Kematian anggota keselamatan tu termasuk dalam skrip "Episod Lahad Datu"? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Iklan 468X60 dan Javascript Iklan bawah post

Wednesday, March 06, 2013

Kematian anggota keselamatan tu termasuk dalam skrip "Episod Lahad Datu"?

Puak-puak penchachai kaki rasuah bukan peduli kot kalau takat satu dua nyawa melayang, yang penting depa boleh pastikan Umno BN kekal berkuasa. Tambah-tambah bila Najib sendiri pernah kata akan pertahankan Putrajaya hingga ke titisan darah yang terakhir...

Bharian melaporkan:
Serangan tiga peringkat bermula dengan pengeboman lokasi pengganas menggunakan tiga pesawat pejuang F-18D Hornet dan lima Hawk Mk-208 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selama 10 minit bermula jam 7 pagi yang terbang dari pangkalan TUDM di Labuan.

Ia diikuti serangan menggunakan mortar 81mm sebelum menghantar anggota masuk untuk mengesan pengganas.

Serangan peringkat ketiga ialah operasi ‘menggeledah dan membersih’ yang disertai kira-kira 1,000 pegawai dan anggota 21 Grup Gerak Khas, pasukan atur cepat 10 Briged Para serta Komando VAT69 dengan bantuan kereta perisai APC Condor. - Bharian.   
Bukan calang-calang punya operasi rupanya. Pada la kut dengan 7 batallion punya kekuatan. Memang tak patut sangat kalau Tian Chua kata anggota keselamatan yang mati sebelum ni "mati katak". Kematian depa memang sungguh-sungguh dibela.

Memang jelas nampak Umno BN bersungguh-sungguh mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara (atau mungkin itu sebenarnya persepsi yang nak ditanam.)

Juga dilaporkan:
Bagaimanapun, sehingga jam 9 malam tadi, pasukan keselamatan belum mengumumkan bilangan pengganas yang terbunuh atau ditawan. Namun, menurut sumber 20 hingga 30 mayat telah ditemui.

"Operasi menggeledah dan memburu saki baki pengganas masih diteruskan. Saya yakin musuh masih berada di kawasan sasaran kerana polis dan tentera mendapat tentangan dalam bentuk tembakan yang dilepaskan kumpulan pengganas. - Ibid.
Apa pun, aku cukup yakin operasi membersihkan pengganas tu takkan berjaya, pasainya yang diistilahkan sebagai pengganas yang menceroboh tu adalah 'wagranegara'. Depa cuma perlu tukar baju dan sorok senjata, nak takut apa kalau depa dah ada MyKad?

Keadilandaily melaporkan:
KUALA LUMPUR 6 MAC: Kejayaan serangan ketenteraan terhadap penceroboh Sulu di Lahad Datu bukan penyelesaian penuh berikutan musuh negara sudahpun menyusup masuk ke negara ini melalui Projek IC Sabah.

Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab, berkata ‘musuh sebenar’ sudah diberi IC oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad secara leluasa.

“Sekarang mereka hendak buat apa? Kita hantar jet pejuang, pasukan tentera bom mereka. Tak semudah itu kerana orang-orang yang jadi musuh dibawa oleh Mahathir, diberi IC. - KD.
Apa pun, aku yakin Episod Lahad Datu ni hasil dari skrip olahan penchachai Umno BN yang dah lari dari skrip asal. Aku tak pasti setakat nama skrip tu tapi harapnya kematian beberapa orang anggota keselamatan tu tak masuk dalam skrip asal.

Tapi, bila difikirkan balik, tak mustahil jugak kematian anggota keselamatan tu pun termasuk dalam skrip asal. Puak-puak penchachai kaki rasuah bukan peduli kot kalau takat satu dua nyawa melayang, yang penting depa boleh pastikan Umno BN kekal berkuasa.

Tambah-tambah bila Najib sendiri pernah kata akan pertahankan Putrajaya hingga ke titisan darah yang terakhir...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

25 comments:

  1. sedih orang kaya dengan sedih orang biasa x sama. sedih orang kaya duit berjuta2. sedih orang biasa hilang tempat bergantung.

    ReplyDelete
  2. Apabila penceroboh yg bersenjata masuk ke negara ini, mengapa polis pula yg diarah mengadap mereka? Itu sebab ramai mati kerana polis dilatih untuk menjaga ketenteraman awam sahaja, seperti meleraikan perhimpunan Bersih yg tiada bersenjata. Alasan kerajaan BN ialah ATM terikat dengan Geneva Convention. Artikel mana yg melarang tentera bertindak jika diceroboh oleh pasukan bersenjata luar? Sila jawab ATM dan PDRM yg bijaksana!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mane ATM/PDRM nak bertindak dia orang yang disyakki?datang itu semuanya ada IC Malaysia, takkan nak tahan rakyat Malaysia sendiri....sebab itu ramai yg kata ini sandiwara semasa....biasalah RTM selalu siarkan sandiwara....nyawa anggota Polis dijadikan sandaran dalam drama ini....

      Delete
  3. Ada kapal selam tak boleh tenggelam, ada pesawat pejuang tak ada enjin... ada yang tersadai di padang pasir, ada pesawat pengangkut, naik AirAsia, ada kapal pengangkut tentera... terbakar. Gugur bom... dikatakan musuh... tersasar tak kena mereka. Apa pulaklah selepas ini.... jangan ada peluru tapi kapur sudahlah... kalau macam tu lebih baik guna paint ball je.

    Yang pasti pagi tadi muka Ketua Polis Negara tak ceria... barang kali kena sembur dengan bos.

    ReplyDelete
  4. As salam..
    Hormatlah pada PDRM/ATM yang sedang berjuang. Jangan terikut-ikut sangat idealogi politik masing-masing. Berdoa semoga semuanya diselesaikan dengan cepat tanpa pertumpahan darah yang banyak. Ingatlah..mereka semua sedang bersusah payah mempertahanankan negara, janganlah perlekeh semangat mereka semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong. cukup-cukuplah tu berpolitik. kita sambung selepas isu ini selesai..

      Delete
    2. Kata 30 mayat telah dijumpai mane dia gambarnya? yg ditunjuk hari ini hanya gambar 9 orang.....tengah cari gambar2 lain kot nak buktikan.....camni ke nak hormat????

      Delete
    3. Cerita belum abis, ko dah byk bunyik... Dlm ATM tu ada gak yg sokong PR, tapi sbb org kemaruk mcm ko ni la yg buat tak pasal2 diorg pun kena babi, padahal satu geng.

      Delete
    4. wahai anon 11.29,
      PDRM dan ATM pergi sane utk mempertahankan keselamatan negara. mereka diberi senapang, bukan iphone nk upload gambar kt instagram.

      Delete
  5. Mcmana nak ceria KPN tu tak cukup tido asik kena hentam hari2. Tulaa jdlah barua BN/UMNO. Tak pasal2 org2 yg tak berdosa jd mangsa.Rasa bersalah pun ada agaknya tapi nak buat mcmana.Takde pilihan tersepit tengah2.Baik letak jawatan ajelah KPN kalau ada maruah diri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetiba je suh letak jawatan... haha.. sembang lebih.

      Delete
  6. tahniah madey, projek IC mmg berjaya :)

    sabahan!! ayuh pertahankan BN. teruskan undi BN sampai semuanya tergadai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err.. bukan projek IC tu projek Anwar ke?.. Madey dah jawab, Anwar bila lagi?

      Diharap bykkan lagi soalan2 anda pada projek IC ni, sbb makin byk soalan, makin ketara pulak kekantulan Anwar nak jawab.

      Delete
  7. politik2... pegi mamposla ideologi korg semua... dua2x pun buta hati...semoga Allahs.w.t tunjukkan jalankebenaran kepada kamu semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko sendiri guna bahasa mcm org gile je!

      Delete
  8. Mahathir mamak Kuty dari Karala, gila kuasa, pengkhianat bangsa n negara, kaki penipu, kaki putar belit. Mamak inilah punca perpecahan Melayu dan kerosakkan negara.Dia ketua perompak harta negara. 100% harta negara dipindah milik ketangan dia, proksi2, anak beranak, kroni2.Dasar ekonomi baru utk tolong bumiputera, dialah yg cantas .Ic projek utk PATI Philipina, dialah yg punya idea.Sekarang BN bgi IC pd org2 asing di Msia utk undi BN spt yg mamak ni pernah buat di Sabah. 1 Msia, hidup melayu. Celaka.....

    ReplyDelete
  9. Bila musibah melanda negara pun dikatanya sandiwara. Segala benda yg berlaku dalam negara ni sandiwara kah?? minta penulis blog ni, sebelum nak keluarkan analisis, fikir dulu dengan akal dan hati.
    Pe ngorbanan Pasukan keselamatan yang sanggup mati hadapi penceroboh masih tidak mencukupi bagi kamu yang dapat nikmati kesenangan dan keamanan di semenanjung. Meskipun kamu tidak hargai..tetapi janganlah dicaci!
    Tak kira apa pandangan politik kamu, dalam hal keselamatan negara, jangan kita pandang remeh. Mengeluarkan perkataan yang seakan perlekehkan pasukan keselamatan begini, bukan sifat seorang Muslim dan rakyat Malaysia sejati.

    Saya memang ikuti lingkaran blog-blog bertema pembangkang selama ini. Tetapi setelah melihat apa isu yang dimainkan kini membuatkan saya berfikir semula untuk menyokong pembangkang.

    Semaikanlah perasaan cintakan negara dengan tulisan anda. naikkan semangat pasukan keselamatan kita yang sanggup berhempas pulas siang dan malam melaksanakan tugas tanpa mengira risiko. Ya..! memang tugas mereka.. setidak-tidaknya mereka telah laksanakan Fardhu Kifayah bagi diri mereka. Bagaimana pula dengan kita???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila pulak aku caci pasukan keselamatan?

      Aku cuma persoal tindakan bagi IC secara besar-besaran kat Sabah tu dan tah apa janji yang katanya pemimpin Umno BN dah CAPATI yang menatijahkan insiden Lahat Datu ni...

      Delete
  10. tak sungguh tak melata tak sungguh orang tak kata

    ReplyDelete
  11. fardu kidayah-sesuatu yg agama tuntut buat,jika ada yg dh melaksanakn maka terlepas lah tuntutn fardu td tu..k.?..cmna dgn pk imam2,org2 alim,yg bleh hafal hadith2,ayat2 quran..mmbantah,menunjukn rasa tk puashati dgn cra aman,menuntut keadilan,tk dk snjata,tup tup ..di hntk kepla,di gari,ditarik, ada yg disepak..tu sapa yg buat.?..slama ni yg buat tu ingat,, ruas tk pernah brtemu buku..3,4 kali dh,haha..la ni,..apa jadi!...tk sdaq lagi ka yg kita ni hak ALLAH

    ReplyDelete
  12. suma owg da otak n akal fikiran masing2....xkan suma benda nk politik....maatang la...

    ReplyDelete
  13. Cakap2 senang tapi kita org Sabah yg melata.
    kalau sandiwara mari la ke Sabah dan jadi HERO.Setakat Anwar nak huru hara kan Sabah belum tentu lagi . Upah org Suluk yg miskin boleh la jadi barua dia.
    Cari kebenaran baru cakap.

    ReplyDelete
  14. tak patut guna namba tu, nnt menimbulkan kekeliruan.. itu kan gamba lame dari Thailand?? ape motif letak gamba tu?

    ReplyDelete
  15. hangpa ni semua bangang

    ReplyDelete

Mai komen kat sini. Ikut suka hangpa nak tulis apa pun tapi ikut suka aku pulak nak publish ka dak, tapi kalau MENCARUT kompom aku anggap spam... Hahaha...

SEGALA KOMEN ADALAH TANGGUNGJAWAB PENGKOMEN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Page Number