MB Kelantan, Kedah, Selangor dan KM Pulau Pinang pun penakut macam Najib jugak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Iklan 468X60 dan Javascript Iklan bawah post

Monday, March 11, 2013

MB Kelantan, Kedah, Selangor dan KM Pulau Pinang pun penakut macam Najib jugak?

Takkan kut nak tunggu sampai rakyat kata Pakatan Rakyat pun cakap tak serupa bikin, kutuk Najib tapi depa pun sama.

mStar melaporkan:
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bulan ini.

Diminta mengulas mengenai perkara itu, beliau bagaimanapun berkata, buat masa ini pihaknya belum berhasrat untuk mengumumkan tarikh sebenar pembubaran DUN itu.

"Kita (kerajaan negeri) sudah buat keputusan untuk membubarkan DUN dalam bulan ini, tetapi untuk setakat ini kita tidak akan umumkan lagi bila (tarikh)pembubaran itu berlaku," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan di sini, Isnin. - mStar.   
Sehari dua ni heboh pasai Najib dilabel sebagai Perdana Menteri expired. Pasainya sampai la ni Najib belum berani umumkan pembubaran parlimen walaupun umur mandat terbaru Umno BN dah pun lebih tempoh 5 tahun.

Yang aku herannya, pasai apa hanya Najib yang dilabel macam tu. Pasai apa label yang sama tak dibagi kepada MB Kelantan, Kedah Selangor dan KM Pulau Pinang. Kalau Najib sebagai PM dah expired, TG Nik Aziz, Ust Azizan, Khalid Ibrahim dan Lim Guan Eng pun expired sama.

Berbalik kepada berita yang aku kopipes kat atas tu, lagi satu aku heran, pasai apa MB Selangor masih tak berani nak umumkan tarikh pembubaran Dun Selangor.  Macam tu jugak dengan MB Kelabtab, Kedah dan KM Pulau Pinang. Nak tunggu bila lagi?

Sebelum-sebelum ni kita heboh kata kat Umno BN sepatutnya tarikh pembubaran diumumkan lebih awal, Malah ada yang kata patut diumumkan setahun lebih awal supaya senang semua pihak buat persediaan.

Takkan kut nak tunggu sampai rakyat kata Pakatan Rakyat pun cakap tak serupa bikin, kutuk Najib tapi depa pun sama.

Yang paling aku heran sekali, pasai apa 4 negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat sampai sekarang tak sepakat umumkan pembubaran Dun lebih awal. Nak takut apanya.

Lagipun dah tak lama dah Dewan Undangan Negeri dibawah Pakatan Rakyat akan terbubar sendiri macam tarikh kat bawah ni.
22 April : Selangor
28 April : Kelantan
2 Mei    : Penang & Kedah - Ibid
Lagi pun, kita semua tau paling lambat Najib terpaksa jugak bubarkan parlimen sebelum 28 April depan. Berapa hari sangat beza antara 22 April dengan 28 April?

Payah sangat ka takat nak pilih satu tarikh untuk bubarkan Dun.

Kalau bubar hujung bulan ni pun aku rasa takdak bezanya dengan bubar bulan depan. Aku cukup yakin tak kira bila pun Najib bubarkan parlimen aku yakin SPR akan buat pilihanraya serentak jugak. Pasainya  SPR ada 60 hari untuk buat pilihanraya.

Yang pentingnya, kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang kotakan apa yang dikata, umumkan tarikh pembubaran Dewan Undangan negeri lebih awal, sekurang-kurangnya lebih awal dari Najib dan MB dan KM negeri-negeri lain.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

27 comments:

  1. lu ckp apa neh bro..samdol..

    ReplyDelete
  2. ikut suka mak bapak depa la...Yang hang dok kalut tu pasai apa..

    ReplyDelete
  3. tak kisahlah....khalid pun kata kalu najib bubar ketika ini dia ikut samer bubar,,,,...itupun ko nakbuat isu ker.......ek ele....

    ReplyDelete
  4. memang takut laa kot. atau tak brp yakin.
    atau nak tunggu SPR bersih senarai nama pengundi.. mmg sampai kiamat laa.

    bubar je laa. kami rakyat akan tolong pantau (gertak?) pengundi "IC biru segera" kalau depa berani turun masa mengundi!

    lawan tetap lawan

    ReplyDelete
  5. mungkin dia ada sbb tsendiri. risau ada manipulasi dalaman. tu depa nk bubar sekali dgn jibby.

    ReplyDelete
  6. mngkin diaorg nk elak provokasi dalaman. bubar sekali kn lagi senang.

    ReplyDelete
  7. Salam bro, ape kes nih.. ada amek upah part-time menchachai ke?

    ReplyDelete
  8. sapa lu nak ajar tok guru nik aziz

    ReplyDelete
  9. entri ini nak ingatkan pimpinan PR supaya jgn ikut rentak BN!

    anon2 yg sekolah takat SRP, kalau tak pandai 'membaca', hangpa jadi pengundi biasa sudah laa. tak payah komen kat sini.

    ReplyDelete
  10. Gua tak berapa setuju dengan pandangan lu kerana akan berlaku kenaikkan kos jika pilihan raya dibuat asing-asing memandangkan duit dalam kantung kerajaan dah kering sekeringnya. Itu pun nasib baik ler petronas ada banyak tunai, takkan nak ikut cara najib berboros. PR nak buat serentak supaya jimat sikit dan pasti akan berlaku penipuan secara besar-besar dalam sejarah politik negara jika pilihan raya tidak berjalan serentak. Ambil iktibar apa yang berlaku di Kelantan pada 1978.

    ReplyDelete
  11. Pantang komen Pakatan Rakyat sikit... Hahaha... BANGANG...

    ReplyDelete
  12. Dalam keadaan sekarang kalau empat negeri PR bubar DUN dan buat pilihan raya berasingan dengan parlimen akan mengundang risiko yang amat tinggi. Mereka terpaksa berhadapan dengan BN dan kerajaan pusat yang memperalatakan seluruh jentera kerajaan untuk melumpuhkan pertahanan negeri. Gangster umno pun berkampung di empat negeri itu untuk melakukan huru hara. Negeri PR tak payahlah mengundang risiko dan jadi bodoh sekadar nak menunjuk konon mereka berani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau pun... maksud admin, kenapa kalau kita takut atau tak nak bubar awal, kenapa kita tuduh org lain takut? itu yang dimaksudkan. Kenapa kita hanya selalu guna otak kiri untuk berfikir?

      Delete
    2. Takut dengan waspada adalah dua perkara berbeza. BN yang menguasai segala galanya dan boleh memanipulasi semua jentera tapi masih tak mahu bubar parlimen, memang mereka takutlah. PR yang dinafikan segala galanya dan terdedah kepada munipulasi pihak lawan, memang patut berwaspada. .Kalau persaingan atas padang yang sama rata, bolehlah diguna neraca yang serupa. Samada guna otak kiri atau kanan, kalau dah bodoh tu tetap bodoh juga.

      Delete
  13. Takpa Cenangau.
    Pas pru13 nanti hang fire geng ulaq ataih daun(parlimen hang), geng ostaz azizan(negeri kedah) dll. Keh keh keh. Dunya dunya...

    ReplyDelete
  14. Jangan excited sangat nanti terpancut awal. Banyak tuntutan yang belum dilaksanakan oleh SPR. Jumlah pengundi di beberapa kawasan di Selangor melebihi jumlah penduduk......Haramjadah Pengurusi /Naib Pengurui SPR perlu betulkan dulu.

    ReplyDelete
  15. Nampaknya aku n hang je yg sokong negeri2 pr bubar dun awai..

    ReplyDelete
  16. sepatutnya malaon-malaon yang suka buat kerja-kerja tak bertamadun macam manusia separuh haiwan nie dah lama pupus kat bumi malaysia..!

    ReplyDelete
  17. blogger ni talam 2 muka....kalo dh geng pencacai tu...lame2 trkantoi jua....bastard!! UMNO itu parti binatang liar!!!

    ReplyDelete
  18. Hahaha..semenjak utusan meloya n sekutunya aku ban dr beli n baca(tumpang baca1/10) aku beralih arah pd media aliran pembangkang spt harakah..but..apabila editor n wartawannya sangap..x berani melaporkan n ikhlas hanya pd manusia bukan pd diri srndiri dan Al Khaliq..so..media pembangkang pon aku ban..x beli but tumpang baca(3/10) so bila media di internet berkembang..aku stick pdnya..but same old story..samada editoror adminnya bidoh sombong..atau jenis megalomaniac..asek dia jer yg betul! Pastu bila forumers komen..nk tapis dulu..alasan blog dia dia pny suka.,what the F! Tp sibuk iklankan di blog lain suruh org jengok blog dia! Puiii! Aku belajar klu nk belasah org biar beradap..apalagi klu rasa nk belasah org yg layak kita gelar ulil amri spt tok guru n sekutunya yg tahap integritinya tip top! Klu cam bekah dacing tu..kepala bana la integritinya! Tak tau pulak aku klu blogger kunun sokong pakatan pon tahap pencacai!

    ReplyDelete
  19. BN kepala dia UMNO .. PR kepala dia ex-UMNO .... 2x5 .. dua 2 tak leh pakai ...

    ReplyDelete
  20. bro cenangau,
    lagi lama hang dok ulang publish entri ni, lagi ramai laa yg meroyan!! hahaha

    ReplyDelete
  21. Kalau malaun najib tak mahu lagi bubarkan dewan rakyat sepatutnya 4 buah negeri pembangkang bubar dululah......kami nak tengok sokongan rakyat dan juga kami nak tengok najib nak menari macamana....bubar saja 4 negeri....nak tunggu apa lagi

    ReplyDelete
  22. 4 negeri pakatan rakyat patut bubar dunlah....nak tengok najib menari macamna.....celaka najib....nak tunggu bila nak bubar...

    ReplyDelete
  23. bagi gua tak kisah,dun bubar dulu atau lambat yg penting pr ke putra jaya.

    ReplyDelete
  24. betul ker pm nak bubaq parlimen petang ni? 13 03 2013????? nombor apa ni ka 130313 klu tranlate dlm octal ke, decimal ke atau hexadecimal apa makna plak??? penin...penin...penin...

    ReplyDelete
  25. dulu kini selamanya. hidup rakyat....

    ReplyDelete

Mai komen kat sini. Ikut suka hangpa nak tulis apa pun tapi ikut suka aku pulak nak publish ka dak, tapi kalau MENCARUT kompom aku anggap spam... Hahaha...

SEGALA KOMEN ADALAH TANGGUNGJAWAB PENGKOMEN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Page Number