Manifesto Rakyat: Lagi komen BANGANG pemimpin BN | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Februari 27, 2013

Manifesto Rakyat: Lagi komen BANGANG pemimpin BN

Ni sorang lagi pemimpin BN merangkap Timbalan Menteri BANGANG, taktau sempadan tanggungjawab antara tanggungjawab kerajaan negeri dengan tanggungjawab kerajaan pusat.

MalaysianInsiders melaporkan:
KUALA LUMPUR, 26 Feb — Pemuda MCA menempelak manifesto pembangkang untuk memberi pendidikan percuma dari prasekolah sehingga menara gading, serta menyifatkannya sebagai janji kosong demi memancing undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ketuanya, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata jika pembangkang benar-benar serius dalam melaksana pendidikan percuma, perkara itu boleh dilaksana sejak 2008 di negeri mereka seperti di Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). - TMI
Nak tau janji kosong atau tak try la bagi peluang satu penggal dulu. Pakatan Rakyat bukan takat janji saja tapi siap bentangkan makanisma macamana nak tampung janji pendidikan percuma dari prasekolah sehingga ijazah pertama tu.

Juga dilaporkan:
"Universiti ini berada di negeri yang dikuasai mereka. Jadi apa guna untuk mereka beritahu rakyat (pendidikan percuma) jika mereka sebenarnya tidak boleh laksanakan? Hanya cakap sahaja," kata Wee, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran pada majlis makan malam sempena Tahun Baharu Cina Pemuda MCA di sini. Ibid. 
Ni sorang lagi pemimpin BN merangkap Timbalan Menteri Pelajaran yang BANGANG, sempadan tanggungjawab antara tanggungjawab kerajaan negeri dengan tanggungjawab kerajaan pusat pun taktau. Buat malu ja ada title Dr. di pangkal nama kalau benda asas macam tu pun taktau.

Portal Selangorku melaporkan:
Rafizi berkata, adalah tidak adil bagi Kerajaan Pusat untuk terus menekan Kerajaan Selangor untuk melaksanakan dasar pendidikan percuma kerana ini bukan dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Katanya, jika Selangor ingin melaksanakan pendidikan percuma, Kerajaan Pusat seharusnya berlaku adil dengan memberi agihan kewangan yang sepatutnya kepada Kerajaan Negeri.

“Jika dari sudut polimik politik, Kerajaan Pusat tidak boleh menuduh kenapa Selangor tidak memberikan pendidikan percuma kerana Kerajaan Pusat sendiri yang mengehadkan agihan kewangan kepada Selangor,” jelas beliau ketika sesi rundingcara PTPTN dan masa depan pembiayaan pendidikan tinggi di Quality Hotel semalam. - Selangorku.
Cukai depa kutib tapi bab nak belanja untuk rakyat

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...