Amaran oleh pengundi muda kepada Pakatan Rakyat | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Halaman

Ahad, Mac 31, 2013

Amaran oleh pengundi muda kepada Pakatan Rakyat

Secara benarnya, jika keputusan ini diambil kerana beliau tidak layak, aku akan meragui otak jawatankuasa pemilih, namun jika keputusan ini dibuat kerana ada sabotaj di kalangan atasan untuk membantutkan perjuangan Chegu Bard, kami anak muda tidak teragak agak untuk memulau pilihanraya kali ini.

INI AMARAN (oleh HjOsama).

Sudah dua hari ku pujuk hati agar jangan menulis tentang hal ini.Dua hari ini juga menyebabkan hati dan jiwaku sakit. Namun hati tanpa pengetahuan warasku telah mengarahkan tangan agar tulis. Alasan hatiku ialah perkara ini sangat melukakan, ia sangat bersejarah, ia mampu membayangkan akan kebobrokan masa depan yang mungkin anak anak generasi akan datang terkena.

Aku mula mengkagumi Chegu Bard pada era reformasi. Era di mana bermulanya Umno bukan lagi malaikat yang sentiasa betul. Mahathir pada ketika sebelumnya dianggap manusia paling bijak. Semua kebaikan kebaikan yang ada di dunia Malaysia ini berasal daripada otak hanyirnya. Aku mengikuti perkembangan Chegu Bard dalam mendombrak semangat anak muda melawan kezaliman yang mana kezaliman utama Mahathir ketika itu ialah membuang insan kamil Anwar Ibrahim.
Banyak perkembangannya aku ikuti melalui blognya. chegubard.blogsport
com. Semasa beliau di Korea, kami berutus email dan sebagainya. Semasa itu, Che Guevara merupakan ikon anak muda dan Chegu Bard juga mengikonkan dia. Aku rasa anak muda ini sangat cool dan kena dengan jiwa aku.

Selepas aku ditangkap kerana bersih 2.0 aku berkesempatan bertemu dengan Chegu Bard ini. Dalam satu ceramah yang dianjurkan oleh pemuda Pas Kelantan yang dibuat di Bachok, aku diperkenalkan oleh Topeng Perak Unmasked dan Md Hazwan H kepada Chegu Bard. Malam itu kami berbual panjang. Chegu Bard bertanyakan tentang perjalanan kes aku dan sebagainya. bertukar nombor telefon, lalu kami akrab.

Kemudian, aku banyak terlibat dalam gerakkan massanya iaitu Solidariti Anak Muda Malaysia ( SAMM). Gerakan ini cukup berjiwa muda. Kami menjadikan gerakan ini sebagai pemacu arah dalam menjatuhkan regim Umno. Kami bergerak di atas bantuan orang ramai menyelak dan membilang kesalahan Umno sehingga menjadikan rakyat sedar dan tahu akan kejahatan Umno selama ini.

Hati kecilku selalu berkata dan berharap, suatu hari nanti Chegu Bard akan menjadi seseorang di dalam kepimpinan negara. Beliau sangat layak. Keyakinan aku ini sebenarnya dikongsikan oleh berjuta rakyat Malaysia yang berazam menjatuhkan regim hari ini.

Dua hari lepas melalui blognya http://chegubard.blogspot.com Chegu Bard mengisytiharkan yang beliau tidak akan bertanding dalam PRU kali ini. PRU yang merupakan ibu segala PRU ini tidak akan disertainya sebagai calon. Aduh, apalah malangnya nasib Malaysia disaat insan yang menghabiskan seluruh jiwa dan raganya kepada perjuangan menentang regim tidak diambil kira untuk dijadikan sebagai calon.

Secara benarnya, jika keputusan ini diambil kerana beliau tidak layak, aku akan meragui otak jawatankuasa pemilih, namun jika keputusan ini dibuat kerana ada sabotaj di kalangan atasan untuk membantutkan perjuangan Chegu Bard, kami anak muda tidak teragak agak untuk memulau pilihanraya kali ini. Aku berani berkata begini kerana, pemimpin yang bakal berada diatas untuk menggantikan regim yang akan datang hampir serupa dengan yang ada hari ini. Mereka masih mengekalkan jiwa dan siasah kezaliman.

Bukan merajuk, jika benar keputusan ini terhasil daripada kejahatan di atas, cukuplah perjuangan itu. Kamu masih belum ikhlas untuk menumbangkan regim, malah kamu sebenarnya berjuang untuk tembolok kamu sendiri.

Kepada Chegu Bard, seikhlasnya dari hati nuraniku berharap agar Chegu Bard menarik balik keputusan yang dibuatnya. INI AMARAN daripada seluruh anak muda di Malaysia.

Hj OsaMa
Sumber: Facebook

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

11 ulasan:

  1. Hj OsaMa...?

    Aku tak kenal dan tidak pernah bersua muka dengan orang yang bernama Chegu Bard @ Badrul Hisham Shahrin namun aku sentiasa mengikuti aktivitinya melalui pelbagai saluran.

    Tidak dinafikan bahawa Chegu Bard rajin bekerja dan beliau juga mempunyai fikiran yang kreatif dalam membina kekuatan parti. Pada pandangan mata kasar beliau sememangnya layak diangkat sebagai calon dalam pilihanraya yang akan datang.

    Dalam pergolakan politik semasa, tiada pekara yang mustahil yang tidak boleh berlaku.... kawan boleh jadi musuh, musuh boleh jadi kawan. Kawan dengan kawan boleh makan kawan apatah lagi musuh yang jelas memusuhi lawannya.

    Parti PKR masih muda, dan pentadbiranya juga tidak stabil dalam menangani isu berbangkit dan masaalah yang sengaja diujudkan. Namun diatas kesungguhan pemimpin peringkat tertinggi menangkis pelbagai tomahan dan kritikan ia dilihat seperti tiada apa-apa yang berlaku.

    Namun perlu diingat, dalam perjuangan mesti ada pengorbanan. Tanpa pengorbanan ia tidak lengkap sebagai satu perjuangan. Untuk itu kita seharusnya memahami setiap perjuangan pasti ada yang menang dan ada yang kalah.

    Pada pandangan aku, Chegu Bard yang dikatakan tidak dipedulikan oleh kepemimpinan parti walau pun benar tapi ianya tidak tepat. Kerana, pilihanraya ke 13 ini adalah pilihanraya yang akan memberi bermacam kejutan yang tidak dapat diramalkan.

    Tahukah anda bahawa PKR bukan saja menghadapi persaingan dari UMNO Baru dan Barisan Nasional tapi terpaksa juga menghadapi tipu muslihat SPR, Polis, Peguam Negara, samseng upahan dan musang berbulu ayam dalam parti PKR ?

    Dari senario itu boleh kah kita jamin bahawa semua calon yang diketengahkan oleh PKR tidak kalah dalam pilihanraya itu nanti ?

    Siapa yang akan ambil alih pucuk pimpinan parti jika semua pejuang yang bertanding itu kalah ?

    Chegu Bard masih muda, masih ada masa untuk mempromosikan diri sebagai seorang aktivis merangkap seorang pemimpin. Beliau selayaknya ditempatkan sebagai pemain simpanan yang bersikap sedia bertindak.

    Pepatah melayu mengatakan "...takkan lari gunung dikejar.... " asalkan ada cita-cita, usaha dan bersabar... insyaalah dapat.

    Jadikan Anwar Ibrahim sebagai ikon pejuang !

    BalasPadam
  2. Tapi aku amat berharap,, medan PRU 13 ini jangan dijadikan alat oleh sesetengah pihak untuk merancang strategi politik proksi...mengatur strategi untuk mengejar
    kerjaya politik parti selepas menang dalam PRU13 ..TOLONG JANGAN CANTAS
    PEMIMPIN YANG BERPOTENSI DAN IKHLAS PERJUANGANNYA...sama sepeti yang dilakukan oleh Dr.M.dan UMNO.

    BalasPadam
  3. Hj Osama (ben laden?),
    lu mengidolakan che guevara dalam perjuangan tp pernah kah che guavara merajuk dalam perjuangan nya? adakah kerusi/tampuk kepimpinan menjadi matlamat terakhirnya? atau pun rakyat yang tertindas itu sendiri sebagai pencetus utama utk dia bertindak memulakan revolusi?

    Hanya kerana tidak di jadikan calon dalam pru13,lu kecewa dan ingin mensabotaj parti? dan cuba menghasut orang lain pula untuk bertindak sama? begitu rendah moral perjuangan tp tidak merasa malu mengidolakan che guevara?

    Persoalannya, adakah chegu bard yang kecewa? atau lu osama? atau ini sebenarnya hanya hasutan dari ahli ubn yang berlagak simpatisan pada chegu bard dan samm?

    Gua yakin dan percaya, chegu bard ikhlas dalam perjuangannya, walaupun org atas mungkin terlepas pandang tapi keikhlasan itu la yang meneruskan usahanya tanpa penat, tanpa dana yang mencukupi, kerana rakyat dan yang paling penting, kerana Allah swt.

    teruskan perjuangan.bermula dengan ikhlas, nescaya kita tidak akan kecewa walau apa pun tribulasi yang menanti di depan kita. Khalas.

    BalasPadam
  4. tapi itulah yg berlaku dalam pr hari ini...cukup sedih di ambang kemenangan kepentingan individu telah mengatasi kepentingan jamaah...CG Bard..che guevara malaysia perlu terus berjuang hadapi segala rintangan dengan sabar dan yakin dgn janji Allah...

    BalasPadam
  5. "Aduh, apalah malangnya nasib Malaysia disaat insan yang menghabiskan seluruh jiwa dan raganya kepada perjuangan menentang regim tidak diambil kira untuk dijadikan sebagai calon"
    bjuang sbb nak jd calon ka??? kalu tak dpt nak boikot? bard pun relax, dia yg lebih2. brenti bjuang terus la senang. buat semak pakatan je. carik la alasan yg kurang bodo dr ayat2 tu

    BalasPadam
  6. PKR tidak akan menang kerana pergolakan dalaman. Contohnya apa yang berlaku baru-baru ini ke atas Saharudin Onani Webcam... Cantas mencantas sesama geng...

    Muaa hahahahaha...

    BalasPadam
  7. No2APA-GOMO_HARAMJADAH31 Mac 2013 7:51 PTG

    Che gu bard jadik senator la nanti..

    Lu org ni masih MENTAH arr berpolitik.. tak semestinya TAK DICALONKAN dlm PRU13-14-15-20 trus MERAJUK TUKAR PANDANGAN TUKAR FIKIRAN TUKAR PERJUANGAN..


    ARRRRRRR MCM LAHANAT-LAHANAT KATAK EZAM & THE GANG ZUL KAPIRUN LA JADIKNYA KAMU NI SEMUA KALAU BEGITU PUNYA PANDANGAN...


    UTK HJ OsaMaLODEH.. lu kata lu jiwa anak-anak muda.. tapi wa baca ayat lu mcm lu ni bdk baru nak tau camner nak KENCING BEDIRI la dik...

    Lu ingat yg rakyat kehulu kehilir SOKONG PEMBAHARUAN pr ni utk apa???

    iskkkk.. KECOH LA LUUUUUUUUU mat.. lu TERMAKAN UMPAN ANJING-ANJING UMNO TU.. Bersepah ANJING-ANJING UMNO/BN yg duk REVERSE SAIKOLOGI bbdk mcm lu org ni..

    arghhhhhh... SEMAK btul arrrr..

    BalasPadam
  8. Gua cadangkan Che Gu Bard bertanding je di parlimen Temerloh ganti je calon loyar hampas kedekut taik idung masin. Parlimen Temerloh perlukan seorg pemimpin yg agresif, berani dan kreatif mcm chegu bard. Kalau PKR letak calon lama loyar hampas kedekut taik idung masin...lu org pimpinan atasan je turun ngundi loyar hampas tu.

    BalasPadam
  9. MasyaAllah,, hmmm, kita harus lah bersangka baik pada parti yg kita sokong dan yakin... alam politik mesti ada strategy2 nya, Tentu ada Mastermind in the political game.. Rome was not built in a day,. Abg Aji... Selalu nya strategy memerlu kan pengorbanan.. DS Anwar dan semua di PKR melalui terlalu byk..MasyaAllah. 15 tahun kami rakyat yg meluat dgn regime jahat ni suffer. Jadi ini lah masa nya...
    Zaman la ni, semua org nak cepat,tapi hasil akibat tergesa2 tu akan memberi result yg hambar..Ilmu dan pengalaman itu penting..Sampai masa Allah yg menentukan.
    adat melayu, bila rasa di ketepi kan, cepat amek hati, ( maaf saya bukan racist ,ini adalah studies on human attitude) manusia akan mati jua tapi perjuangan mesti diterus kan,, adakah Abg Hj akan berhenti berjuang sekira nya wakil atau pemimpin yg di sayangi tiada lagi? Tentu saya pun sedih, tali perjuangan mesti tetap. Anggap lah perjuangan abg Aji sebagai ibadah kerana Allah SWT. utk rakyat.,, Jgn pandang di atas,, pandang lah kami yg di bawah ni... We have our differences tapi matlamat kita sekarang satu.
    Kita mesti FOCUS!!! supaya regime jahat ni mesti di tumpas kan, mcm cigu Bard pun beri semangat mcm tu kan?.
    Pabila kita alihkan pandangan kita kepada halangan ( obstacles)maka tumpuan pada objective akan tersasar. Objective kita la ni, utk meneraju negara,jadi kerajaan, ambil alih Putrajaya..


    Saya terpikat dgn kata2 seorg activist.. " mengapa saya katakan kebenaran akan mengatasi segala kejahatan,fitnah kerana, kesedaran rakyat membentuk energi2 yg bergerak.Energi2 ini akan mengembang dan membina bukan mengecut"
    Untuk melawan monster2 jahat,goal mesti satu,, yakni Kemenangan. Kemenangan perlu kan strategy.. shun sze pula kata, pabila musuh nampak tiada jalan keluar mereka akan lawan habis habisan hingga mati( perkataan kegemaran kakjat lembu ,,habis2an)di sebab kan ini lah, strategy amat penting utk kemenangan..

    Saya tidak nampak siapa lagi skrg yg bole memegang jawatan PM, selain DS Anwar., Saya tidak nampak parti2 yg mampu menerajui Msia kecuali PR,,but we have a choice, either PR or BNo. Win or be slaughtered again . Pilih.

    BalasPadam
  10. lol bro osama.jange ngaju.ksie le ko rakyat hok kena zalim ko bn ghama d lua nu.

    BalasPadam
  11. HjOsama....ramai dah nasihat tu. Jgn jadikan budaya UMNO itu budaya kita yg menyokong pembaharuan oleh PR. Politiking dlm parti politik pasti berlaku. Yg penting keikhlasan kita berjuang. Sgt diakui Che'gu Bard layak sebagai pemimpin muda tapi saya percaya Che'gu Bard ikhlas dlm perjuangan. Keikhlasan beliau akan berhasil jgak nanti...insyaAllah. Focus pd matlamat kita utk menumbangkan UMNO BN dan bekerjasama selepas berjaya dan ketepikan soal dpt kedudukan atau tidak...saya yakin Che'gu Bard yg terbukti peranannya akan terus cemerlang di masa mendatang...so jgn terlalu mengikut hati yg kecewa kerana Che'gu Bard tidak dijdkan calon malahan pada saat ini kita patut berpantang dari melakukan kesilapan dan memberi mata percuma kpd UMNO BN utk memanipulasi perbezaan pendapat. Istiqamah pd perjuangan. Berusaha, berdoa dan bertawakkal pd Allah sbb Allah Maha Mengetahui. Sebaik2 perancangan adalah perancangan Allah jua...wallahualam.

    BalasPadam

Boring la layan komen anon... Hahaha...

SEGALA KOMEN ADALAH TANGGUNGJAWAB PENGKOMEN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...