Harga sebenar Ust Hashim Jasin jual AP kat anak dia? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Halaman

Ahad, Januari 27, 2013

Harga sebenar Ust Hashim Jasin jual AP kat anak dia?

Aku harap Ust Hashim ada jawapan untuk soalan aku tu. Kalau belum bayar aku harap anak Ust Hashim bayar dengan kadar segera. Tapi kalau belum ada angka berapa harga AP tu, aku harap Ust Hashim boleh tentukan berapa harganya secepat mungkin.

Harakahdaily melaporkan:
KANGAR: Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin menjelaskan bahawa beliau bukanlah pemilik kereta Porsche Cayman bernombor pendafataran WWF 3000 seperti yang hangat diperkatakan dalam beberapa laman blog yang tersiar di internet.

Sebaliknya menurut beliau, kenderaaan tersebut yang didaftarkan atas nama beliau adalah milik anaknya, Faiz yang telah membelinya menggunakan permit import (AP) kereta yang diperuntukkan kepada beliau selaku wakil rakyat. - Hrkh.
Agak-agak berapa harga sebenar Ust Hashim jual AP tu kat anak dia? Dan aku harap anak dia yang kaya raya tu dah bayar harga AP tu.

Aku harap sangat Ust Hashim ada jawapan untuk soalan aku tu. Kalau belum bayar aku harap anak Ust Hashim bayar dengan kadar segera. Tapi kalau belum ada angka berapa harga AP tu, aku harap Ust Hashim boleh tentukan berapa harganya secepat mungkin.

Harakahdaily juga melaporkan:
"Saya sendiri pun tak pernah memandu kereta tersebut. Saya juga menafikan dakwaan kereta tersebut telah dibeli dengan harga melebihi RM300,000 sebaliknya dengan menggunakan AP, kereta tersebut hanya dibeli pada harga sekitar RM100,000 sahaja.

"Anak saya merupakan seorang ahli perniagaan dan membeli kereta tersebut menggunakan AP saya, jadi kereta Porsche itu tak ada kena mengenapun dengan dakwaan nakal yang cuba mengaitkannya dengan saya mahupun dengan PAS sendiri," jelasnya. - Ibid.
Maknanya kalau harga kereta tu RM300,000, dengan guna AP tu Faiz dah boleh jimat lebih RM200,000. Agak-agak berapa harga yang patut untuk AP tu. Kalau aku, paling kurang RM150,000 atau paling sengkek pun mungkin RM100,000.

Kalau Dr. Jayakumar yang katanya jual AP yang dia dapat sebagai Ahli Parlimen dan duit tu diguna untuk bina jambatan, aku yakin paling kat Perlis pun tentu ada jambatan yang paling kurang pun perlu dibaiki.

Kalau kos untuk repair rumah orang miskin dalam RM10,000 maknanya dengan duit sebanyak tu Ust Hashim boleh repair 10 buah rumah orang miskin di dalam Parlimen Arau.

Paling tidak pun, duit RM10,000 tu boleh bagi kat PAS Perlis. Perlis cuma ada 3 kawasan parlimen, maknanya setiap kawasan parlimen boleh dapat RM99,999.99. Boleh PAS kawasan-kawasan tu guna untuk bantu orang susah. Tambah-tambah pulak PRU13 pun dah tak lama dah.

Macam tu jugak dengan wakil rakyat PAS yang lain-lain. Kalau agak-agak rasa tak berapa nak selesa nak beli kereta mahal-mahal dengan AP yang hangpa dapat tu, elok sangat kalau boleh jual AP tu kat sapa-sapa dan duit tu dikembalikan kepada rakyat pasai duit tu sebenarnya duit rakyat. Sempat lagi kut.

Cumanya nak kena ada bukti la jual beli AP tu. Kalau lepas ni keluar gambar resit pembelian atau apa-apa dokumen pasai kereta mahai yang guna AP hangpa tu, senang nak jawab.

Bagi yang dah beli kereta mahal guna AP tu, aku harap takdak yang merungut kalau kereta mahal hangpa terpaksa langgar lopak dan lecah bila melawat kawasan. Kalau setakat bercalar pasai tersenerih pokok nyoq tepi batas ban tu buat-buat tak perasan dah la.

Pasainya AP tu adalah kemudahan untuk beli kereta supaya mudah jumpa dengan rakyat yang hangpa jadi wakil. Supaya depa mudah kalau ada apa-apa hal nak mengadu kat hangpa. Supaya hangpa senang tengok sendiri apa masalah depa dan bawa masalah depa untuk pengetahuan parlimen.

Tapi memandangkan sessi parlimen pun dah takdak pasai PRU13 dah tak lama lagi, aku harap kereta yang dibeli dengan AP tu diguna semaksima mungkin untuk berkhidmat kepada rakyat kawasan hangpa dalam masa yang dah tak berapa hari lagi ni.

Harap-harap depa seronok tengok hangpa sanggup hodaq kereta mahai hangpa masuk keluar merata kampung, parit dan tebuk dan harap-harap depa undi hangpa lagi lepas ni. Moga-moga hangpa menang lagi PRU13 nanti dan sessi depan boleh tukar kereta baru guna AP lagi.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudi

16 ulasan:

  1. itulah bezanya seorang USTAZ Islam dgn seorang DR kafir!!! yg ustaz islam guna ap utk beli kereta mewah mnkl dr yg kafir jual ap utk buat kemudahan rakyat... amat memalukan...
    ap tu bukan hak dia. ap diberikan atas kedudukan dia yg diUNDI oleh rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. islam keturunan.... islam jelmaan
      bukan islam dalam kehidupan

      Padam
  2. Salam Cenangau

    Salam isteri tinggal-tinggkan (sebab ada lebih dari 1). Sayang anak tatang-tatangkan. Alahai...!

    We need better response from the good ostad than that!

    BalasPadam
  3. Aku nak guna AP untuk beli kereta perisai kalau terpaksa langgar lopak dan lecah bila melawat kawasan atau bercalar pasai tersenerih pokok nyoq tepi batas ban tu buat-buat do no je. Kalau senerih dengan kereta anak Mahathir ka atau anak Hashim Jasin pun aku buat tak tau je... sapa suruh dia tak berhati-hati. Kalau tak puas hati dengan Speaker aku boleh parking kereta aku tu atas kereta dia. He... he... he...

    BalasPadam
  4. apa dah jadi nie ustaz !?
    kalo cam nie sama tumbaih dok pulun mcm puak biru...jngn dok cakap pasai Islam terlebih sangat laa...
    hang bawak ke tidak kereta tu...bukan maudhu'nya bro !yg orang petikai pasai 'akhlak' seorang pejuang Islam mesti banyak beza ngan rakyat bawah...cara hidup 'wasatiyyah'.....
    aku agak kalo ustaz nafi benda nie pun....dah terlambat....puak sarkis biru dok tunggu nak 'ratah' saja...hang jenuh bersilat ler lepas nie....

    BalasPadam
  5. Harga kereta luar negara + AP = tidak begitu mahal. Contohnya, kawan saya belajar di UK beli BMW=RM44,000 + AP=RM45,000 , jumlah semua RM89,000. Tiba di Malaysia ada yang sanggup membeli dgn harga lebih drp RM200,000. Jadi tindakan Hj Hashim tidak salah kerana dia tidak mengambil sebarang keuntungan. Yng menjadi mslh ialah apbila adapihak yg membolot AP terutama kroni-kroni UMPORNO. 1 AP boleh untung RM100,000, kalau 10 AP sudah jadi jutawan. Sebenarnya kita rakyat Malaysia mampu membeli kereta yng berkualiti pada harga yg munasabah. Sbb itu byk golongan UMFu@#*no mampu membelinya, lepas tu mereka serah pd balaci buat bisnes utk menjana keuntungan. AP adalah hak milik semua rakyat Malaysia. Kalau nak pakai kereta yg berkualiti sila bangun tuntut hak kamu sebagai rakyat Malaysia... humbankan Brengsek Negara (BN)

    BalasPadam
  6. wakil rakyat o' wakil rakyat.....oops yg berhormat (berkhidmat utk rakyat konon). semua wakil rakyat dapat ap & apa ka 'fringe benefit' lagi & satu penggal dapat pencen. rakyat mintak ap atau tanah (ini ada dlm perlembagaan) dapat ka? kerana umat islam lah bukan islam mengutuk agama islam (nak jaga islam konon, peeeeraaaah!) quran tak diubah walaupun satu huruf atau ayat, tapi umat islam dah menukar melalui perbuatan & percakapan serta penulisan. pas pun dikutuk bukan kerana parti tapi disebabkan ahli/pemimpin pas. ada apa pada nama kalau tidak dimanafaatkan. dia ni beli kereta semasa jadi 'yg berhormat' atau selepas. wakil rakyat o' wakil rakyat atau dah jadi raja/sultan atau maharaja???

    BalasPadam
  7. Alahai saudaraku sekalian, org Melayu ni pantang ada peluang semua nak dijadikan modal politik. BN dgn PR Melayu sama saja. Hak dia la nak guna mcm mana pun AP tu. Kalau tak setuju tlg sabar nanti tawan putrajaya kita mansuh je AP tu. Padan muka semua org.

    BalasPadam
  8. amatlah munasabah point-point ygsedara kemukakan.

    BalasPadam
  9. issue remeh saja nak panjang cerita.

    BalasPadam
  10. AnonymousJanuary 27, 2013 at 1:41 PM..ader jer jawapan..kalau UMNO buat..ader jer nak sallah...bangang!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasal UMNO itu Syaitan. Bila syaitan kenalah lawan.

      Padam
  11. Dia guna ap yang diberi pada dia apa salahnya. Bukan menipu.semua wakil rakyat dapat dan guna pun.

    BalasPadam
  12. nak pru13 ni nak pakai duit... buat bendera pun nak pakai duit.. tu poster lagi, banner lagi... deposit bertanding lagi semua pakai duit.. jadi dia ada AP.. dia guna kah ap tu utk menjana duit utk PRU13 nanti daripada dok kat dia sebagai sehelai kertas... hang pi la check dengan Ustaz Hashim Jasin sendiri adakah anak dia bagi duit utk dapatkan AP tu... ... jangan pakai tuduh kot jauh saja...

    BalasPadam
  13. ini kesah pasal anak ustaz hashim jasin http://networkedblogs.com/HEYRQ oleh uncleaeeker dan http://izani.wordpress.com/2012/02/24/berhati-hati-dlm-kehidupan-benar-atau-tidak-tak-pasti-tapi-wujud-makhluk-sebegini-kiranya-benar/ olehkawan dia

    BalasPadam
  14. bagi aku x npk ape2 mslh pn..dh mmg ap tu diberikan utk beliau.bkan beliau sorg, semua wakil rkyat pn diberi ap.dah dia xnk guna, apa salahnya dia bg kat anak dia.bukan dia lobi ap dr kerajaan n bagi kat anak dia pn...

    BalasPadam

Boring la layan komen anon... Hahaha...

SEGALA KOMEN ADALAH TANGGUNGJAWAB PENGKOMEN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...