Lagi 'berita baik' #KL112 - Bersedialah untuk dibelasah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Januari 08, 2013

Lagi 'berita baik' #KL112 - Bersedialah untuk dibelasah?

Nak lindungi wartawan dari keganasan sapa kalau bukan dari keganasan polis. Langsung tak logik peserta #KL112 nak belasah wartawan. Kecuali la kalau ada wartawan yang nak tumpang sekaki membelasah orang ramai.

Malaysiakini melaporkan:
Pihak polis telah menggesa wartawan yang akan membuat liputan perhimpunan Pakatan Rakyat Sabtu ini memakai pas khas yang dikeluarkan oleh pihak polis supaya mereka mudah dikenal pasti.

Langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini ini dilihat sebagai satu usaha untuk mengelak berulangnya kejadian petugas media dipukul oleh anggota polis seperti semasa perhimpunan BERH 3.0 tahun lepas. - Mkini.
Apa lagi sebab untuk polis buat peraturan baru ni kalau bukan depa memang ada niat untuk mengganas macam masa Bersih 3.0 sebelum ni?

Kalau pihak polis takdak niat untuk mengganas di khalayak ramai macam masa Bersih 3.0 pasai apa pulak polis nak takut dan buat persediaan sampai macam ni.

Malayasiakini juga melaporkan:
Ditanya mengapa pasukan polis mengambil langkah tersebut sedangkan wartawan dari organisasi berita sudahpun memiliki kad akreditasi kerajaan, Ramli berkata, pas polis yang dikeluarkan itu akan memudahkan keadaan.

"Kadang-kadang, mungkin kita tidak biasa dengan ini (kad akhbar) ... Tugas saya ialah untuk memberitahu pegawai kami bahawa mereka yang memakai pas kita adalah wartawan dan patut diberi kerjasama."

Beliau juga menggesa wartawan untuk memakai jaket yang dengan jelas menunjukkan media organisasi masing-masing semasa perhimpunan tersebut.

Ramli menolak tanggapan bahawa langkah pengenalan khas itu adalah satu percubaan halus untuk menghalang wartawan daripada menjalankan tugas mereka.

Beliau berkata organisasi media perlu melihat langkah itu secara positif kerana ia bertujuan untuk melindungi mereka. - Ibid.
Nak lindungi wartawan dari keganasan sapa kalau bukan dari keganasan polis. Langsung tak logik peserta #KL112 nak belasah wartawan. Kecuali la kalau ada wartawan yang nak tumpang sekaki membelasah orang ramai.

Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang preju

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...