Janji dicapati: Pegawai Daerah Kerian penipu? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mac 01, 2013

Janji dicapati: Pegawai Daerah Kerian penipu?

Suka aku nak bagi nasihat kat Pegawai Daerah Kerian ni, elok sangat la terima tawaran jadi calon tu tapi jangan lupa sorok sikit duit peruntukan untuk pilihanraya. Jangan jadi bangang pulak pi labur duit sendiri sampai bergolok bergadai.

Sinarharian pada 19 Januari 2013 melaporkan:
BAGAN SERAI - Teka-teki mengenai status pembinaan Hospital Kerian di Simpang Lima, di sini terjawab apabila perlaksanaan pembinaannya disahkan akan dimulakan Februari ini.

Pegawai Daerah Kerian, Kamaruddin Awang berkata, pembinaan Hospital Kerian yang tertangguh sejak 2008 akan dijalankan secara berperingkat melalui cadangan pelan pembangunan awal dan tender fasa permulaan projek dijangka dikeluarkan bulan hadapan.

“Kita jangka pembinaan infrastruktur hospital akan dimulakan selewat-lewatnya hujung tahun ini memandangkan JKR (Jabatan Kerja Raya) bahagian kesihatan sedang menyiapkan pelan reka bentuk hospital yang memenuhi keperluan bajet,” katanya kepada media, semalam. - Ibid.
Hari ni dah masuk hari bulan Mac 2013.

Aku malas nak pi ambik gambar pasainya keadaan tapak yang kononnya nak dibuat Hospital Pakar tu takdak beza dengan keadaan masa Sinarharian melaporkan kenyataan dari Pegawai Daerah Kerian tu macam gambar kat atas tu.

Kalau ada beza pun rumput kat tapak tu bertambah panjang, zink yang depa buat dinding tu dah nampak mula senget sikit dan dah mula nak berkarat. Kalau biar bekas tuan tanah tu teruskan buat bendang kat tapak tu pun elok, boleh jugak dapat hasil.

Pembinaan infrastruktur? Haram!!!

Apa pun, aku yakin bila parlimen dah bubar nanti, akan ada lagi keluar kenyataan dari mulut Pegawai Daerah Kerian ni berkenaan projek yang selama ni menghantui pemimpin Umno BN di Daerah Kerian.

Tambah-tambah lagi la kalau nama dia yang muncul sebagai calon BN masa hari penamaan calon untuk PRU13 nanti.

Pasainya, dengar ceritanya nama dia memang ada dalam senarai pendek bakal calon PRU13. Ada yang kata dia diminta bertanding untuk kerusi parlimen Parit Buntar tapi dia takmau mungkin pasai dia pun tau kalau jadi calon BN untuk parlimen Parit Buntar, menang belum tentu kalah dalam tangan.

Dengar khabarnya lagi, dia minta kalau nak jugak dia bertanding, dia nak jadi calon di kerusi parlimen Bagan Serai. Parlimen Bagan Serai ni peluang ada sikit cerah hasil tindakan Hj Tempirai, wakil rakyat dari PKR yang berubah dari berudu menjadi katak, cempera sampai sekarang tak selesai lagi.

Apa pun, suka aku nak bagi nasihat kat Pegawai Daerah Kerian ni, elok sangat la terima tawaran jadi calon tu tapi jangan lupa sorok sikit duit peruntukan untuk pilihanraya. Jangan jadi bangang pulak pi labur duit sendiri sampai bergolok bergadai. Pasainya kalau kalah nanti jenuh nak bayar hutang.

Lagi satu kalau hang tak jadi calon dan Pakatan Rakyat menang lagi di Perak dan dapat pulak tawan Putrajaya, letih pulak hang nak berlakon sebagai penyokong Pakatan Rakyat.

Paling kurang pun dengan sikit sebanyak duit pilihanraya yang hang sorok tu, boleh jugak buat modai berniaga. Walaupun mungkin tak kaya tapi hati tak terseksa.

Apa pun, suka aku nak ingatkan terutama sekali para penchachai Umno yang aktif dalam facebook, tolong la pi tanya pemimpin hangpa, apa cerita sebenarnya dengan janji hospital di Simpang Lima ni. Kesian aku tengok hangpa spin isu hospital baru tu tapi akhirnya terbukti melencong ke laut.

Mula-mula pemimpin Umno BN janji nak buat Hospital Pakar dengan 300 katil, lepas tu janji lagi tapi tinggal 150 katil dan perkataan pakar pun dah hilang, bila dah bubar parlimen nanti apa pulak janji kelentong pemimpin Umno BN nak bagi.

Rasa tak sabar nak tunggu najib bubar parlimen, nak dengar kelentong pemimpin Umno pasai tapak terbiar tu...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...