(Siri 2) Hospital baru Parit Buntar - Belum apa-apa tapi Umno BN dah mungkir janji (Siri 2) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Halaman

(Siri 2) Hospital baru Parit Buntar - Belum apa-apa tapi Umno BN dah mungkir janji (Siri 2)

Apa yang aku nak tekankan kat sini, kalau macam ni cara Umno BN laksanakan projek, tak mustahil hospital yang diidam-idamkan oleh seluruh penduduk daerah Kerian akan terbengkalai macam hospital Nabawan dan hospital Shah Alam

Dalam posting sebelum ni yang bertajuk "Hospital baru Parit Buntar - Belum apa-apa Umno dah mungkir janji", aku dah ulas pasai janji Umno BN yang memang kompom depa takkan tepati.

Janji nak bagi 300 tapi belum apa-apa depa sendiri potong tinggal setengah macam yang dilaporkan Sinarharian.
Dalam laporan Sinarharian tu, ada lagi satu  perkara yang tak kurang pentingnya yang tak patut penchachai Umno BN terlepas pandang.
Ditanya mengenai kontroversi kegagalan pihak berkenaan menaikkan papan tanda pemberitahuan projek di tapak pembinaan hospital itu, Kamaruddin menegaskan perkara itu hanya dilaksanakan setelah urusan tender fasa permulaan projek selesai.

“Kita tidak mahu menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan penduduk dengan menaikkan papan tanda projek tanpa mengenal pasti kontraktor yang terlibat. - Ibid.
Betul macam jangkaan aku sebelum ni bila tengok papan tanda projek masih tak naik, memang sah tender projek tu belum selesai.

Malah Pegarai Daerah secara berterus terang bagitau tender 'fasa permulaan projek' pun belum selesai iaitu kerja-kerja kerja menambak dan mengkaji keseluruhan tapak projek seluas.

Tender untuk buat bangunan kompleks hospital tu taktau bila pulak nak boleh keluar. Nak keluar tender apanya kalau plan pun belum muktamat lagi.

Nampak macam projek ni memang kerajaan Umno BN nak mulakan jugak sebelum PRU13 yang ramai kata akan menentukan hidup atau mati Umno BN selepas ni.

Nampak macam kerajaan Umno BN sebenarnya tak berapa nak 'mampu' buat projek hospital baru Parit Buntar ni  tapi terpaksa dibuat jugak pasai depa yakin kalau projek hospital ni tak mula dibuat sebelum PRU13 tentu punya calon Umno BN akan kalah lagi.

Apa yang aku nak tekankan kat sini, kalau macam ni cara Umno BN laksanakan projek, tak mustahil hospital yang diidam-idamkan oleh seluruh penduduk daerah Kerian akan terbengkalai macam hospital Nabawan dan hospital Shah Alam dan mungkin ada beberapa projek hospital lain.

Isunya disini, layak ka penchachai Umno guna projek hospital baru yang belum tentu tak terbengkalai ni sebagai tanda atau bukti JANJI DITEPATI.

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Boring la layan komen anon... Hahaha...

SEGALA KOMEN ADALAH TANGGUNGJAWAB PENGKOMEN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...