Secara benarnya, jika keputusan ini diambil kerana beliau tidak layak, aku akan meragui otak jawatankuasa pemilih, namun jika keputusan ini dibuat kerana ada sabotaj di kalangan atasan untuk membantutkan perjuangan Chegu Bard, kami anak muda tidak teragak agak untuk memulau pilihanraya kali ini.
INI AMARAN (oleh HjOsama).
Sudah dua hari ku pujuk hati agar jangan menulis tentang hal ini.Dua hari ini juga menyebabkan hati dan jiwaku sakit. Namun hati tanpa pengetahuan warasku telah mengarahkan tangan agar tulis. Alasan hatiku ialah perkara ini sangat melukakan, ia sangat bersejarah, ia mampu membayangkan akan kebobrokan masa depan yang mungkin anak anak generasi akan datang terkena.
Aku mula mengkagumi Chegu Bard pada era reformasi. Era di mana bermulanya Umno bukan lagi malaikat yang sentiasa betul. Mahathir pada ketika sebelumnya dianggap manusia paling bijak. Semua kebaikan kebaikan yang ada di dunia Malaysia ini berasal daripada otak hanyirnya. Aku mengikuti perkembangan Chegu Bard dalam mendombrak semangat anak muda melawan kezaliman yang mana kezaliman utama Mahathir ketika itu ialah membuang insan kamil Anwar Ibrahim.





.jpg)
















