Saham FGVH - Apa maksud transaksi ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Halaman

Jumaat, Mac 22, 2013

Saham FGVH - Apa maksud transaksi ni?

Tak mustahil saham FGVH punya pasai sebahagian dari 54 kawasan parlimen ni akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Macam yang aku selalu tulis sebelum ni, aku memang agak jahil bab ekonomi terutama sekali bab pasaran saham.

Tapi jugak macam yang aku biasa tulis sebelum ni, kita tak perlu jadi pakat ekonomi dan pakar pasaran saham untuk nampak yang  saham FGVH memang teruk sekarang ni.

Tak perlu jadi pakar ekonomi dan pakar pasaran saham untuk tau yang janji ditepati Najib dah jadi janji dicapati. Bukan takat tak dapat keuntungan lumayan malah dah lama peneroka Felda berada dalam kerugian.
Harga hari saham FGVH hari ni RM4.43, lebih rendah dari harga runcit RM4.55 masa ditawarkan kepada peneroka Felda, macam graf yang aku screenshot kat bawah ni.


Aku tak pasti apakah tindakan Najib sampai hari ni tak berani bubarkan parlimen ada sangkut paut dengan harga saham FGVH yang masih rendah ni.

Tentu punya dengan harga yang rendah macam ni sikit sebanyak akan mempengaruhi pola pengundian warga Felda yang cukup ramai yang bertaburan di 54 kawasan parlimen. Tak mustahil saham FGVH punya pasai sebahagian dari 54 kawasan parlimen ni akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Habih bab tu, yang aku mushkilnya kat bawah carta tu ada ruangan 'Latest Announcements'. Dalam ruang tu ada announcements pada tarikh 21 Mac 2013 dengan tajuk "Changes in Sub. S-hldr's Int. (29B) - KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN)"

Bila diklik link tu keluar macam imej yang kat bawah ni


Aku yang jahil pasai ekonomi dan pasaran saham ni nak minta tolong kat sapa-sapa yang ada autoriti pasai saham ni tolong la bagi pencerahan sikit apa maknanya transaksi macam kat atas ni.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

17 ulasan:

  1. maksud benda tu..KWAP(kumpulan wang persaraan awam)
    dah jual pegangan dia...sebab tu harga jatuh sebab jumlah saham yang di jual tu dalam kuantiti yang banyak (253M)...kalo orang lain pakat jual gak harga tu bole jatuh lagi...kalo pak cik felda jual dengan harga sekarang dorang akan rugi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi aku mushkil. Pasai apa pulak KWAP jual? Pada harga tu pulak tu?
      Dah miskin sangat dah ka???

      Padam
  2. Saya rasa ini transaksi biasa.

    Transaksi seperti ini berlaku apabila ada pelabur yang melepaskan pegangannya. Ini adalah transaksi yang biasa, dalam pasaran saham selain dari orang perseorangan dan syarikat, entiti luar negara juga ada melabur dimalaysia. Hasil dari pelaburan ini yang akan diagihkan kepada ahli KWAP.

    Jika KWAP tidak melepaskan pegangannya, ianya mungkin menunjukkan keuntungan atas kertas, tapi bagaimana hendak bagi keuntungan itu kepada ahli-ahli duit tu kalau tak diambil keluar dari FGV.

    Sepaham saya, pembelian dari kompeni-kompeni besar, membabitkan perjanjian lain, bukan macam pelabur runcit atau yang kecil-kecilan.

    Pada saya tiada apa yang pelik berlaku, KWSP juga selalu berlaku transaksi seperti itu, mungkin disini abang cuma nampak ketika KWAP melepaskan pegangan, ketika mereka membeli "Announcement" yang sama akan dikeluarkan.

    Ini hanya pendapat saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau untuk keuntungan ahli-ahli bukan patutnya KWAP beli lagi byk ka masa ni, takkan KWAP pun tak percaya harga saham FGVH ni akan naik balik mencanak dalam masa terdekat macam kata Isa Samad sebelum ni... Hahaha...

      Padam
    2. ya, jual-beli saham memang transaksi biasa.. tapi kalau nak agihkan keuntungan sekalipun, takkanlah KWAP sanggup jual saham FGV yang kununnya mempunyai nilai fundamental yang kukuh kot.. kenapa tak simpan untuk jangkamasa panjang?

      maknanya, kalau fund manager KWAP yang bertauliah pun dah tak yakin dengan saham FGV ni, apatah lagi kita, pakcik makcik felda..
      awat kita lagi pandai ka nak simpan saham FGV ni lama2?

      fikir2kan dan selamat beramal..:)

      Padam
    3. Kalau tak jual macamana nak dapat duitnya???

      Padam
    4. ya betul.. tapi kenapa FGV yang terpilih? kalau nak dapatkan duit, ada banyak lagi saham2 lain di dalam portfolio mereka yang sepatutnya dilepaskan..
      saham2 yang bagus pun tidak salah dijual, asalkan mengambil kira keuntungan semasa yang bersesuaian dengan nilai pelaburan (ROI)..
      tapi dalam kes FGV ni, nilai IPO (nilai awal tawaran) pada bulan Julai tahun lepas pun Rm4.55 dan bandingkan dengan nilai sekarang.. dengan menjual FGV, anda rasa KWAP untung ka rugi? berbaloi ka?

      Kalaulah tuan ada belajar saham, petua utk menjadi pelabur yang berjaya, adalah lebih baik kita "cut the lost short" utk saham2 yang tidak bagus, and "let the profit run" utk saham2 yang bagus di dalam portfolio pelaburan kita...."trade what u SEE, not what u or others say or think.."

      saya rasa itulah yang dibuat oleh KWAP..

      fikir2kan dan selamat beramal...:)

      Padam
  3. Aku dapat 40k semua dah jual average price 5.10; berapa aku untung,kira sendiri.sebahaagian keuntungan aku bg pas caw aku dan sedikit lagi nak bg kat caw kat kpg org tua aku.org felda dapat apa? Yg untung org macam aku,tanah felda pun tak pernaj jijak.

    BalasPadam
  4. Kalau boleh saya mencelah, jumlah yg dijual oleh KWAP cuma 52k. Ini meninggal kan baki sebanyak 253m dalam pegangannya. Dengan pegangan 6.94% yg dimiliki, KWAP dikira sebagai pemilik2 besar FGV yang jual-beli mereka dituntut dilaporkan apabila berlaku. Jualbeli oleh mereka menjadi petunjuk buat pemain-pemain saham. Jualan besaran oleh mereka membayangkan harga saham berkemungkinan akan turun oleh sesuatu perkembangan yg buruk. Sebaliknya, belian besaran oleh mereka membayangkan sebagai petunjuk baik buat saham mengukuh dihari2 mendatang. Namun, harus diingat, belian besar oleh institusi besar seperti KWSP, KWAP, Tabung Haji, PNB kadang2 dibuat atas arahan, umpamanya untuk mengampu harga pasaran saham berkenaan. Harga FGV adalah contoh yang baik yang diampu diatas nilai pasarannya, sejak diapongkan.

    BalasPadam
  5. Kalau macam ni macam mana nak kaya kalau kita berjudi dalam pasaran saham tak berkat tau.

    BalasPadam
  6. kalu tak nak rugi, jangan beli saham jenis ni... apatah lagi kalu lu tak tau ape2 pasal saham. saham jenis ni biasanya mencanak2 taim nak pru tapi jatuh teduduk selepas pru. Sebabnya ialah kerana ia diampu

    BalasPadam
  7. Kalau nak untung dunia, beli saham jenis maksiat. Gerenti untung.

    Kalau nak untung akhirat, tumbangkan umno/bn kerana Allah ... tak janji syurga tapi tetap akan ada habuan kebaikannya atas alasan "amal makruf, nahi mungkar"... kebaikan dan keburukan akan ditimbang walau sebesar zarah.

    BalasPadam
  8. Saya berpendapat begini,(BSKL) Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE) atau dalam Bahasa Inggeris nya Kuala Lumpur Stock Exchange ni seakan tempat bermain judi jugak tapi dalam bahasa terhormat lah bunyi nya, tapi benda benda ni tak kekal lama,harga pasaran saham ada turun naik mengikut pelabur pelabur yang mampu menjatuhkan harga dan menaik kan sesuatu harga harga, pemain pemain ini sangat cekap untuk mengambil peluang, Bila turun, mereka beli, bila naik mereka jual saham yang mereka pegang..pengalaman saya sebagai pemegang saham kecilan, jangan nak tunggu harga naik..! Tidak mungkin..! Jual saja lah jika anda dapat saham. FGVH ni sebenarnya ada agenda politik, siapa yang dapat untung? Bukan Peneroka yang dapat untung malah rugi saja jika tidak di jual secepat mungkin..lama lama kebun pun jadi hak orang lain.jika kita beli saham yg pink form yang grenti dapat tu, tentu 1 lot beribu harga kan? Pinjam bank kan? Siapa nak bayar pinjaman bank tu? Peneroka juga bukan Isa Samad. Susah nak naik jika pemegang saham terbesar sudah dapat untung(Jual) dan mereka cabut lari, yang rugi siapa? Peneroka juga terkial kial bayar hutang bank. Kasihan Peneroka di tipu bulat bulat oleh Isa Samad, yang kemaruk wang ringgit dari peneroka...

    BalasPadam
  9. Bhai Cenangau...

    Itu petanda saham lagi mau jatuh.... hahaha....

    BalasPadam
  10. Pengalaman mengajar kita mencari apa sebab? Apa Punca? Pasaran Saham ni hanya tempat orang orang Kaya dan orang orang yang berada untuk mengaut untung semaksimum mungkin...!!! Bagi RAKYAT terbanyak, Anda tidak perlu menjerat diri ke permainan BURSA SAHAM ini. Jika anda ada SAHAM tak kira SAHAM apa., Apa yang ANDA perlu, tak perlu tunggu lama lama nak tengok harga naik, lebih baik jual cepat dan tidak perlu lagi nak main di PASARAN SAHAM ini... Pengalaman mengajar saya, saya cukup SERIK..! Pasaran Saham ini di kontrol oleh pemain pemain besar yang punya wang yang banyak..!so anda perlu berhati hati dan waspada dengan bab bab SAHAM ini. Saham yang berada di BURSA SAHAM KUALA LUMPUR, yang ada turun naik nya..

    BalasPadam
  11. Memang secara zahirnya jualbeli saham kenampakan sebagai judi. Ia sesungguhnya perjudian kalau penglibatan diniatkan sebagai pertaruhan yg menjamain keuntungan. Namun, kpd yang berpengetahuan, mereka menggunakan maklumat dengan bijaksana untuk menjadikan penglibatannya sebagai usaha pelaburan yang sehat. Dengan adanya maklumat tentang tinggi rendah harga saham tersebut dimasa lampau, saham boleh dibeli ketika harganya rendah. Berpandukan prestasi keuntungan biasa syarikat berkenaan, sahamnya boleh didapati dengan harga rendah ketika perniagaannya merosot oleh kejatuhan bermusim harga produk yg diniagakan, umpamanya sawit dan getah. Dividen yang dibayar juga boleh dijadikan panduan untuk menentukan pulangan pelaburan lebih berbaloi dari hibah yang dibayar oleh Bank2 Islam kita. Disamping perkiraan yang diperkata kan, keuntungan tambahan boleh pula diraih dengan menjual saham tersebut setelah ia naik. Saya kira pelaburan yang dibuat berdasarkan kajian yang terperinci dengan sendirinya terkeluar dari angkara judi. Wallah-u-wa'lam.

    BalasPadam

Boring la layan komen anon... Hahaha...

SEGALA KOMEN ADALAH TANGGUNGJAWAB PENGKOMEN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...