Azmin jangan jadi CELAKA, Pas Selangor jangan jadi BANGANG!!! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mei 07, 2013

Azmin jangan jadi CELAKA, Pas Selangor jangan jadi BANGANG!!!

Nasib baik dari segi jumlah kerusi, kerusi PAS campur kerusi BN cuma berjumlah 27, kalau boleh dapat majoriti mudah tak mustahil akan ada wakil rakyat PAS Selangor yang beraksi CELAKA berusaha untuk tubuhkan kerajaan UG di Selangor.

Malaysiakini melaporkan:
Kedudukan menteri besar sementara Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim masih tidak diketahui apabila masih tiada keputusan dibuat bagi menentukan sama ada beliau akan terus memegang tampuk pemerintahan negeri.

Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali (lihat gambar) dalam sidang media bersama pemimpin-pemimpin negeri Pakatan hari ini berkata, sebuah mesyuarat akan diadakan segera bagi membincangkan perkara itu.

Menurutnya, mereka akan memutuskan siapa yang akan dilantik untuk penggal seterusnya sebelum ia dimaklumkan kepada majlis presiden Pakatan Rakyat. - Mkini
Itu kenyataan dari orang yang sebelum ni nak sangat jadi MB, dan aku harap dia tak beraksi CELAKA, memaksa orang lain untuk terima dia sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Di pihak PAS Selangor pulak, setakat ni belum keluar lagi kut kenyataan dari Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani Osman Adun Meru, dan aku harap PAS Selangor tak beraksi BANGANG tuntut jawatan Menteri Besar.

PAS Selangor kena ingat antaraa sebab PKR kurang satu kerusi pasai calon PAS di Dun Kota Damansara 'menafikan' kemenangan Dr. Nasir Hashim yang bertanding atas tiket PKR. Kalau tak berlaku pertandingan 3 penjuru dah tentu Dr. Nasir akan menang.

Pada aku sangat-sangat tak kena kalau PAS Selangor desak dan minta kerusi tu, sebabnya PAS cuma menang 15 kerusi, ada lagi 29 Adun PR yang kalau depa bersatu suara PAS serta-merta jadi minoriti.

Untuk jadi Menteri Besar. tak penting sapa yang menang paling banyak, yang penting dia dapat sokongan majoriti dalam dewan, jadinya tak payah la rasa hebat kalau setakat ada 15 kerusi berbanding jumlah semua 56 kerusi.

Kecuali la PAS Selangor ada calon yang cukup hebat yang wakil PKR dan DAP pun takdak alasan untuk tolak.

Pada aku PAS perlu sokong Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar. Sebagai Menteri Besar yang baru satu penggal dia patut dibagi peluang sekurang-kurangbnya satu penggal lagi tambahan pulak rekod dia memang bersiah dan dia tak pernah aku dengar ada masalah dengan PAS sebelum ni.

Nasib baik dari segi jumlah kerusi, kerusi PAS campur kerusi BN cuma berjumlah 27, kalau boleh dapat majoriti mudah tak mustahil akan ada wakil rakyat PAS Selangor yang beraksi CELAKA berusaha untuk tubuhkan kerajaan UG di Selangor.

Nasib baik Dr. Hasan Ali dah terbuang dari PAS, kalau tidak tak mustahil dia yang akan sekali lagi mengetuai kerja celaka nak tubuhkan kerajaan UG.

Aku yakin Dr. Hasan Ali sangat menyesal sekarang ni, kalau dia Sabar sat, tak mustahil dia yang akan dilantik jadi Menteri besar Selangor.

Malaysiakini juga melaporkan:
Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata Pakatan Rakyat Selangor harus memberi peluang kepada PAS menerajui negeri itu ekoran kejayaan parti itu memenangi 15 kerusi DUN dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu.

Hasan turut menyenaraikan nama-nama anggota dewan undangan negeri (Adun) PAS yang layak mengisi jawatan itu, antaranya Adun Sabak, Sallehen Mukhyi; Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan. - Mkini.
Tak payah heran pasai apa Dr. Hasan tak sebut nama Dr. Rani sedangkan Dr. Rani yang paling layak atas kapasiti dia sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, ataupun Iskandar Samad yang juga Exco Selangor sebelum ni.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...