Lagi bukti jelas Selangor bakal jatuh ke tangan Umno BN dalam PRU13 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Januari 26, 2013

Lagi bukti jelas Selangor bakal jatuh ke tangan Umno BN dalam PRU13

Hampir mustahil boleh berlaku kesilapan kecil macam tu, ada sebilangan kecil penama yang tempat mengundinya salah. Benda macam tu cuma akan berlaku kalau ada yang memang sengaja ubah pada database yang digunakan.

Sinarharian melaporkan:
SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor mengakui terdapat kesilapan kecil yang berlaku dalam proses penghantaran surat Selamat Tahun Baru bersimbol ‘Sayangi Selangor’ kepada sebilangan kecil pengundi di Dun Selat Klang seperti didakwa Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata, tidak mustahil kesilapan kecil sebegini terjadi ketika penghantaran surat dalam jumlah yang besar.

“Atas rasa tanggungjawab, BN Selangor akan mengirim semula surat pembetulan dan permohonan maaf kepada pengundi berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. - Sinarharian.   
Aku langsung tak percaya ada kesilapan kecil macam Ketua Penerangan Umno Selangor tu. Macam yang aku ulas sebelum ni dalam posting bertajuk Lagi taktik kotor Umno BN untuk menafikan kemenangan PR dalam PRU13?, aku yakin dikatakan 'kesilapan kecil' tu memang disengajakan.

Macam yang depa kata, surat tu dihantar secara pukal, maknanya tentu ada satu software khas untuk mencetak maklumat pengundi ke dalam kad ucapan tu menggunakan database SPR.

Hampir mustahil boleh berlaku kesilapan kecil macam tu, ada sebilangan kecil penama yang tempat mengundinya salah. Benda macam tu cuma akan berlaku kalau ada yang memang sengaja ubah pada database yang digunakan.

Melainkan Umno Selangor cetak maklumat tu secara manual. Tapi takkan la Umno Selangor teruk sangat, tambah-tambah software macam tu bukannya susah sangat nak dibuat. Lagi pun takkan takdak pemimpin Umno yang cari makan dalam bidang IT yang boleh buat software mudah macam tu.

Pada aku, statement Ketua Penerangan Umno Selangor tu cuma untuk tutup cerita sebenar. Lagipun kalau kad tu dihantar secara pukal depa takkan dapat kesan kesan kesalahan kecil tu. Kalau tak dapat kesan macamana depa nak hantar surat pembetulan dan permohonan maaf tu.

Dalam perkembangan berkaitan, Malaysiakini melaporkan:
Lebih banyak kontroversi menyelubungi surat ucapan tahun baru dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak selepas pembangkang menerima satu lagi aduan mengenai berpuluh surat tersebut dihantar kepada orang yang tidak dikenali di sebuah rumah di Petaling Jaya.

ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh (kiri dalam gambar) yang juga menjaga kawasan pilihan raya Bukit Gasing berikutan kematian wakil raknyat, berkata aduan terbaru itu datangnya dari sebuah rumah di kawasan berkenaan.

"Pemilik rumah tersebut telah menerima 28 surat daripada BN, tetapi dia tak kenal pun mereka," katanya dalam sidang akhbar bersama ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San dan Kasthuri Patto, iaitu setiausaha politik kepada pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

Untuk memburukkan lagi keadaan, Hannah berkata carian pada daftar pemilih menunjukkan terdapat 37 nama orang yang tidak dikenali yang didaftarkan di alamat tersebut. - Mkini.
Apa lagi yang boleh kita faham dari bukti yang cukup jelas ni. Kalau dah penghuni rumah tu tak kenal nama-nama tersebut, memang jelas nama-nama tersebut adalah pengundi hantu.

Aku harap ada yang ambil tindakan selanjutnya, siasat semua nama-nama tu. Tak mustahil kalau nama-nama tu adalah nama pendatang asing yang baru dapat kewarganegaraan ataupun pengundi hantu dari negeri lain yang dilonggok di negeri Selangor untuk memastikan Umno BN dapat rampas balik Selangor.

Keadilandaily sebelum ni melaporkan:
Sebelum ini, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan peningkatan luar biasa jumlah pengundi baru di Selangor mencecah 450,000, manakala 130,000 pula tidak dapat dikesan berdasarkan alamat yang didaftarkan. - Keadilandaily.
Kalau macam tu realitinya, mungkin betul ramalan banyak pihak yang kata Selangor akan jatuh semula ke tangan Umno BN, bukan sebab rakyat Selangor tak suka Pakatan Rakyat tapi akibat penipuan Umno BN dengan kerjasama 'si anjing Umno' yang ramai dalam SPR, JPN dan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan.

Berkaitan

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...