Video Husam dedah 'hint' untuk mudahkan SPRM siasat skandal balak Exco Kelantan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 20, 2016

Video Husam dedah 'hint' untuk mudahkan SPRM siasat skandal balak Exco Kelantan

Dalam dialog tu juga Husam turut bagi 'hint' kepada SPRM untuk mudahkan SPRM siasat 'skandal balak Exco Kelantan', cuma masalahnya adakah SPRM akan siasat sedangkan dah ada laporan berkenaan skandal balak Kelantan sebelum ni tapi tak nampak tindakan lanjut dari SPRM

Husam dedah 'hint' untuk SPRM siasat skandal balak ecxo kelantan
Sahabat aku blogger Greenbox dalam posting dia yang bertajuk "Husam: Dedah Penyelewengan K'jaan Kelantan Tanggungjawabnya Sebagai ADUN" tulis:
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyatakan kedudukannya sebagai ADUN, menjadi kewajipannya untuk menegur supaya kerajaan Kelantan berjalan mengikut ajaran Islam, jika tidak beliau menyatakan beliau akan dipertanggungjawabkan nanti di Padang Masyar.

Katanya lagi, apa yang beliau tegur ialah perkara yang salah seperti siri penyelewengan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) seperti yang didedahkan oleh Laporan Audit dalam program Dialog Bersama Husam Musa di sini, kelmarin.?

Pendedahan lain termasuklah penjualan aset Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) di bawah nilai harga pasaran. Sehingga hari ini tiada penafian. - Greenbox.
Blogger tu juga tulis:
Husam juga mempersoalkan bagaimana Kerajaan Negeri Kelantan mahu laksanakan hudud jika masalah pembalakan haram di negeri itu tidak dapat diatasi.

"SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pun sahkan ada berlaku pembalakan haram di Kelantan.

Beliau juga kesal kerana Presiden PAS tidak pernah mengarahkan PAS Kelantan ambil tindakan ke atas pencuri balak sehingga hari ini.

"Macam mana mahu laksana hudud kalau pembalak haram Pas hanya biar dan tidak boleh ambil tindakan?" katanya.

Menurutnya lagi, Pas Kelantan perlu bertindak menangani masalah pembalakan haram yang terjadi secara meluas di negeri itu.

"Dalam hudud, hukum mencuri dipotong tangan. Usahkan potong tangan, kuku (pembalak haram) dia pun kita tak potong," bidasnya. - Ibid.
Dalam dialog tu juga Hj Husam turut bagi 'hint' kepada SPRM untuk mudahkan SPRM siasat 'skandal balak Exco Kelantan' macam petikan video ucapan Husam yang aku trim kat bawah ni.

Kredit video: GHB MediaTV

Macam tu punya 'hint' Hj Husam bagi kalau SPRM tak boleh jumpa jugak bukti aku taktau nak kata apa dah.

Cuma masalahnya adakah SPRM akan betul-betul siasat sedangkan dah ada laporan berkenaan skandal balak Kelantan sebelum ni tapi tak nampak pun tindakan lanjut dari SPRM. Sampai hari ni SPRM langsung tak buat pendakwaan walaupun SPRM sendiri ada buat pengumuman memang ada kecurian balak berlaku.

Rakaman penuh ucapan Husam dalam program Dialog Bersama Husam Musa tu boleh ditonton di channel YouTube GHB MediaTV.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...