Muktamar tahunan PAS ke-59: Sapa pulak yang akan kena singkir? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mei 14, 2013

Muktamar tahunan PAS ke-59: Sapa pulak yang akan kena singkir?

Bagi yang fobia dengan istilah melobi hangpa boleh tukar istilah tu kepada berkempen, walaupun bunyi tak sama tapi kelalu dan aksinya lebih kurang sama ja.

Harakahdaily melaporkan: 
KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 tahun ini akan diadakan pada 22 hingga 24 November depan, dengan negeri yang dipilih menjadi tuan rumah adalah Selangor.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pemilihan tarikh dan tempat itu diputuskan dalam mesyuarat PAS Pusat yang bersidang semalam.

Muktamar tahun ini juga akan berlakunya proses pemilihan kepimpinan yang baru bagi setiap peringkat untuk sesi dua tahun berikutnya iaitu 2013-2015. - Hrkh.    
Tentu punya Muktamar PAS tahun ni sangat menarik dan ditunggu-tunggu oleh semua penggiat dan peminat politik tanah air.

Tak kira penyokong Pakatan Rakyat atau pun BN tentu sama-sama nak tengok macamana rupa muka-muka pimpinan PAS yang akan mentadbir PAS selepas PRU13 ni.

Aku yakin akan ada perubahan cuma tara mana perubahan tu, perubahan sikit atau pun perubahan besar belum tau lagi.

Lebih menarik lagi bila ramai pimpinan utama PAS kalah dalam PRU13 termasuk Mat Sabu Timbalan Presiden PAS juga Husam dan Salahuddin Naib Presiden PAS. Yang selamat cuma Mahfuz yang baru dilantik jadi PJ Kedah yang baru. Macam tu juga Ketua Penerangan Ust Tuan Ibrahim.

Depa-depa tu jugak kut calon yang mungkin bertanding jawatan Timbalan Presiden yang memang sangat-sangat tak selamat untuk Mat Sabu sebagai penyandang.

Walaupun Muktamar Agung PAS Pusat tu lambat lagi, tapi proses pemilihan tu sebenarnya bermula lebih awal pasaimya pemilihan diperingkat cawangan aka bermula seawal 25 Mei ni yang akan mempengaruhi pemilihan diperingkat Kawasan yang akan mempengaruhi keputusan diperingkat pusat.

Jadinya kalau ada yang bercita-cita nak tengok perubahan kepimpinan di peringkat pusat, nak kena buat kerja melobi dari sekarang.

Bagi yang fobia dengan istilah melobi hangpa boleh tukar istilah tu kepada berkempen, walaupun bunyi tak sama tapi kelalu dan aksinya lebih kurang sama ja. Salah atau tak aksi-aksi tu bergantung setakat mana yang hangpa sanggup buat dan garis sempadan antara dua tu sangat tipis, setipis kulit bawang.

Yang menariknya belum apa-apa dah ada yang buat page sokong Husam Musa sebagai Presiden PAS.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...