Bukti Tian Chua kata komando 69 "mati katak" di Lahat Datu? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mac 04, 2013

Bukti Tian Chua kata komando 69 "mati katak" di Lahat Datu?

Sungguh-sungguh punya penchachai Umno BN melalui media komen pasai istilah "mati katak" tu nampak macam depa ada bukti yang memang Tian Chua ada kata macam tu.

Keadilandaily melaporkan:
KUALA LUMPUR 4 MAC: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua membuat laporan polis petang ini berhubung laporan palsu blogger Umno ke atasnya mengenai isu pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Ahli Parlimen Batu itu membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Laporan polis itu dibuat terhadap blogger dan cybertroopers Umno iaitu Papagomo, Mymassa, Talk With Hand dan Aloqlaloq. - KD.
La... Rupa-rupanya riuh seluruh negara berita Tian Chua kutuk anggota polis yang mati di Lahad Datu tu hasil  fitnah blogger penchachai.

Sungguh-sungguh punya penchachai Umno BN melalui media komen pasai istilah "mati katak" tu nampak macam depa ada bukti yang memang Tian Chua ada kata macam tu.

Rupa-rupanya riuh rendah tu semua hasil dari sekadar "laporan rakan MyMassa" dan jugak "Gomo dapat sms". Aku nak gelak pun ada... Hahaha...


Yang paling aku kesian sekali, ada jugak aku jumpa facebooker yang kompom pro Pakatan Rakyat turut sama percaya dengan dakyah palsu tu, siap kutuk Tian Chua dalam facebook.

Apa pun, aku harap scene "mati katak" edisi Tian Chua ni boleh buka mata macamana berkesannya fitnah mainan penchachai kalau tak cepat dicantas.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...