Harga sebenar Ust Hashim Jasin jual AP kat anak dia? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Januari 27, 2013

Harga sebenar Ust Hashim Jasin jual AP kat anak dia?

Aku harap Ust Hashim ada jawapan untuk soalan aku tu. Kalau belum bayar aku harap anak Ust Hashim bayar dengan kadar segera. Tapi kalau belum ada angka berapa harga AP tu, aku harap Ust Hashim boleh tentukan berapa harganya secepat mungkin.

Harakahdaily melaporkan:
KANGAR: Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin menjelaskan bahawa beliau bukanlah pemilik kereta Porsche Cayman bernombor pendafataran WWF 3000 seperti yang hangat diperkatakan dalam beberapa laman blog yang tersiar di internet.

Sebaliknya menurut beliau, kenderaaan tersebut yang didaftarkan atas nama beliau adalah milik anaknya, Faiz yang telah membelinya menggunakan permit import (AP) kereta yang diperuntukkan kepada beliau selaku wakil rakyat. - Hrkh.
Agak-agak berapa harga sebenar Ust Hashim jual AP tu kat anak dia? Dan aku harap anak dia yang kaya raya tu dah bayar harga AP tu.

Aku harap sangat Ust Hashim ada jawapan untuk soalan aku tu. Kalau belum bayar aku harap anak Ust Hashim bayar dengan kadar segera. Tapi kalau belum ada angka berapa harga AP tu, aku harap Ust Hashim boleh tentukan berapa harganya secepat mungkin.

Harakahdaily juga melaporkan:
"Saya sendiri pun tak pernah memandu kereta tersebut. Saya juga menafikan dakwaan kereta tersebut telah dibeli dengan harga melebihi RM300,000 sebaliknya dengan menggunakan AP, kereta tersebut hanya dibeli pada harga sekitar RM100,000 sahaja.

"Anak saya merupakan seorang ahli perniagaan dan membeli kereta tersebut menggunakan AP saya, jadi kereta Porsche itu tak ada kena mengenapun dengan dakwaan nakal yang cuba mengaitkannya dengan saya mahupun dengan PAS sendiri," jelasnya. - Ibid.
Maknanya kalau harga kereta tu RM300,000, dengan guna AP tu Faiz dah boleh jimat lebih RM200,000. Agak-agak berapa harga yang patut untuk AP tu. Kalau aku, paling kurang RM150,000 atau paling sengkek pun mungkin RM100,000.

Kalau Dr. Jayakumar yang katanya jual AP yang dia dapat sebagai Ahli Parlimen dan duit tu diguna untuk bina jambatan, aku yakin paling kat Perlis pun tentu ada jambatan yang paling kurang pun perlu dibaiki.

Kalau kos untuk repair rumah orang miskin dalam RM10,000 maknanya dengan duit sebanyak tu Ust Hashim boleh repair 10 buah rumah orang miskin di dalam Parlimen Arau.

Paling tidak pun, duit RM10,000 tu boleh bagi kat PAS Perlis. Perlis cuma ada 3 kawasan parlimen, maknanya setiap kawasan parlimen boleh dapat RM99,999.99. Boleh PAS kawasan-kawasan tu guna untuk bantu orang susah. Tambah-tambah pulak PRU13 pun dah tak lama dah.

Macam tu jugak dengan wakil rakyat PAS yang lain-lain. Kalau agak-agak rasa tak berapa nak selesa nak beli kereta mahal-mahal dengan AP yang hangpa dapat tu, elok sangat kalau boleh jual AP tu kat sapa-sapa dan duit tu dikembalikan kepada rakyat pasai duit tu sebenarnya duit rakyat. Sempat lagi kut.

Cumanya nak kena ada bukti la jual beli AP tu. Kalau lepas ni keluar gambar resit pembelian atau apa-apa dokumen pasai kereta mahai yang guna AP hangpa tu, senang nak jawab.

Bagi yang dah beli kereta mahal guna AP tu, aku harap takdak yang merungut kalau kereta mahal hangpa terpaksa langgar lopak dan lecah bila melawat kawasan. Kalau setakat bercalar pasai tersenerih pokok nyoq tepi batas ban tu buat-buat tak perasan dah la.

Pasainya AP tu adalah kemudahan untuk beli kereta supaya mudah jumpa dengan rakyat yang hangpa jadi wakil. Supaya depa mudah kalau ada apa-apa hal nak mengadu kat hangpa. Supaya hangpa senang tengok sendiri apa masalah depa dan bawa masalah depa untuk pengetahuan parlimen.

Tapi memandangkan sessi parlimen pun dah takdak pasai PRU13 dah tak lama lagi, aku harap kereta yang dibeli dengan AP tu diguna semaksima mungkin untuk berkhidmat kepada rakyat kawasan hangpa dalam masa yang dah tak berapa hari lagi ni.

Harap-harap depa seronok tengok hangpa sanggup hodaq kereta mahai hangpa masuk keluar merata kampung, parit dan tebuk dan harap-harap depa undi hangpa lagi lepas ni. Moga-moga hangpa menang lagi PRU13 nanti dan sessi depan boleh tukar kereta baru guna AP lagi.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...