tulis sebelum ni dalam "Mazlan Aliman salahkan PKNK dan Mahfuz pulak bela tapi Ust Azizan masih membisu?" lagi cantik kalau Ust Azizan sendiri minta maaf atas kapasiti sebagai Pengerusi PKNK.

Harap-harap Ust Azizan boleh selesaikan isu ni secepat mungkin. Lagi lama biar lagi sedap Umno BN spin isu ni dan lagi ramai yang akan marah kepada PAS Kedah dan Ust Azizan sebagai MB Kedah merangkap pengerusi PKNK.

Lagi satu, lagi elok kalau Ust Azizan 'ambil tindakan' ke atas CEO PKNK atas 'salah urus' kakitangan PKNK tu. Takkan Ust Azizan tak berani kut.

Kerajaan negeri Kedah patut dah mula mendisiplinkan PKNK, jangan lagi bagi ada kakitangan PKNK yang beraksi macam 'si anjing Umno'. Apa depa nak sokong masa di luar waktu bertugas yang tu hak depa tapi tindakan depa sebagai kakitangan PKNK kena selari dengan hasrat dan pendirian kerajaan negeri.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...