Najib akan istiharkan darurat supaya tak payah buat pilihanraya? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Iklan 468X60 dan Javascript Iklan bawah post

Thursday, March 07, 2013

Najib akan istiharkan darurat supaya tak payah buat pilihanraya?

Walaupun nampak macam konflik di Lahad Datu dan Semporna tu nampak macam dah nak selesai tapi tak mustahil jugak konflik tu akan terus berpanjangan dan 'merebak' ke kawasan parlimen lain 'yang munasabah'.

mStar melaporkan:
PUTRAJAYA: Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di kawasan yang terbabit dengan insiden pencerobohan pengganas Sulu boleh ditangguhkan sekiranya kawasan itu diisytiharkan darurat, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata dari segi undang-undang terdapat peruntukan tertentu untuk membolehkan PRU di bahagian berkenaan ditangguhkan. - mStar.
Macam yang aku tulis dalam posting sebelum ni :
Malah aku tak heran kalau Najib gunakan apa-apa klaus yang ada dalam perlembagaan dan undang-undang, tangguhkan PRU13 lepas bulan Jun pun kalau dia yakin rasa cara tu saja yang ada dia untuk pastikan Putrajaya dipertahankan. - Ibid.
Kemungkinan tu memang ada walaupun kebarangkaliannya sangat kecil. Mungkin tak sampai tangguhkan PRU13 tapi kalau takat untuk beberapa kawasan parlimen 'yang munasabah' memang tak mustahil kot.

mStar juga melaporkan:
"Tetapi sekarang ini yang terjejas hanya di Lahad Datu dan Semporna, kita yakin masalah itu akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat. Apa pun SPR susah bersedia untuk mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa," katanya. - Ibid.
Walaupun konflik di Lahat Datu dan Semporna tu nampak macam dah nak selesai tambah-tambah selepas dilaporkan 52 orang 'pengganas' setakat ni telah terbunuh tapi tak mustahil jugak konflik tu akan berpanjangan dan 'merebak' ke kawasan parlimen lain 'yang munasabah'.

Tambah-tambah bila mengenangkan besar kemungkinannya ramai suku sakat Sultan Sulu dari suku Tausaq yang dah dapat MyKad dan dah lama duduk di merata tempat di Sabah, tak mustahil bila hampir hari penamaan calon depa-depa ni boleh berubah jadi tentera gerila.

Apa pun, aku percaya dengan kemampuan pasukan keselamatan kita dan aku sangat yakin konflik di Sabah tu akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat ni dan Sabah kembali aman untuk menjelang hati pengundian PRU13 nanti.

Kecuali la kalau memang betul ada 'grand design' oleh penchachai Umno BN 'berprofile tinggi' yang memang  dah siapkan skrip sandiwara CELAKA depa dan sentiasa update skrip tu sampai habih PRU13 nanti.

Walaupun nampak macam kebarangkalian adanya 'grand design' macam tu sangat kecil tapi macam yang aku tulis sebelum ni, tak mustahil 'grand design' tu memang benar-benar ujud.

Apa pun, macam yang aku tulis sebelum ni jugak, aku sendiri tak yakin ada grand design sandiwara celaka sampai tahap tu. Walaupun ada dikalangan pemimpin Umno yang ada tanjak untuk beraksi celaka tapi tak sampai tahap tu kot...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

17 comments:

  1. kita nyanyi lagu ni sama-sama TANYA SAMA NAJIB APA SEBAB GOYANG NANTI JAWAB NAJIB SABAH NAK HILANG... kita ulang lagi lirik lagu anwar

    ReplyDelete
  2. satu dunia pun dah ble agak dah....
    tak terkejut pun klau itu sudahnya...
    PRU lagi 55thn la kot hahahha

    ReplyDelete
  3. respect cenangau.

    ReplyDelete
  4. setuju dengan mu bro cenangau..terus dahrurat macam Myanmar

    ReplyDelete
  5. BN bila nak kalah 1969
    kekacauan di KL
    isytihar darurat
    gantung keputusan pilihanraya
    ambil alih parlimen melalui MAGERAN
    Ini kah grand design 2013?
    Macam kenal je skrip ni...

    ReplyDelete
  6. Aku pernah coretkan d comment d tukar tiub...
    Ah Jib nak tiru arwah bapanya...

    Bukan sahaja di LD n Smporna, malah di KK, Kelang, Shah Alam, Damansara, JB, Penang n beberapa tempat lagi... akan di timulkan or may b, di rancangkan untuk berlaku kekecohan. So bila kekecohan berlaku sana sini, maka istiharkan darurat.

    Masa tu lah Ah Jib n UMNO akan mula berunding mencari jalan penyelesaian (Kononnyalah).
    Rundingan pasti berjaya. Maka akan di war2kan seluruh pelusuh negara dan dunia akn dalam lubang kubur sekali pun bahawa UMNO lah yg berjasa menyelesaikan konflik ini. Media pencacai akan bagi tahu lak yg PR tidak buat apa2 malah pas tu c kiram kontol akan mengaku lak bhawa anwar yg rancan....

    Maka kononnya rakyat akan percaya bahawa UMNO lah yg berjasa makan wajar lah dipilih semula...

    KEKALAH BN ADALAH BAIK UNTUK NERAGA DAN RAKYAT..

    ReplyDelete
  7. Baru jab td lepas solat jumaat kitorang solat hajat (Isu Lahad Datu - mohon Allah selamatkan para tenter dan polis) yang di imamkan oleh Tn Hj. Mat Raai kat Masjid An Nur Kampar. Teman pun solat juga (tapi hajat teman lain) -semoga Allah ampunkan teman sebab hajat teman mungkin berlainan dengan hajat Tn. Hj. Mat Raai atau pun jemaah yang lain. Antara lain hajat teman minta Allah bukakan dan dedahkan siapa dalang dibelakang pencerobohan serta agenda asal pencerobohan Lahad Datu nun dan dedahkan kejahatan mereka-mereka yang sengaja mencipta isu ini untuk kepentingan peribadi dan politik demer. Komer jangan kata teman tak berhati perut sebab teman kesian sangat-sangat kat tentera (tapi) teman tak kesian pulak kat polis tu., walaupun pak ngah teman tu polis pencen. Maaf le komer teman tak gemor dan tak gheti nak berselindung dalam bab dan soal hati dan keikhlasan ni.

    berpatah arang berkerat rotan ngan UMNO & BN

    ReplyDelete
    Replies
    1. teman sokong bebeno yop teman ni..

      Delete
    2. setuju yoppppp.... biar terbongkar
      terbungkas... tertonggeng deme2 yg buat plan jahat tu

      Delete
  8. PM najib jawab lirik lagu anuar :
    Tanya sama anuar,
    Sebab apa sabah nak hilang,
    Lalu jawab nuar,
    cacai aku yang goncang...

    Tanya sama cacai,
    Sebab apa goncang,
    Lalu jawab cacai,
    Anuar lah dalang...

    ReplyDelete
  9. kesian cacai-cacai semua, bila PR dah nak terjongkang....adalah cite mengarut berulang.

    ReplyDelete
  10. Kalau grand design macam ni, dah confirm kantoi la Najib...
    Takde idea lain la nak menang pilihan raya?
    Bertaubat la Najib - nyawa orang yang terkorban -termasuk Altantuya tu
    Ada galang gantinya - kot bukan Bala, mungkin Deepak...
    Lagi pun zaman 60-an style tak kena la..
    sekarang ni zaman Jahanam Gangnam C4 style...
    Kalau desperate sangat nak jadi PM sepenggal lagi,
    bawak la satu Suluwesi tu masuk Malaysia...

    ReplyDelete
  11. Tanya sama nuar ,apa sebap pr goyang,nanti jawap nuar pakatan dah nak tumbang.Tanya sama cikgu non apa pas dah buat,nanti cikgu non kata,aku dah meluat........

    ReplyDelete
  12. Ah Jib bilang, dia akan mempertahankan putrajaya hingga ketitisan darah terakhir, tetapi darah siapa pula yang kering sekarang? PR, teruskan Jelajah Merdeka, teruskan usaha, walau disetiap program itu diganggu BN, tak apa... dari situ di setiap tempat orang akan nampak perangai 3 suku - Suku sakat BN, kumpulkan sikap buruk mereka dari perlis hinggalah ke sabah.....,

    ReplyDelete
  13. aziz yusuf pun jgn la ckp kuat2..nnt najib tiru..najib bkan nya tau sgt sejarh..actually,najib dh bole isytihr darurt kt penang disebabkn keadaan yg huru hara ole geromboln perkosa keamann@perkasa..kt klantan pun hmpir nk darurt dh disebbkn perkosa gak

    ReplyDelete
  14. Mungkin juga, ini akan dijadikan isu utama utk elak PRU13.

    admin : mohon masuk bloglist.

    ReplyDelete

Mai komen kat sini. Ikut suka hangpa nak tulis apa pun tapi ikut suka aku pulak nak publish ka dak, tapi kalau MENCARUT kompom aku anggap spam... Hahaha...

SEGALA KOMEN ADALAH TANGGUNGJAWAB PENGKOMEN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Page Number