Harapan penchachai Umno BN yang kompom tak kesampaian... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Halaman

Ahad, Januari 20, 2013

Harapan penchachai Umno BN yang kompom tak kesampaian...

PAS bukan tertakluk kepada Pakatan Rakyat malah PAS adalah salah satu parti teras yang membentuk Pakatan Rakyat. Apa pun, penchachai Umno BN tak payah nak bermimpi la, kompom kali ni impian hangpa takkan tercapai punya.

mStar melaporkan:
GEORGETOWN - Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh akan memujuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu.

Beliau berharap Abdul Hadi akan menentukan semula pendirian Pas agar tidak bercanggah dengan keputusan yang dicapai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu. - Sinarharian.
Tentu ramai penchachai Umno BN seronok baca berita ni. Depa dok bayangkan yang depa akan dapat peluru besar lagi kali ni. Peluru besar yang depa rasa boleh tembak PAS untuk PRU13 nanti.

Depa cukup harap PAS akan 'tunduk' kepada desakan Karpal Singh tu. Dukacita dimaklumkan, PAS sebenarnya tak pernah 'tunduk' kepada desakan Karpal Singh dan tentunya kali ni pun PAS takkan tunduk kepada Karpal Singh.

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 20 Jan – PAS tetap dengan pendirian untuk tidak menarik balik keputusan Majlis Syura berkenaan penggunaan kalimah Allah, walaupun Karpal Singh menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan tersebut.

Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, pendirian Majlis Syura Ulama PAS kekal bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan di dalam Bible berbahasa Melayu dan keputusan itu tidak akan berubah.

“Terdapat dua situasi yang membabitkan isu ini, pertama adalah terjemahan kitab Bible ke bahasa Melayu tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah menggantikan God atau Lord.

“Kedua, masyarakat bukan Islam yang menghadiri majlis keramaian dan ceramah PAS tidak dihalang untuk menyebut Allahuakbar (contoh), kerana itu adalah hak mereka,” katanya dipetik Sinar Harian. - TMI.
Kalau sebelum-sebelum ni nampak keputusan dan tindakan PAS ada yang macam 'tunduk' kepada desakan Karpal Singh, sebenarnya tu cuma kebetulan, tindakan dan keputusan PAS tu berdasarkan kemaslahatan politik yang tentunya tak mengkesampingkan kemaslahatan ummah.

Bukan takat tak heran dengan desakan Karpal Singh, desakan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pun PAS tak heran kalau Majlis Syura dah buat ketetapan atau pendirian.

Sinarharian juga melaporkan:
“Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura.

"Saya merayu kepada Abdul Hadi agar dapat menentukan semula pendirian Majlis Syura ini,” kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

Ahad lalu, Majlis Syura Ulama Pas yang dianggotai 15 anggota memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak. - Ibid.
Presiden PAS macam jugak presiden mana-mana parti politik memang ada kuasa eksekutif tapi Majlis Syura adalah kuasa tertinggi. Bukan takat boleh ubah keputusan Presiden, 'pecat' presiden pun Majlis Syura ada kuasa.

Bukan takat merayu TG Hj Hadi, kalau Karpal Singh merayu TG Nik Aziz sebagai Mursyidul Am pun tak guna, pasainya Majlis Syura' dah pun buat ketetapan dan pendirian. Mustahil sangat Majlis Syura' akan ubah ketetapan dan pendirian semata-mata nak ikut ketetapan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Lagi pun, PAS bukan tertakluk kepada Pakatan Rakyat malah PAS adalah salah satu parti teras yang membentuk Pakatan Rakyat.

Apa pun, penchachai Umno BN tak payah nak bermimpi la, kompom kali ni impian hangpa takkan tercapai punya.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

1 ulasan:

  1. ni soal agama.Pas tak perlu tunduk pada mana2 pihak walaupun desakan dari pihak sekutu.

    BalasPadam

Boring la layan komen anon... Hahaha...

SEGALA KOMEN ADALAH TANGGUNGJAWAB PENGKOMEN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...